Ahad, 9 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Umno JB cabar Anwar saman mereka


Shahrir: Juga cabar Anwar saman mereka

JOHOR BAHARU: Anggota perwakilan Umno Johor Baharu yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan Umno Bahagian Johor Baharu dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

"Mari kita bangun melaungkan 'Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa', supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undangundang menyaman kita semua, Umno Johor Baharu sanggup menghadapi tindakan saman itu," katanya di sini hari ini.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan Umno Johor Baharu bangun dan bersama-sama melaungkan ayat 'Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa'.

Shahrir berkata, Umno Johor Baharu bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota Umno Johor Baharu selama ini.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Shahrir berkata, laungan dan desakan itu, adalah suara hati Umno Johor Baharu dan mereka tidak gentar menghadapi Anwar yang kini, sudah terpesong daripada semangat perjuangan orang Melayu.

"Kita tunjukkan pada pembangkang bahawa ahli Umno sanggup menghadapi mereka (pemimpin pembangkang) yang dilihat sewenang-wenang melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin parti dan ahli parti," kata Shahrir.

Di BATU PAHAT, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Anwar harus melupakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab berat itu.

Katanya, kegagalan Anwar sudah terbukti apabila beliau tidak mampu menangani dengan berkesan kemelut di beberapa negeri yang dikuasai pakatan parti pembangkang selepas pilihan raya umum lalu.

"Jika pentadbiran di Kedah dengan pelbagai masalahnya, di Pulau Pinang pula masalah penduduk gagal diselesaikan dan di Selangor pakatan gagal mencapai kata sepakat berkaitan isu arak.

"Jadi macam mana hendak menjadi pemerintah sebuah negara, jika hanya beberapa negeri yang mereka tadbir tidak boleh diuruskan dengan baik," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, hari ini.

Shafie berkata, Anwar juga mengalami masalah moral dan suka membuat janji kosong yang boleh mengelirukan rakyat apabila heboh mengatakan akan mengambil alih pentadbiran negara pada 16 Sept tahun lalu dan kononnya mendapat sokongan tetapi ia terbukti hanya satu penipuan. BERNAMA

Zamri lawan Nizar:Demo bukan budaya Anwar





SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Hussin Ali menyangkal kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman blognya, chedet.co.cc yang mendakwa, keterlibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik mengakibatkan demonstrasi jalanan yang kerap diadakan di negara ini.

Beliau berkata, Dr Mahathir tidak berhak berkata sebegitu sekiranya beliau tahu fakta sejarah sebelum ini.

Menurutnya, sejarah membuktikan segalanya yang mana sebelum Anwar dilahirkan lagi, berlaku tradisi perhimpunan aman, demonstrasi dan sebagainya.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu semua itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Sama ada beliau lupa sejarah atau sengaja melupakan sejarah itu, saya kurang pasti. Tapi, apa yang saya lihat segala bentuk kenyataan dalam blognya itu lebih kepada wujudnya perasaan benci dan takut pada Anwar sekiranya Anwar berkuasa di negara ini.

“Bila sudah ada perasaan takut, mulalah Dr Mahathir menyalahkan orang lain dalam segala hal dan nampaknya, kesalahan itu di tujukan kepada Ketua Umum PKR itu,” katanya ketika diminta mengulas petikan Dr Mahathir menerusi laman blognya.

Antara petikan itu, “Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Ia memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan”.

Dr Syed berkata, segala yang diperkatakan oleh Dr Mahathir mengenai Anwar, tidak akan memberi pengaruh besar pada pengikut Anwar.

“Blog Dr Mahathir sudah tentu dibaca oleh semua orang termasuklah pengikut Anwar.

“Sehubungan itu, saya percaya mereka tidak akan terpengaruh dengan kata-kata Dr Mahathir. Dakwalah apa sahaja, pengikut Anwar tetap setia padanya.

“Masakan tidak, setiap kali perhimpunan mahupun demonstrasi diadakan, ramai pengikut Anwar turut serta dan ini membuktikan Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikutnya tetap setia padanya,” katanya.Sinarharian

Zamri lawan Nizar:Sidang Dun Kedah kecoh

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kecoh apabila seorang anggota pakatan pembangkang menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kedah sebelum pilihan raya umum tahun lepas sebagai 'paria'. Keadaan menjadi riuh rendah apabila Lim Soo Nee (PKR-Kulim) menyebut 'kerajaan BN paria semasa berkuasa" ketika membahaskan isu pusat penyembelihan babi sebaik Datuk Amiruddin Hamzah (PASA-nak Bukit) selesai menjawab soalan tambahan Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) mengenai perkara itu.

Tindakannya mendapat reaksi segera Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta beliau menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai kasar.

Paria merujuk kepada orang atau golongan paling rendah kastanya dalam masyarakat India.

Lim yang pada awalnya enggan menarik balik ungkapannya dengan berkata 'paria tidak kasar sangat', bagaimanapun menarik balik perkataan itu selepas Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata perkataan "paria" menjadi kasar bergantung kepada orang yang mendengarnya.

Suasana hangat itu tidak terhenti di situ apabila Mohd Rawi sekali lagi menempelak Lim semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan dan Taman Perindustrian Teknoloji Tinggi Kulim.

"Inilah kali pertama perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan Yang Mulia ini diucapkan oleh wakil rakyat dari PKR," katanya.

Sebelum itu, Amiruddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknoloji dan Pembangunan Usahawan negeri berkata pusat penyembelihan babi di Kampung Tok Pawang, Gurun hanya menunggu kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan pemilihan tapak tersebut yang akan menggunakan sistem moden dengan mengitar semula bahan buangan. BERNAMA

Zamri lawan Nizar:UMNO ingin bertaubat???

Usia yang semakin tua,tunggu masa untuk<>/@^)(*$#_??????
Yang ni tak nak komen lu pikirlah sendiri he..he..
Isu arak Selangor,demo oleh ahli UMNO



Oleh Zolkharnain Abidin

Apabila timbul isu arak di Selangor, pemuda Umno pun tampil ke hadapan berdemontrasi. Membawa sepanduk ‘Pakatan Rakyat Halalkan Arak’, ‘Dulu Takbir Sekarang Take Beer’ dan banyak lagi. Wah, orang-orang Umno kini bukan main lagi gagah dan perkasa, prihatin dan bersungguh dengan isu agama.

Inilah peluang untuk orang Umno tunjuk warak. Dulu-dulu mereka tidak berpeluang sebab perkataan warak belum ada dalam kamus Umno. Perkataan warak itu hanya ditulis dalam kamus Umno selepas mereka kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu.

Banyak orang terperasan, Umno kini menjadi semakin berjurus dan warak. Berbanding dulu, kini orang Umno berbicara soal agama. Bahkan sanggup tampil ke depan dengan bersemangat sekali untuk membela agama.

Dulu-dulu, selepas Umno Kelantan tewas, Najib pernah mengugut dengan berkata, “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, kestabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan”.

Tidak mampu lagi diulang perli-perli pemimpin Umno apabila Pas bercakap soal Islam. Kalau ingin memutar kembali ucapan perlian itu, orang Umno boleh panggil Rafidah, Rahim Tamby Chik bahkan Mahathir juga. Tentu mereka masih ingat ucapan mereka dulu-dulu.

Tapi itu dulu-dulu. Rasanya sekarang Najib pun sudah semakin warak. Kalau tak percaya tanyalah Rosmah.

Baguslah kalau Umno semakin warak di penghujung hayatnya. Mudah-mudahan parti itu mendapat husnul khatimah. “Mati dalam iman daa..”, ungkap P Ramli dalam filem 40 Penyamun.

Adakah nyawa Umno sudah sampai di kerongkong?

Mengapa tanya begitu? Bukan apa, kalau nyawa sudah sampai di kerongkong kesedaran sudah tidak berguna lagi. Pada waktu itu iman telah tertolak. Ada seorang pembesar Mesir dulu-dulu juga beriman hanya ketika nyawa-nyawa ikan. Imannya dihapus kira.

Kalau nyawa Umno belum sampai ke kerongkong dan parti itu ingin bertaubat, baguslah. Sebab peluang masih terbuka. Tetapi jangan lupa, taubat itu ada syaratnya. ANtaranya, menyesal, berhenti daripada melakukan kejahatan dan tidak mengulanginya lagi.

Soalnya, adakah Umno menyesal dengan apa yang telah dibuatnya dahulu? Adakah dia bersedia berhenti daripada kejahatan yang sedang dibuatnya? Adakah Umno bersedia untuk tidak mengulangi semula kejahatan itu?

Khir Toyo yang punya rumah agam itu tentu ada jawapannya. Kalau Khir tiada jawapan, tak apa Khairi Jamaludin atau Shahrizat pun boleh tolong.Detikdaily

Zamri lawan Nizar:Pas Selangor lancar kempen anti arak.


Oleh Jimadie Shah Othman

PAS Selangor melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP Ronnie Liu.

Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat semalam, kata setiausaha perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman.

"Program ini dibuat supaya umat Islam tidak dekati alkohol yang banyak membawa masalah sosial," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita ada 22 kawasan (parlimen) di Selangor. Kali dengan 4,000 satu kawasan, lebih kurang 80,000 risalah dicetak untuk diedarkan."

Tambahnya, dalam kempen yang sama, PAS turut menggantung kain rentang bertulisan "Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak" di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan simpang jalan utama.

Bagaimanapun, katanya lagi, jumlah kain rentang tidak dapat dianggarkan kerana ia bergantung keputusan PAS kawasan.

Kempen tersebut sebahagian tuntutan PAS mendesak garis panduan jelas berhubung penjualan arak mudah dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Semua ahli majlis mesyuarat (exco kerajaan) bersetuju kuatkuasakan larangan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Tetapi persoalannya sekarang, bagaimana hendak menguatkuasakannya?" katanya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata garis panduan itu akan disiapkan kira-kira sebulan lagi.

Sementara itu, Khairuddin juga menggesa Abdul Khalid memangku portfolio kerajaan tempatan, sekarang dipegang oleh Ronnie, untuk memudahkan penguatkuasaan PBT.

"Dulu pun (bawah BN) dalam (bidang kuasa) menteri besar. Exco tidak ada kuasa buat sebarang keputusan. Akhirnya kalau ada apa-apa masalah, menteri besar juga yang kena buat keputusan," kata Khairuddin.

PAS Selangor mengambil "sikap tunggu dan lihat" keputusan menteri besar dalam menangai isu itu, tambahnya.

Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam negeri, baru-baru ini mendesak portfolio Ronnie ditukarkan dengan exco lain susulan dakwaan ADUN DAP itu campur tangan dalam penguatkuasaan isu arak