Selasa, 22 Disember 2009

Pucuk Pimpinan PR Sokong Pendaftaran PR







Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat memberi persetujuan jitu kepada usaha mendaftar gagasan itu sebagai sebuah entiti politik.

Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada percanggahan pendapat di kalangan pemimpin mengenai perkara itu.

Menurut beliau, butiran terperinci perjalanan Pakatan Rakyat setelah didaftarkan bakal dirumus kemudian.

“Keputusan untuk mendaftar dulu tu memang keputusan bersama, Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dan YB Kit Siang dan lain-lain, cuma yang dia bangkitkan ialah kerana kita setuju daftar kita belum setuju kerangka terperinci dan ini yang dia rasa perlu masa, jadi ada silap faham di sini ada orang mengatakan you formalize base on prelimanary term of reference constitution with not be resolve, so I think no problem with that”, jelas Anwar.

Anwar berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan laporan kononnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak ada keperluan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata gagasan itu akan memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan untuk memastikan gagasan itu dapat didaftarkan secepat mungkin.

“Kita putuskan yang penting dasar Pakatan Rakyat, itu keutamaan kita, pendaftaran yang kita kata pendaftaran Jawatankuasa Sementara (Penaja), pendaftaran cara rasmi parti itu belum, melainkan pendaftar bagi kesempatan kena cepatkan mesyuarat, kalau pendaftar betul-betul nak cepat, pendaftar pertubuhan, saya akan panggil mesyuarat minggu depan”, tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Hadi sendiri menafikan beliau membantah langkah mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri berkata wartawan akhbar Cina telah menyalah tafsir kenyataan Hadi.

“Sebenarnya ada silap faham dari segi orang yang mencatatkan maklumat. Pada dasarnya Tuan Guru Haji Hadi jelas bahawa pendaftaran yang kita katakan pendaftaran Pakaran Rakyat itu masih dalam proses dan sekarang ini berada di ROS. Apa yang dimaksudkan ialah bukan masa untuk setiap parti itu, bergabung menjadi satu parti”, kata Dr Ahmad Samsuri. - NIZAM (TVS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan