Khamis, 17 Disember 2009

PR Tidak Amal Kronisme Pemberian Kontrak






Dakwaan kronisma yang dilemparkan terhadap Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor tidak berasas sama sekali dan berniat jahat, tegas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menegaskan pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan dibuat secara telus tanpa unsur pilih kasih seperti yang mencemar institusi penjawat awam di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional lalu.

Saya ingat perkara ini bukan aneh, sebab sebelum ini untuk ditandatangani borang-borang itu pula perlu ditandatangani oleh Adun-Adun ataupun Ahli Parlimen Barisan Nasional jadi saya mengarahkan mengikut alasan yang dibuat oleh Barisan Nasional dulu sebab alasan mereka ialah dia terpaksa gunakan Adun-Adun dan Ahli Parlimen itu sebab Adun-Adun itu lebih kenal dengan kerajaan negeri”, kata Khalid.

Golongan tertentu mempersoalkan prosedur yang menuntut borang pendaftaran kontraktor di peringkat PBT memerlukan sokongan Adun dan Ahli Parlimen.

Tan Sri Khalid berkata prosedur ini digunapakai hasil dari input yang diberikan pegawai-pegawai daerah dalam sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) September lalu.

Beliau menambah setiap Adun dan Ahli Parlimen sudahpun diberi peruntukan untuk menyediakan Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing.

“Sekarang atas sebab itu, sebab yang diberikan oleh Barisan Nasional itu saya gunakan sebab itu saya rasa munasabah dan semua borang-borang itu ditandatangani oleh Adun-Adun dan juga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat”, jelasnya lagi. - TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan