Selasa, 8 Disember 2009

Parlimen lulus usul siasat setiausaha politik Najib

KUALA LUMPUR, Dis 8 — Parlimen hari ini meluluskan usul bagi menyiasat Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Shafie Abdullah.

Usul yang diluluskan di bawah Akta Keistimewaan dan Kuasa 1952 membolehkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasat Shafie.

Jawatankuasa itu akan menyiasat dakwaan dibawa Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR Wee Choo Keong.

Wee mendakwa Shafie telah cuba untuk menakut-nakutkan beliau di lobi bangunan Parlimen selepas beberapa isu berkaitan dengan setiausaha politik itu dibangkatkan semasa perbahasan semalam.

“Selepas perbahasan, saya keluar dari (Dewan Rakyat) dan berbual dengan seorang pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Ketika sedang bercakap seorang lelaki mendampingi saya. Dia kelihatan marah dan bertindak kasar. Dia bertanya mengapa saya membawa nama dia di Parlimen,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media.

Wee berkata beliau menyedari lelaki itu sebagai Shafie berdasarkan tag namanya.

Parlimen pernah meluluskan usul sedemikian awal tahun bagi menyiasat kejadian Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan pemimpin Pemuda Umno Selangor.

Wee berkata beliau kemudian memberitahu Shafie bahawa menjadi haknya untuk membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kepentingan awam.

“Saya mengatakan bahawa ini adalah hak saya sebagai Ahli Parlimen. Anda sebagai setiausaha politik tiada hak dalam hal ini. Saya adalah Ahli Parlimen dan saya mempunyai hak saya,” tambah beliau.

Di Parlimen semalam, Wee mendakwa Shafie mencampuri urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan setiausaha politik itu seolah-olah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan “de-facto”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan dakwaan Wee sambil menegaskan, setiap Ahli Parlimen harus “bebas untuk bercakap di Parlimen.”

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen, saya tidak boleh menghalang seseorang anggota Parlimen daripada membahaskan isu-isu berkaitan meskipun ia melibatkan individu tertentu.

“Jika hendak menyaman mereka, kita boleh berkata ulangi apa yang anda berkata di luar Dewan dan kita boleh menyaman mereka, mereka ada imuniti (di Parlimen) dan anda mesti tahu,” katanya.

Nazri menambah, jika apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju bahawa beliau dihalang oleh setiausaha politik, ia adalah perkara serius.

Kata Nazri banyak perkara diperkatakan tentang beliau di Parlimen tetapi tidak pernah menakut-nakutkan sesiapa daripada membahaskan isu tertentu.

“Saya tidak pernah berbuat demikian tetapi balas mereka balik, tidak marah di Parlimen,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan