Khamis, 10 Disember 2009

MB Terengganu di Serang Lagi !

Ahmad Said berkupiah putih ketika berucap sebelum berangkat ke Mekah


- Cakap-cakap ‘Ahmad akan Dilucutkan Jawatan’ Kedengaran di Putrajaya

KUALA TERENGGANU – Khabar tentang Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said, akan diturunkan dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak pernah berhenti.
Sejak menjawat jawatan politik tertinggi Terengganu melalui pilihan istana pada Mac tahun lalu, Ahmad sentiasa diserang,

Terutamanya oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mungkin silap beliau sendiri, yang membuat kenyataan awal, bahawa perlantikannya sebagai MB tidak akan bertahan lama.

Justeru, berita baru yang tersebar lebih panas dan sensasi, kerana pada kali ini ia bukan serangan yang datang dari kem Idris.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Rosol Wahid dikatakan sudah berdiam diri, mungkin mengadakan ‘gencatan senjata’.

Ia berikutan persetujuan beliau dilantik semula sebagai penyelaras DUN Ajil sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana 13 November, 2009.

Oleg itu, berita Ahmad Said akan diturunkan dari kerusi Menteri Besar bukan sahaja memanaskan musim Monsun di Terengganu, malah sudah menjalar hingga ke Putrajaya.

Ia bermula dengan kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bagi menutup kejohanan perahu layar piala monsun pada 6 Disember, minggu lalu.

Percakapan berkenaan ‘agenda besar’ itu dilaporkan menjadi topik perbualan beberapa ADUN ketika Najib menyampaikan sumbangan bantuan bajir di Mengabang Telipot.

Sumber Buletinonline mengesahkan khabar tentang MB Terengganu akan ditukarkan telah kedengaran di Kementerian Kewangan beberapa hari lalu.

Ahmad Said pada 19 November lalu telah berangkat menunaikan haji, akan pualang pada 9 Disember dan dijangka memulakan tugas pada pertengahan Disember.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan