Sabtu, 21 November 2009

Mayat Beng Hock sudah digali, bedah siasat kedua pagi esok


Urusan mengendalikan kerja-kerja menggali mayat Teoh bermula pada pukul 8.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian. — Gambar oleh Choo Choy May


Oleh Syed Jaymal Zahiid

SEMENYIH, Nov 21 — Mayat Teoh Beng Hock, yang kematiannya mencetuskan kontroversi empat bulan lalu, sudah digali semula pagi tadi bagi membolehkan Ketua Jabatan Patologi, Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md. Noor mengendalikan bedah siasat kali kedua, dijadual pagi esok.

Bedah siasat kedua ke atas mayat setiausaha politik kepada Exco Selangor dari DAP itu akan dijalankan ekoran permintaan keluarganya dan keputusan koroner inkues pada Nov 9 lalu.

Mayat Teoh telah disemadikan di Nirwana Memorial Park di sini pada Julai 20 lalu.

Urusan mengendalikan kerja-kerja menggali mayat Teoh bermula pada pukul 8.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata kesemua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja mengeluarkan mayat mendiang berpuas hati dengan cara penggalian dilakukan.

Katanya lagi, mayat Teoh berada dalam keadaan baik untuk bedah siasat kedua dijalankan.

Dr Shahidan bersama pakar foresink dari Thailand Dr Porntip Rojanasunan dijangka mengendalikan pemeriksaan sinar-X kemudian.

Bedah siasat kedua dijadual dijalankan mulai pukul 9.30 pagi hingga tengah hari esok.Terdahulu,keranda mayat Teoh di keluarkan kira kira 11 pagi dan di tunjukkan kepada media sebelum di bawa ke Hospital Sungai Buloh.Terdahulu keranda mayat Teoh dikeluarkan kira kira pukul 11 pagi dan di tunjukkan kepada media sebelum di bawa ke Hospital Sungai Buluh.Keluarganya juga mengadakan majlis doa khas sebelum kerja-kerja menggali dimulakan. Pihak polis pula mengawasi kawasan kubur.

Kakak Teoh yang ditemui di Nirwana Memorial Park pagi tadi berkata keluarganya berharap usaha terbaru ini akan mendatangkan hasil positif sambil menggesa pakar-pakar forensik menjalankan tugas secara profesional.

Turut hadir di pekarangan taman peringatan itu ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Bekas majikannya, Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah juga memberitahu, “saya berharap bedah siasat kedua ini akan mendedahkan kebenaran.”

Ean juga menegaskan beliau ingin tahu jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk mendapatkan khidmat pakar forensik dari United Kingdom.

Inkues kini berlangsung setelah Teoh ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas ditemu siasatl oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, bangunan itu berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Sesi bedah siasat akan turut dihadiri oleh Dr Porntip yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor selaku pemerhati.

Dr Porntip juga berada ketika kerja-kerja menggali dijalankan pagi tadi.

SPRM pula telah melantik seorang pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom untuk menjadi pemerhati.

Dr Vanezis merupakan pengarah Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh digali semula atas permintaan keluarganya ekoran keterangan Dr Porntip bahawa 80 peratus kemungkinan menunjukkan Teoh dibunuh, bukannya membunuh diri.

Oleh itu prosiding inkues ditangguhkan sehingga 9 Disember ini untuk mendengar keterangan ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi kelmarin.

Gobind sebelum ini memberitahu saksi inkues ke-25 iaitu pegawai perubatan dari Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. K. Saravanan, 39, akan hadir sama bedah siasat kali kedua esok.

Ini kerana menurut peguam, Saravanan telah ditugaskan untuk merakamkan gambar-gambar pada sesi bedah siasat mayat Beng Hock buat kali pertama pada 17 Julai lalu.

Malah sebelum ini Gobind juga berkata beliau tidak dapat menolak hakikat semakin lewat tempoh untuk mengeluarkan semula Beng Hock semakin tinggi risiko mayatnya akan tercemar.TMI

1 ulasan:

  1. Cina sial. loghat je nak gali2. pasal dia, malaysia huru hara.. sial!!

    BalasPadam