Ahad, 1 November 2009

Kempen PKR untuk Keadilan Tian Chua





KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan satu Kempen menuntut ‘Keadilan Untuk Tian Chua’, ekoran hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Beliau dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22 (Bahagian Narkotik, ibu Pejabat Polis Kontinjen KL) di Jalan Parlimen 10.45 a.m. 11hb.Disember 2007 (dipintu masuk gerbang Bangunan Parlimen).

Oleh itu, Ahli Parlimen Batu itu telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas mahkamah mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Kes telah berlanjutan sejak 11 Januari tahun 2008 dibicarakan mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, dengan hukuman yang dikenakan keatasnya, Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000.

Ketika ditangkap Tian berada di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Tian Chua yang berkereta pada masa kejadian ditahan dan ditolak keluar dari kenderaan oleh Lans Korporal Amran sebelum diheret dari kereta tersebut oleh Konstabel Rosyaidi.

Saksi di mahkamah dan rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa.

Kebanyakan saksi secara nyata menyaksikan Tian Chua di pukul dihentam pada kepala semasa dipegang oleh pegawai polis, kecuali konstabel Rosyaidi yang mendakwa dirinya digigit Tian Chua, sedangkan tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan