Isnin, 30 November 2009

Bekas Pengarah BTN racun pemikiran pemimpin melayu




Keputusan kabinet itu dibuat setelah Pulau Pinang menyusuli tindakan Selangor memulau kursus BTN berkuat kuasa serta merta.

Ini berikutan semakin ramai peserta kursus itu tampil mengecam kursus-kursus itu sebagai helah untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Menurut beberapa peserta, modul-modul kursus BTN secara halus, turut menjurus kepada menyemarakkan rasa benci terhadap kaum Cina, dan parti Pembangkang.

Bekas pengarah Biro Tata Negara (BTN), Johari Abdul menyelar kerajaan Malaysia terhadap pemesongan agenda asal BTN.

“ Ia (BTN) amat terpesong. BTN diwujudkan sekitar tahun 80-an. Bermula dengan Datuk Seri Abdullah Badawi yang menjadi pengarah belia di Kementerian Belia dan Sukan. Kemudian, dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri baru dipanggil Biro Tata Negara. Tujuan utama, tujuan asas BTN diwujudkan adalah untuk membakar semangat anak-anak Melayu dan Bumiputera” ujar Johari.

Ujar Johari, BTN pada asasnya mempunyai garis panduan yang jelas iaitu untuk menaikkan semangat anak muda bumiputera untuk bersaing dalam bidang akademik namun dasar itu mulai kendur dari semasa ke semasa.

“ Tapi kita tidak pernah menggunakan BTN ini sebagai tempat untuk mencerca pemimpin-pemimpin. Amat berbeza sekarang, BTN digunakan sebagai agensi, saya tidak kata semua tetapi ada dalam program-programnya mencerca pemimpin-pemimpin" katanya.

Menurut Johari, BTN pada masa kini bukan sahaja bersifat perkauman, malah turut menghina pemimpin negara seperti mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“ Ada pensyarah-pensyarah dalam program BTN ini Anwar mempunyai 3 bilion, dan ini disahkan oleh bekas governor, Datuk Murad dahulu, ini cerita tahun 1999 sedangkan bekas pengarah penyiasat BPR mengesahkan setelah siasatan dibuat, tuduhan 3 bilion itu tidak betul” katanya lagi. TVS

Rakyat Kelantan masih perlukan Tok Guru Nik Aziz







KOTA BARU, Nov 30 — “Saya tidak akan lepaskan jawatan... kecuali disebabkan keuzuran sangat.” Demikian tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meskipun bertubi-tubi diasak agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ekoran siri krisis yang melanda kerajaan negeri kebelakangan ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.

Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.

Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.

“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.

Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.

Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.

Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.

“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz.TMI

LAPORAN KHAS: Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dan PKM (Bahagian Kedua)

Hotel Lee Garden di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM.
Perjanjian bersejarah... (dari kanan) Abdullah C.D. dan Chin Peng menandatangani perjanjian damai dengan Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand dan wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman di Haadyai pada 2 Disember 1989. -Foto THE STAR oleh ROHAIZAT

Satu Detik Bersejarah Yang Bertukar Menjadi Detik Yang Melucukan...

SABTU, 2 DISEMBER 1989; Jam hampir 10.30 pagi dan Hotel Lee Garden di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM telah dipenuhi oleh wartawan dan orang kenamaan yang ingin menyaksikan satu detik bersejarah - sesuatu yang gagal disaksikan pada 28 dan 29 Disember 1955.

“Tolong duduk! Tolong Duduk....Jika tuan-tuan tidak duduk, bagaimana kita hendak memulakan majlis kita yang bersejarah ini...orang belakang pun nak tengok juga,” demikian kata-kata awal yang keluar dari mulut juruacara pada hari itu, seorang pegawai muda dari angkatan bersenjata Thailand yang bertutur dalam bahasa Inggeris yang kadang-kadang kedengaran sangat melucukan.

Hakikatnya, beliau sedang berhadapan dengan satu tugasan yang sangat berat dan besar pada hari itu - bagaimana untuk mengawal situasi yang kelihatan kelam-kabut kerana para jurugambar yang telahpun memenuhi barisan hadapan di antara pentas utama dan kerusi para tetamu enggan memberi kerjasama kepadanya.

Berkali-kali juruacara itu merayu kepada para jurugambar supaya memberi ruang kepada para tetamu menyaksikan majlis itu dengan sempurna tetapi rayuannya itu tidak diperdulikan.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam gambar mugshot Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Ah Sek. Suasana kelam kabut itu menjadikan majlis yang sepatutnya serius dan penuh bersejarah itu tidak ubah seperti kaunter pasaran saham dengan bunyi bising para jurugambar berasak-asak untuk menuju ke hadapan seboleh mungkin.

Dalam keadaan yang berasak-asak ini salah seorang daripada jurugambar telah terjatuh di atas jambakan bunga yang menghiasi meja di mana kesemua wakil kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM akan menandatangani perjanjian damai mereka.

Manakala jurugambar yang berada di belakang pula sama ada memanjat belakang rakan jurugambar yang lain atau berdiri di atas kerusi yang disediakan untuk tetamu-tetamu VIP di barisan hadapan sekali. Dari belakang, kami hanya dapat menyaksikan badan para jurugambar. Mereka yang akan menandatangani perjanjian damai itu sudah tidak kelihatan lagi.

Dalam suasana hiruk pikuk inilah wakil-wakil Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM menurunkan tandatangan mereka di atas kertas perjanjian damai yang bersejarah itu bagi menamatkan perjuangan bersenjata PKM ke atas Kerajaan Malaysia selama lebih 41 tahun.

****

Bila dikenang kembali, peristiwa bersejarah itu sesungguhnya melucukan terutama sekali apabila teringatkan suara juruacara yang terus menerus merayu dengan kata-kata “thank you for your corporation” dan kemudian diikuti dengan “thank your for everybody...”

Ramai di kalangan wartawan ketawa setiap kali mendengar juruacara itu mengulangi ayat “thank your for everybody...” dan tertanya-tanya perlukah dia mengakhiri kata-katanya itu dengan “thank your for everybody...”

Dari belakang, juruacara berkenaan seolah-olah tenggelam di tengah-tengah riuh rendah jurugambar yang menjerit-jerit nama Chin Peng dan Rashid Maidin supaya memberikan pos yang istimewa di hadapan lensa. Yang kelihatan hanyalah tangannya yang diangkat tinggi meminta semua orang bersabar dan duduk. Hakikatnya tidak ada siapapun yang memperdulikan rayuannya lagi.

Majlis itu bukan sahaja berlangsung dengan begitu pantas sekali dan singkat, malah kawalan keselamatan pihak penganjur di sepanjang berlangsungnya majlis itu juga sangat menghairankan.

Tidak ada seorang pun dikenakan pemeriksaan keselamatan untuk menuju ke tingkat 12 Hotel Lee Garden di mana majlis ini berlangsung. Malah pas masuk yang tertulis dalam bahasa Thai boleh diperolehi dengan mudah di lobi hotel berkenaan.

Di sekitar kawasan lobi dan di luar hotel juga, tidak ada kawalan keselamatan yang ketat dilakukan walaupun mereka yang berpakaian seragam berwarna coklat (polis) dan celoreng tentera memenuhi kawasan berkenaan.

Apabila melihat keadaan sudah tidak terkawal lagi, juruacara majlis itu dengan tergesa-gesa memulakan majlis dengan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu sebaik sahaja Chin Peng dan rombongannya yang sedang berdiri sambil melambai-lambai tangan ke arah para jurugambar melabuhkan punggung mereka ke atas kerusi.

Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand adalah yang pertama yang dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau menyampaikan ucapannya yang ringkas dalam bahasa Thai yang kemudiannya diterjemahkan oleh juruacara itu.

“Apa yang anda saksikan hari ini akhirnya membuktikan bahawa perbezaan pendapat dan masalah tidak boleh diselesaikan dengan cara kekerasan,” kata Chavalit.

Selepas Chavalit, wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman pula dijemput berucap.

Beliau berkata, perjanjian hari ini akan membuka jalan kepada pembangunan sosio-ekonomi yang lebih baik dan teratur untuk kemakmuran rakyat Malaysia.

“Dengan tamatnya kegiatan persenjataan komunis, lebih banyak rancangan pembangunan dapat dibawa ke kawasan-kawasan sempadan dan ini termasuklah kepada negara jiran, Thailand,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Thailand di atas kerjasama yang ia berikan sehingga terhasilnya perjanjian damai ini.

Lima minit kemudian, tibalah giliran Chin Peng. Beliau memulakan ucapannya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Cawangan Khas PDRM dan juga Komander Wilayah 4 Tentera Thai yang telah mengaturkan pertemuan dan rundingan dengan pihak PKM.

Chin Peng berkata, apa yang telah dipersetujui hari ini adalah selaras dengan dasar PKM untuk mewujudkan perdamaian.

“Ia juga adalah selaras dengan arus masa kini di mana rakyat di seluruh dunia memperjuangkan perdamaian dan demokrasi serta selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Thailand.

“Kami yakin bahawa penandatanganan persetujuan damai ini akan mencatat satu lembaran baru dalam sejarah tanahair kami dan akan memberikan sumbangan penting ke arah mewujudkan kemakmuran dan kestabilan di Malaysia serta di kawasan sempadan,” kata Chin Peng.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan melafazkan ikrar taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dan juga ikrar taat setia kepada negara.

Sebaik sahaja Chin Peng selesai menyampaikan ucapannya yang penuh dramatik itu dan belum pun sempat beliau duduk semula, juruacara terus merampas semula mikrofon dan mengumumkan; “Yes Mr Chin Peng, you can now officially sign on the dotting line...” katanya dalam bahasa Inggeris yang sangat melucukan.

Mendengar kata-kata itu, Chin Peng pun sambil tersenyum dan tanpa melengahkan masa lagi terus menandatangani perjanjian itu dan kemudiannya diikuti serentak oleh Pengerusi CPM, Abdullah CD dan Rashid Maidin.

Sejurus selepas wakil-wakil Kerajaan Malaysia dan Thailand menurunkan tandatangan masing-masing, juruacara itu dengan selamba berkata; “All of you can continue to exchange the document if you wish to do so...”

Kata-katanya yang ringkas dan bersahaja pada satu majlis yang besar dan penuh bersejarah itu sekali lagi mencuit hati para wartawan dan tetamu yang hadir sehingga mengundang gelak ketawa.

****

Pada masa ketiga-tiga pihak yang menandatangani perjanjian damai itu menukar-nukar dokumen, kelihatan para wartawan dan jurugambar mundar-mandir ke sana kemari mengambil gambar di sekitar dewan itu sebagai kenang-kenangan. Malah ramai yang ingin bergambar dengan isteri Komander Regimen Ke-12 PKM, Ah Sek iaitu Zainon Chan dan isteri Abdullah CD, Suriani Abdullah.

Saya tidak mengambil walau sekeping foto pun. Mungkin kerana asyik memerhati apa yang sedang berlaku dan juga mungkin kerana terlalu teruja dengan peristiwa bersejarah ini.

Tetapi suasana yang relaks itu kembali menjadi kelam-kabut apabila para wartawan berpusu-pusu kembali ke meja hadapan sebaik sahaja juruacara mengumumkan bahawa Chin Peng akan memberikan sidang akhbarnya.

Dan keadaan kemudiannya menjadi seperti tidak terkawal lagi apabila beratus wartawan yang menduduki kerusi tetamu di barisan belakang menyerbu serentak ke meja hadapan sambil berlari merempuh tetamu-tetamu VIP setelah menyedari Chin Peng tanpa membuang masa terus memulakan sidang akhbarnya.

Yang menyulitkan keadaan ialah apabila para wartawan terpaksa berasak-asak untuk ke meja hadapan di mana Chin Peng berada bersama-sama beratus jurugambar yang tidak mahu berganjak langsung dari tempat di mana mereka berdiri.

Suasana yang penuh kelam kabut itu berterusan sebaik sahaja Chin Peng selesai mengadakan sidang akhbarnya kerana selepas itu para wartawan pula yang menyerbu Chin Peng untuk mendapatkan tandatangannya dan saya adalah salah seorang daripadanya.

Bila saya menghulurkan buku cenderamata majlis untuk beliau tandatangani, Chin Peng menoleh kearah saya dan bertanya; “Saudara dari mana?” Saya menjawab “Utusan Melayu”. Dan Chin Peng sambil tersenyum berkata; “Saya baca Utusan Melayu...”. Beliau kemudian menurunkan tandatangannya di atas buku cenderamata itu.

Tandatangannya bersih dan kemas membuatkan anda boleh mengeja namanya dengan jelas. Tetapi ada yang menghulur wang kertas Ringgit Malaysia dan Thai Bath untuk Chin Peng tandatangani. Beliau tersenyum dan turuti kehendak tuan yang punya wang.

Dan begitulah majlis yang disusun dan diatur rapi untuk menjadi satu majlis yang penuh bersejarah akhirnya berakhir dalam suasana yang sungguh melucukan.Mstar

"Hormati perjanjian royalti 5 peratus"-Ku Li


SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara.

Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.

“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.

Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.

“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut," katanya.SH

Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !


KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.
Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.BO

LAPORAN KHAS: Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dan PKM

Gambar terbaru Chin Peng yang dirakam pada bulan Oktober 2009. -Foto THE STAR oleh FOONG THIM LENG
Pegawai tentera British John Davis (dua dari kiri) mengiringi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng (kiri), bersama Chin Tian dan Rashid Maidin. Mereka berjalan menuju ke sebuah bangunan sekolah di Baling pada tahun 1955 untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman dan Ketua Menteri Singapura David Marshall. - Foto Ehsan UTUSAN MALAYSIA

.Oleh ROZAID A. RAHMAN

Menjelang Rabu ini, genaplah 20 tahun Parti Komunis Malaya (PKM) menamatkan perjuangan bersenjata mereka ke atas Kerajaan Malaysia apabila mereka menandatangani Perjanjian Damai yang bersejarah pada 2 Disember 1989 di Hadyai Thailand. Pengarang Bersekutu mStar, ROZAID A. RAHMAN yang ketika itu berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Malaysia adalah sebahagian daripada mereka yang berpeluang menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Beliau mengimbau kembali setiap detik menuju ke jalan damai itu bersama kita dalam siri Laporan Khas ini.)
HARI SAYA BERTEMU CHIN PENG & RASHID MAIDIN...

MALAM 30 NOVEMBER 1989 adalah malam yang tidak dapat dilupakan oleh para wartawan Malaysia yang dihantar ke Hadyai untuk membuat liputan Majlis Menandatangani Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Malam itu, buat pertama kalinya dalam tempoh 34 tahun iaitu sejak 29 Disember 1955, manusia yang paling digeruni di tanahair, Chin Peng @ Ong Boon Hua muncul di khalayak ramai.

Setiausaha Agung PKM itu kelihatan gemuk dan sihat dengan wajah yang putih kemerah-merahan - tidak sama sekali mengambarkan yang beliau menjalani kehidupan sebagai seorang gerila di dalam hutan.

Tiada siapa yang tahu bagaimana Chin Peng yang pada mulanya memberikan pra syarat yang beliau hanya akan hadir pada majlis perdamaian itu (yang dijadualkan pada 2 Disember) jika beliau tidak ditemubual oleh media tiba-tiba mengubah fikiran dan memanggil satu sidang akhbar di sebuah kem tentera di Hadyai.

Malah Chin Peng dikatakan tidak mahu pihak media menyaksikan upacara perjanjian damai itu dan beliau juga tidak mahu gambarnya diambil semasa beliau menurunkan tandatangannya di atas kertas perjanjian damai.

Nampaknya beliau sudah berubah fikiran dengan memberikan sidang akhbar lebih awal iaitu sehari sebelum berlangsungnya perjanjian damai.

Sebaik sahaja bertemu dengan wartawan, perkataan pertama yang disebut Chin Peng ialah, “Sudah lama saya menanti saat ini...”

Chin Peng yang berpakaian kemas seperti seorang ahli perniagaan juga kelihatan riang tetapi ada sedikit reservation setiap kali ditanya soalan berkaitan masa depannya dan rancangannya selepas selesai perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata; Saya belum membuat keputusan sama ada hendak pulang ke Malaysia...”

(Hakikatnya ialah 20 tahun selepas itu, beliau masih tidak dapat menjejakkan kakinya di Malaysia).

Dalam sidang akhbar ringkas itu yang diadakan pada jam 8 malam, Chin Peng bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin, Inggeris dan bahasa Thai tentang perjuangannya dalam PKM di masa silam dan betapa dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang hendak dibuatnya selepas itu.

“Walaupun kami akan membubarkan tentera kami (PKM) kami tidak akan sekali-kali membubarkan Parti Komunis Malaya,” katanya.Chin Peng juga tidak ketinggalan memberi pengiktirafan kepada daya usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Thailand sehingga termeterainya perjanjian damai ini.

Sedang Chin Peng menunggu tibanya jam 10.30 pagi, 2 Disember 1989 di mana akan berlangsungnya majlis bersejarah itu, iaitu perjanjian damai yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia, pesawat yang membawa para perwakilan Malaysia yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar telah mendarat di Hadyai.

Seorang lagi perwakilan Malaysia, Panglima Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Tan Sri Hashim Mohd Ali telah tiba lebih awal di Hadyai.

Para wartawan yang berjumlah hampir 200 orang, siang-siang lagi telah berkampung di bandar Selatan Thai ini. Semua hotel besar di Hadyai bukan sahaja dipenuhi oleh para wartawan dan jurugambar tetapi juga anggota-anggota keselamatan, polis, askar, pegawai tinggi kerajaan daripada kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Thailand, anggota-anggota Majlis Keselamatan Negara apatah lagi pegawai-pegawai dari Cawangan Khas (Special Branch).

Dan sungguhpun kehadiran para pemimpin utama PKM ini cuba dirahsiakan, tetapi penduduk tempatan seperti menyedari bahawa Chin Peng dan Rashid Maidin, pemimpin Regimen Ke-10 PKM sudah berada di pekan ini.

Seorang pemandu teksi mendakwa dia tahu di mana Chin Peng tinggal malah sedia memberikan nombor bilik penginapan sekiranya mendapat ‘bayaran’ yang betul.

Perjanjian bersejarah yang akan ditandatangi oleh Chin Peng dan wakil-wakil Kerajaan Malaysia dan Thailand itu akan berlangsung di sebuah ballroom bernama Siam Conference Room di Hotel Lee Garden. Dan sebaik sahaja selesainya proses perdamaian itu, nama ballroom tersebut akan ditukar kepada The Peace Hall.

Hampir tengah malam 1 Disember 1989, tidak sampai pun 24 jam lagi sebelum termeterainya perjanjian damai antara Malaysia dan PKM, tiba-tiba Rashid Maidin, Komander Regimen ke-10 PKM dan Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Ah Sek, Komander Regimen Ke-12 PKM muncul di coffee house JB Hotel Hadyai di hadapan wartawan-wartawan Utusan yang terdiri daripada Ketua Pengarangnya, Zainuddin Maidin dan Pengarang Berita, Khalid Mohd dan saya sendiri serta V.K Chin dari akhbar The Star yang secara kebetulan berada di tempat yang sama. (Zainuddin Maidin, kini Tan Sri kemudiannya menjadi Menteri Penerangan Malaysia dan Khalid Mohd., sekarang Datuk, kemudiannya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan kini berkhidmat di sebuah Yayasan di Petronas).

Bagaimanapun kehadiran tiga orang utama PKM itu serta isteri Abdullah dan Ah Sek tidak disedari langsung oleh pengunjung-pengunjung yang lain. Mereka tidak diperdulikan sehinggalah ‘diganggu’ oleh wartawan Utusan yang memberanikan diri bangun lalu berjalan menuju ke arah Rashid dan Abdullah sambil memperkenalkan dirinya.

Cara Rashid, Abdullah dan Ah Sek ‘menyusup’ masuk di celah-celah orang-ramai tanpa menarik perhatian umum sangatlah mengkagumkan. Ia umpama satu seni yang telah mereka pelajari dan adaptasikan dengan cemerlang sekali di sepanjang penyamaran mereka di dalam hutan.

Sepertimana Chin Peng pada malam sebelumnya, ini juga adalah kemunculan pertama Rashid dan Abdullah secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai - setidak-tidaknya itulah yang telah disaksikan oleh wartawan-wartawan Utusan dan The Star pada malam itu.

Dan malang sungguh bagi Rashid, Abdullah dan Ah Sek kerana kehadiran mereka untuk bersantai di coffee house itu akhirnya telah terganggu oleh kedatangan wartawan ini.

Rashid yang memesan secawan kopi sambil menghisap paip kelihatan tidak senang apabila kehadiran mereka telah dikesan wartawan. Malah tidak lama selepas itu beliau telah berkali-kali meminta rakan-rakannya yang lain supaya segera menghabiskan minuman masing-masing bagi membolehkan mereka beredar dari situ.

Berpeluang buat pertama kalinya untuk menatap wajah Rashid dari dekat, tidak dapat dinafikan, walaupun berusia 73 tahun ketika itu, Rashid bukan sahaja kelihatan sihat tetapi tegap dan gagah seperti seorang yang bersedia untuk ke medan perang. Beliau sentiasa kelihatan serius sepanjang berada di coffee house itu.

Walaupun beberapa kali diajak berbual, Rashid memperlihatkan gerak badan yang keras dan kekok. Rashid berulang kali berkata, beliau tidak berhasrat untuk bercakap dengan seorang wartawan.

Yang lebih mengejutkan ialah Rashid langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila wartawan Utusan memberitahu bahawa pihak media telah menemui keluarganya di Perak.

Bagaimanapun di sebalik keseriusan wajahnya itu, Rashid akhirnya ketawa kecil apabila diberitahu betapa pihak media begitu mengidam untuk merakamkan wajahnya yang terbaru.Mstar

Ahad, 29 November 2009

Kerajaan Pulau Pinang Haram BTN







Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalaah semata mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.TVS

Isu Doa:Tok Guru Nik Aziz Pertahan Tindakannya







Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. - BERNAMA

BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia







http://buletinonline.net/images/stories/berita14/btn4uMNO.gifKUALA TERENGGANU – Sikap Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno.

Beliau menyatakan ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno daripada presiden sehingga peringkat bahagian termasuklah timbalan presiden, naib presiden dan majlis tertinggi.


Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.

”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,

”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.

Hishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar atas) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).

Ng turut mempertikaikan kenyataan Hishamudin dan menyatakan pengisian kursus BTN tidak membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional, malah bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Beliau mendedahkan, apa yang dialami oleh anak seorang rakannya, seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman (Koleh TAR) yang menghadiri kursus anjuran BTN kira-kira dua bulan lepas.

Katanya, pelajar berketurunan Cina yang berasal dari Kuala Terengganu itu cukup sedih dan terhina kerana apa yang di ajar dalam kursus BTN adalah mengungkit isu-isu perkauman.

”Bukan sahaja mengungkit isu ‘ketuanan Melayu’ malah, pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) termasuk orang-orang Melayu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi dianggap oleh penceramah BTN sebagai pengkhianat Negara,”ujar Chai Hing.

Kritikan Chai Hing turut disokong dan dikongsi bersama oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@ Ramly.

Hanafiah ketika dihubungi berkata, BTN adalah ‘topeng demokrasi’ yang digunakan oleh Umno untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, BTN bermotifkan politik dan propaganda Umno, bukan program yang menimbulkan semangat patriotisma dan tidak akan membentuk negarawan yang mencintai Negara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/hisham.JPGSebaliknya, kata Hanafiah, ia adalah program untuk melahirkan individu yang ‘racist’, sayang kepada Umno dan kepimpinan Umno.

”Penceramah mengungkit tentang ketuanan Melayu, membangkitkan semangat kemelayuan, kononnya melayu itu Umno dan hanya Umno yang boleh menjaga Melayu,”jelasnya yang mendedahkan, beliau sendiri hadir dalam kursus BTN tidak berapa lama dulu.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan menolak kursus BTN yang akan dianjurkan kepada para pegawai negeri, seminggu lalu, isu BTN kini menjadi panas dan menjadi percakapan umum.

Semakin ramai yang bekas peserta kursus BTN tampil dan membuat pengakuan bahawa ia satu kursus yang banyak memberikan kesan negatif, namun pemimpin Umno seperti Hishamudin, bukan mahu menerima dan bersikap rasional, malah melemparkan tuduhan pula.BO

Korban Perdana Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut








Video Oleh: Pemuda Besut






Korban Perdana Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut ini diadakan pada Hariraya kedua bertempat di Kg Padang Luas dalam,Jerteh.Lembu di sembelih oleh Ketua Pemuda Besut Ust Zulkifli Kadir.Para Ajk Pemuda Besut turut hadir bergotong royong melapah dan menyediakan segala kelengkapan majlis.Terima kasih kepada Ajk Pemuda Besut saudara Nik Ma yang sudi mengadakan majlis ini di rumah beliau. Tahniah kepada Pemuda Besut yang dapat mengadakan program ini dengan jayanya. Tahniah juga pada seluruh Ajk Pemuda Besut yang sudi meluangkan masa menjayakan majlis ini terutama Pengarah Program saudara Arsyad yang berjaya menguruskan majlis dengan baik sekali.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Sabtu, 28 November 2009

Ibadat Korban Unit Usrah Pas Beris Pak Abu

Woi!!! masuklah,takkan nak tunggu lembu tu tidur sendiri kut!!!
Tekan tubi percuma,lembu di sembelih oleh Naqib kami Ust Aziz Abas
2 ekor lembu di tumbangkan tahun ini,tahun depan harapnya bertambah lagi
Laa,ni sapo punya bini ni sesat kat sini!!! maah boh ni isteri kesayangan dan satu2nya buah hati ambo kah..kah..kah..
Berat sama di pikul ringan mung wat sore!!!!
Berebut untuk melapah lembu,tahniah Pemuda Beris Pak Abu
Ramai wei datang tolong,takpe terima kasih daun keladi tahun depan datang lagi
Woi!!! mana yang lain ni,takkan kami berdua je kot.Yang lain tu tengok jelah ye...
Hokni pulok sek2 komando paip air,boh dio hok baju hitam.Sapo eh...he..he..
Sek2 Gengster Kg Dusun ha..ha..sorry boh ambo gurau je
Ketua Pas Cawangan Hj Ismail Husin menyampaikan sumbangan daging korban
Beratur bang jangan tak beratur,pembahagian daging korban untuk petugas

Alhamdulillah,perancangan hampir setahun Unit Usrah Pas Beris Pak Abu nampaknya berjalan dengan lancar. Woi warpak,sembelih lembu 2 ekor pun setahun perancangan ke?Bukan Cik Kak,sebenarnya inilah hasil dari Tabung Ibadat Korban yang kami ujudkan hampir setahun yang lalu.Seperti sedia maklum Tabung ini di ujudkan untuk memudahkan dan menggalakkan warga Kg terutama Ahli2 Pas melakukan ibadat korban.Mudah ke bang?Yelah dah kami kutip Rm 5 setiap minggu bagi yang menyertai Tabung ini dan apabila sampai masanya kami akan kembalikan kepada peserta untuk melakukan ibadat korban.Ilir kae tuh,ko guano tuae akim he..he..Untuk tahun ini 2 ekor lembu di tumbangkan hasil dari penyertaan 14 orang majoritinya ahli Usrah.Tapi untuk tahun depan kami menjangkakan penyertaan akan bertambah lagi memandangkan dah ada yang beria ia nak menyertai tabung ini.Daging korban ini kami agihkan ke seluruh Kg terutama ahli Pas untuk sama merasa walaupun sikit sorang.Sama rata,sama rasa.Untuk para petugas pembahagian di lakukan di tempat korban diadakan yang di sempurnakan oleh Ketua Pas Cawangan Hj Ismail Husin.Sementara untuk warga Kg yang lain kami agihkan dari rumah ke rumah.Semoga ibadat kami ini di terima oleh Allah SWT.
P/S: Video akan menyusul.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Wujud konspirasi jatuhkan Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedar konspirasi pihak tertentu, yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau sudah lama dan berterusan.

“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.

“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena 'bubuh' dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih."

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan dalang itu sebagai salah seorang yang khianat kepada Kelantan.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai dakwaannya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya itu ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, kelmarin.

Sebelum ini, timbul pelbagai polemik dalam Pas Kelantan, bermula dengan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), diikuti dengan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya dengan melaga-lagakan beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Beberapa hari kemudian, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta Nik Abdul Aziz menamakan bakal penggantinya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri.

Anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, kemudian meminta supaya tidak ada pihak yang menyekat bapanya daripada meletak jawatan.

Kenyataan Nik Abduh itu dilihat sebagai menyerang balas pihak tertentu yang dikatakan sengaja menggunakan media arus perdana untuk mendapat pengiktirafan dari Nik Abdul Aziz bagi meraih sokongan dari ahli Pas.SH

Aidiladha Bersama Warga Pas Beris Pak Abu

Para Jemaah Yang Tiba Seawal Jam 8.00 Pagi
Bertakbir Memuji Allah SWT Tuhan Sekalian Alam Dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Khutbah Di Sampaikan Oleh Ust Amirul Jusoh
Khusyuk Mendengar Khutbah Yang Di Sampaikan Khatib
Warga Muslimat Beris Pak Abu,Tanpa Mereka Siapalah Kita
Antara Muslimat Yang Hadir Untuk Sama Sama Menunaikan Solat Sunat Aidiladha
Ceria,Warga Muslimat Beris Pak Abu Selepas Solat Sunat Aidiladha
Tradisi Di Aidiladha,Jamuan Turut Di Sediakan Kepada Para Jemaah
Muslimat Menyediakan Hidangan Untuk Para Jemaah

Solat Sunat Aidiladha warga Beris Pak Abu yang di adakan di Madrasah Hj Husin. Solat bermula jam 8.00 pagi dengan warga Kampung sama sama bertakbir Hariraya dan berakhir pada jam 9.30 pagi.Sedikit jamuan ringkas turut di sediakan pada para jemaah yang hadir.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Jumaat, 27 November 2009

Anwar: Perjuangkan rakyat Malaysia, bukan kaum tertentu




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya sebulat suara memperjuangkan hak yang dituntut atas nama Malaysia, bukan kepada kaum tertentu sahaja.

Anwar berkata, ‘perjuangan rakyat Malaysia’ perlu menjadi tunggak dalam kepimpinan dan pentadbiran dalam sesebuah masyarakat.

Anwar yakin, segala masalah yang dihadapi masyarakat India dapat diatasi sekiranya mereka bekerjasama memperjuangkan hak secara samarata, bukan menggunakan pendekatan kaum.

“Saudara, politik Malaysia, keadaan politik di negara kita sudah berubah. Masalah orang India, Hindu dan Tamil perlu dilihat dan diperjuangkan sebagai masalah Malaysia. Baru boleh selamat," kata beliau

Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ulangtahun ke-2 Hindraf Peringkat Kebangsaan bertemakan “Raising of Malaysian Indian Voices” di Klang, semalam.

Bagaimanapun, Anwar menasihati pemimpin Hindraf agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kaum mereka sendiri.

Mana-mana orang yang mengaku dia pemimpin Hindraf, siapa kata dia pemimpin Makhal Shakti, siapa dia pemimpin India? Saya orang Melayu, biar saya beritahu, sebagai rakyat Malaysia, jangan khianat kepercayaan masyarakat India dan Hindu di negara ini," katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru masyarakat India menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang Umno yang mengamalkan politik perkauman.

Kata beliau lagi, “Lawan untuk gaduh? Tidak, lawan untuk menangkan rakyat. Lawan tolak rasuah .Lawan tolak orang sombong. Lawan tolak orang bagi kita mati dan pukul kita. Lawan untuk selamatkan negara kita."

“Negara ini bukan negara miskin tetapi kaya. Kita ada upaya untuk bantu semua," tambah beliau.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat yang telah berjaya mentadbir lima negeri tidak pernah lupa memperjuangkan nasib kaum India kerana pakatan berkenaan mengutamakan ketuanan rakyat bukannya ketuanan kaum tertentu.

Ada orang kata Anwar, Keadilan Pakatan Rakyat bila sudah menang lupa dengan kita, saya mahu beritahu kamu tahu bagaimana saya berkempen dan bahan politik saya. Masuk penjara keluar penjara saya tidak kira, tetapi saya bagi tahu kami di sini untuk Melayu, Cina dan India di Malaysia”.TVS

Eidul Adha 1430, Hari Haji Akbar - Presiden PAS





MARANG – Hari raya Eidul Adha pada tahun ini yang jatuh pada hari Jumaat di panggil sebagai Haji Akbar, kerana hari wukuf di Arafah dan hari ‘nahar’ atau hari ke 10 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat.

Demikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam mukaddimah khutbah Eidul Adhanya, di masjid Rusila hari ini.

Katanya, hari haji akbar penting kerana pada hari tersebut Allah mengisytiharkan berlepas diri dari orang-orang musyrikin sebagaimana dinyatakan dalam surah atTaubah, ayat ke sembilan.

Beliau turut mengingatkan seluruh umat Islam bahawa perbuatan syirik itu bukan hanya menyembah patung dan berhala, tetapi seseorang Islam menjadi syirik apabila mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah dan mempercayai kepada undang-undang tersebut.

”Termasuklah syirik itu, mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah, dan percaya kepada undang-undang itu,

”mengadakan peraturan lain daripada peraturan (yang telah ditetapkan oleh) Allah dan menerima peraturan itu,”jelasnya.

Menurutnya, Allah telah menetapkan undang-undang (syariat) ke atas manusia yang berkait dengan ibadat, makan minum, pakaian dan pergaulan.

Begitu juga, katanya, Allah menetapkan undang-undang yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan pemerintahan negara.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat Edul Adha, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang telah bertemu dan beramah mesra dengan jamaah yang hadir.

Ustaz Abdul Hadi turut menunaikan ibadah korban dengan menyembelih tiga ekor lembu (gambar atas) di perkarangan Masjid, dan diagih-agihkan dagingnya kepada orang ramai. (BO)

Gesaan Muhyiddin Berbaur Ugutan -Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempertimbangkan semula jemputan mengetuai kokus royalti minyak dan gas.

Menyifatkan gesaan tersebut berbaur ugutan, Khalid melahirkan kekesalan dengan tindakan Muhyiddin yang dilihat cuba menghalang langkah Razaleigh membantu rakyat Kelantan.

“Bunyi statement Muhyiddin itu macam ada unsur ugutan pula ye.. kena fakir dulu dan sebagainya, itu macam kurang sedap didengar lah. Hakikatnya Tengku Razaleigh adalah antara pelopor . Dalam soal ini dialah mengasaskan atau memain peranan untuk menghasilkan Akta Petroleum” ujarnya.

Kerajaan Pusat mendakwa rakyat Kelantan tidak berhak menerima royalti minyak kerana punca petroleum terletak melebihi 3 batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Tengku Razaleigh yang terlibat secara langsung dalam penggubalan Akta Petroleum 1974, dijemput Pakatan Rakyat mempengerusikan kokus royalti minyak dan gas, yang diadakan bagi merangka pindaan baru keatas Akta itu.

Muhyiddin bagaimanapun menyarankan Razaleigh supaya berhati-hati membuat keputusan kerana kokus ini dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

“Jadi saya agak peliklah mengapa kalau kita ingin memahami, niat dan tujuan serta hak-hak yang ingin dipertahankan oleh Akta Petroleum itu, mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang sebegitu. Sepatutnya dia menggalakkan”.

Ditanya sama ada gesaan Muhyiddin kepada mantan Menteri Kewangan itu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil, ujar Khalid, Ku Li punya kredibiliti dan nilai integritinya sendiri sebagai seorang yang bertanggungjawab.

“Saya rasa itulah kehendak pihak kerajaan pusat tetapi Tengku Razaleigh mempunyai kredibiliti dan nilai integriti dirinya sendiri. Dan saya rasa diapun tidak mahu terlibat dalam usaha untuk yang jelas mengkhianati kerajaan negeri Kelantan dan dia pun kebetulan rakyat negeri Kelantan". -TVS

Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti - Husam



KOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.

“Kaukus Parlimen yang ditubuhkan bukannya untuk kepentingan parti tetapi ia adalah satu tindakan bersama ahli parlimen tanpa mengira parti dalam sesuatu isu yang membabitkan parlimen dan dalam hal petroleum ini ia amat bertepatan kerana ia dibentangkan di parlimen sebelum ini”ujar beliau.

Sebelum ini pihak pembangkang juga sering bersama kerajaan dalam sesuatu isu yang berkaitan negara dan juga luar negara seperti dalam isu menentang kezaliman Israel terhadap Palestin,bantuan bencana alam dan sebagainya.

Husam juga berharap selain dari Ku Li yang menyertai Kaukus Parliemen ini,wakil-wakil rakyat dari negeri lain yang terlibat dalam isu petroleum juga patut menyertainya kerana ia melibatkan hasil sesebuah negeri.

Menyentuh tindakan Muhyiddin yang mengganggap Ku Li melanggar prinsip BN,Husam berkata ini tidak timbul kerana Kaukus Parlimen sememangnya melibatkan semua ahli Parlimen dan Muhyiddin boleh dianggap tidak menghormati institusi Demokrasi Berparlimen.

Sebelum itu,Husam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 32 penerima dalam kategori sumbangan sosio –ekonomi kepada Armalah,Orang Kurang Upaya dan mangsa kebakaran dengan melibatkan RM 14 ribu yang telah mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Bharu.

Husam berharap dengan sumbangan tersebut mereka yang menerima akan menjadikan ia sebagai modal untuk membuat sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok, beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.Hrkh

Anwar menang kes saman NSTP, bukti media diperguna Umno BN







Pemimpin Pakatan Rakyat membidas tindakan media arus perdana yang jelas dilihat digunakan oleh Umno-Barisan Nasional hanya untuk memburuk-burukkan parti pembangkang.

Ini berikutan fitnah yang ditaburkan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh New Straits Times Press (NSTP).

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, kemenangan Anwar dalam kes saman media terbabit jelas membuktikan betapa rendahnya moral dan mutu pemberitaan arus perdana yang dimonopoli oleh kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, laporan palsu itu hanya bertujuan untuk memburukkan imej kepimpinan PKR dan komponennya.

“Dilihat bahawa UMNO dan BN yang menjadi tulang belakang kepada media arus perdana ini telah gagal, tidak bersaing secara sihat mengikut prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan dalam negara. Setelah mereka dapat lihat bahawa pimpinan parti pakatan rakyat ini mula mendapat tempat di hati nurani masyarakat dan rakyat Malaysia. Lalu akhirnya mereka menggunakan media untuk melancarkan pemberitaan yang bersifat fitnah, memburukkkan peribadi-peribadi pimpinan ini untuk menjatuhkan, dimoralize pimpinan parti pakatan rakyat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika dihubungi pagi tadi.

Menurut Mahfuz lagi, jika dilihat dari sudut positif secara tidak langsung ia membuka peluang masyarakat beralih arah kepada media alternatif bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

“Saya kira bahawa ini adalah masa terbaik untuk media baru akan dapat memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada masyarakat dan pengguna-pengguna media ini dalam negara kita untuk masa depan,” kata beliau.

Anwar telah menuntut ganti rugi sebanyak RM 100 juta kepada NSTP kerana telah mengeluarkan artikel fitnah yang mengaitkan beliau dengan agen Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berpendapat jumlah saman yang dimenangi oleh Anwar tidak setimpal dengan nilai reputasinya yang telah dimusnahkan sejak tujuh tahun lalu.

“Dan saya fikir sebenarnya 100 ribu itu tidak cukup sebab ini merupakan kemusnahan seorang pemimpin dan atleast dapat 1juta ke macam tu,” ujar beliau.

Beliau menambah, cara ini merupakan taktik sekian lama yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menimbulkan rasa kebimbangan rakyat dalam aspek salah guna kuasa pemimpin PKR.

“Dan juga ini ada unsur-unsur mewujudkan kebimbangan atas orang ramai bahawa pemimpin pakatan rakyat tidak boleh dipercayai,” katanya. –Hadri Yaziz

Khamis, 26 November 2009

Borang2 Tak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos




Pas masih tetap dengan desakannya meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghapuskan sistem undi pos walaupun permintaan mereka supaya Borang 2 sistem undi berkenaan tidak tercapai.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Suhaizan Kayat berkata Pas lebih menekankan penghapusan sistem undi pos kerana sistem berkenaan menimbulkan manipulasi pihak ketiga.

Sehubungan itu, beliau mahu sistem pengundian awal diperkenalkan untuk mengelakkan berlakunya sebarang penyelewengan semasa proses pengundian.

"Sebab itu saya sebenarnya tak pandang kepada Borang 2.Pada saya yang penting adalah undi pos ini mesti dimansuhkan itu sahaja, kalau kita terima Borang 2 kita terima konsep undi pos itu secara keseluruhan.”

“Tapi kepada saya undi pos ini perlu dimansuhkan, ditukar kepada proses pengundian advance vote(pengundian awal) maknanya ini pernah dicadangkan oleh SPR,maknanya dia buat advance vote(pengundian awal) maksudnya macam ni pengundi yang betul-betul kritikal pada masa itu sahaja yang dibenarkan mengundi awal”,katanya.

Suhaizan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri di Parlimen semalam bahawa penggunaan borang 2 dalam sistem undi pos tidak akan dihapuskan.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersama 15 wakil Pas Pusat telah mengadakan pertemuan dengan SPR yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama 15 pegawainya.

Dalam pertemuan berkenaan PAs mengemukakan beberapa cadangan kepada SPR iaitu meminta supaya Borang 2 dihapuskan kerana ia merupakan faktor ketakutan kepada pengundi pos.

Suhaizan juga berkata pengundian awal yang dicadangkan hanya melibatkan pengundi yang dikategorikan sebagai kritikal seperti pelajar, anggota tentera dan juga duta-duta Malaysia yang berada di luar negara.

“Jadi kalau katakan ada satu pilihanraya maknanya mereka yang terlibat ini sahaja yang perlu buat report kepada SPR menyatakan dia pengundi disini, sini dan dia memohon untuk membuat pengundian awal,golongan ini sahaja,yang lain tak terlibat dengan masa krtikal ini mengundi seperti biasa",katanya.TVS

Mohd Amar Setuju Ahmad Yakob Jadi MB Kelantan

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

Nik Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika Menteri Besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta Menteri Besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian. BERNAMA

EGM II MCA dibatal, pemilihan baru waktu terdekat




Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA Sabtu ini, yang dirancang oleh kumpulan bertelagah, dibatalkan manakala pemilihan baru akan diadakan dalam waktu terdekat.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengetuai kumpulan yang menggerakkan EGM itu mengumumkan bahawa pemilihan baru akan berlangsung secepat mungkin.

Oleh itu EGM Sabtu ini akan digantikan dengan sesi taklimat, kata Liow yang juga Naib Presiden parti.

“Ia (tarikh) akan diumumkan secepat yang mungkin, sebaik sahaja masa (sesuai) diperoleh kami akan membuat pengumuman.

“Kami perlu menghormati kesemua pihak yang terbabit,” kata Liow yang juga Mentri Kesihatan di Ibu Pejabat MCA di sini hari ini.

Sehubungan itu Liow memberitahu Mesyuarat Agung Tahunan yang dijadualkan 5 Disember ini juga akan dibatalkan.

Difahamkan keputusan itu dicapai ekoran tekanan daripada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini melangkah untuk menyelesaikan kemelut komponen kedua utama itu.

Semalam Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata EGM II akan diteruskan kecuali ada tarikh yang ditetapkan untuk pemilihan baru parti.

Beliau berharap semua perwakilan pusat MCA akan menghadiri EGM itu kerana persediaan sedang giat dijalankan untuk mesyuarat berkenaan.

Ia juga dipercayai sebahagian daripada hasil perbincangan dua pemimpin parti MCA yang bertelagah — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Liow — bertemu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Mentri baru-baru ini dan menyatakan persetujuan untuk mengadakan pemilihan parti yang baru.

Liow pula berpendapat agar ia dijalankan pada bulan depan atau Januari manakala Chua dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mencadangkan agar pemilihan diadakan Mac tahun depan ataupun selepas itu.

Mengulas lanjut, Liow menekankan bahawa objektif Pasukan Petugas Pemulihan Integriti MCA (MIRT) telah tercapai kerana konsensus tiga pihak telah dipersetujui.

“Pelan pemilihan jawatankuasa pusat MCA sudah dirangka dan akan dipanggil pemilihan baru dalam waktu terdekat.

“Ini bermakna usaha MIRT telah selesai dan sedang menanti untuk pemilihan baru bagi memastikan perpaduan dan kestabilan parti,” katanya. - themalaysianinsider

Pusat digesa bersikap terbuka umum laporan tragedi Bukit Antarabangsa


PETALING JAYA, Nov 26 — Kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) digesa bersikap terbuka dengan mendedahkan kandungan penuh laporan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa selaras dengan moto "Rakyat Didahulukan, Pencpaian Diutamakan".

Dalam gesaannya, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, pendedahan kandungan laporan ini penting bagi menjaga keselamatan penduduk Bukit Antarabangsa dan membantu mereka dalam perancangan masa depan masing-masing.

Zuraida menambah, kerajaan persekutuan tidak perlu takut dan patut bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab dan mencontohi kerajaan negeri Selangor dalam isu ini.

"Apatah lagi, Bukit Antarabangsa telah diklasifikasikan sebagai kawasan tadahan air di bawah Rancangan Fizikal Negara yang memerlukan usaha pemuliharaan yang tinggi.

"Sesungguhnya slogan ’1Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri semakin sayup dan malap bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang telah menunggu selama satu tahun untuk mengetahui hasil siasatan tragedi tanah runtuh yang meragut lima nyawa," kata wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat ini dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, penduduk Bukit Antarabangsa menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk mengubah semula status Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa.

"Sekali lagi, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat negeri Selangor," katanya.

Bagaimanapun kata Zuraida, pihkanya kecewa apabila penduduk Bukit Antarabangsa mengadu laporan yang sepatutnya dijual oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih belum boleh diperoleh.

"Ini berikutan keputusan Kementerian Kerja Raya untuk tidak mengeluarkan laporan tersebut dengan alasan Kabinet tidak bersetuju untuk mengubah status laporan; dalam kata lain laporan ini masih menjadi rahsia Kerajaan.

"Sebagai Ahli Parlimen Ampang, saya merayu agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya tragedi lebih besar pada masa akan datang akibat kegagalan mendedahkan sebab musabab tragedi tersebut," katanya.

Hasil laporan ini sangat penting untuk diketahui oleh orang ramai bagi melanjutkan perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor," kata Zuraida lagi.

Minggu lalu Khalid mengumumkan bahawa laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa akan didedahkan kepada umum Isnin lalu.

Khalid mengubah status klasifikasi dokumen itu dengan menggunakan haknya sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi bagi membolehkan orang ramai mendapatkan kandungan laporan berkenaan daripada MPAJ.

Bagaimanapun Kementerian Kerja Raya melarang kerajaan negeri daripada berbuat demikian dan Khalid menangguhkan keputusan mengedarkan salinan laporan siasatan itu.

Kementerian Kerja Raya menegaskan, MPAJ perlu memohon untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh itu kepada umum.TMI