Rabu, 21 Oktober 2009

Zaman Umno bakal berakhir


HULU TERENGGANU - Situasi politik negara masa kini merupakan masa paling baik dan sesuai bagi rakyat membuat perubahan dalam mana-mana pilihan raya diadakan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/nikamar.JPGTimbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Nik Mohamad Amar Nik Arshad menyarankan agar pemimpin serta ahli PAS di seluruh negara mempertingkatkan kualiti parti.

Ini penting, katanya agar rakyat umum dapat membezakan antara keupayaan pemimpin parti Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita (PAS) melihat sekarang adalah masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan. Suasana pemimpin politik (Umno dan Barisan Nasional) negara yang berkecamuk.

“Kita (PAS) kena tingkatkan kualiti kerja kita (parti) di semua peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri (Dun), kawasan dan negeri.

“Biar kualiti kita (PAS) berbeza dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan barulah boleh laksanakan amanah Allah SWT,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2009 di Padang Bola Pekan, Manir, 17 Oktober lalu.

Dato’ Nik Mohamad Amar yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan yakin zaman pemerintahan Umno-BN bakal berakhir kerana hilang sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti komponan tersebut.

Bahkan, katanya kemenangan calon BN, Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak menggambarkan penerimaan rakyat umum terhadap parti tersebut.

Menurutnya, calon BN yang terbukti bersalah terlibat dengan masalah rasuah dan politik wang boleh menang kerana Umno-BN bukan sebuah parti bersih.

“Umno sebuah parti yang kotor dan terlibat dengan banyak masalah rasuah, politik wang, penyelewengan dan penipuan.

“Dia (Umno-BN) bukan parti bersih tetapi menang dengan cara tidak bermaruah dan calon yang tidak bermaruah,” tegasnya.

Menurutnya, pelbagai isu yang menjadi ‘senjata’ kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan digunakan untuk membuat perubahan

Sementara itu, mengulas isu berkaitan kecelaruan politik calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Dato’ Paduka Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas itu disifatkan sebagai barang ‘permainan’ di Kelantan.

“Dia (Ibrahim Ali) tidak boleh buat apa-apa. Parti Umno pun tidak mahu terima dia (Ibrahim). Kita (PAS) di Kelantan anggap dia (Ibrahim) seperti barang ‘permainan’ kanak-kanak.

“Ada dia (Ibrahim) boleh juga ada ‘hiburan’ politik yang tidak menjejaskan pengaruh dan kekuatan PAS Kelantan untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Menurutnya, dalam PRU Ke-13 PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan sedia ada tetapi yakin merampas kembali Terengganu.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan