Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali menerima cenderamatan dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik
HULU TERENGGANU – PAS memang telah menduga kekalahan yang akan dialaminya pada Pilihnaraya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta faktor-faktor luaran dan dalaman.
Faktor-faktor luaran menyebabkan PAS kalah adalah kerana BN menggunakan seluruh kekuatan jentera termasuk jentera kerajaan bagi memastikan ’kubu kuatnya’ itu tidak terlepas kepada Pakatan Rakyat.
Manakala faktor dalaman adalah kelemahan PAS sendiri dimana ’asas kekuatan’ (power base) PAS di DUN Bagan Pinang adalah begitu lemah.
(Gambar - Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali menerima cenderamatan dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik)
Namun begitu, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata dari segi rekod pilihanraya kecil yang telah berlalu, sehingga kini, Pakatan Rakyat mendahului BN, termasuk rekod kebolehupayaan Pakatan Rakyat merampas kerusi yang dimenangi oleh BN.
”Bagan Pinang ada lapan peti undi, ada empat cawangan PAS, (ada) satu peti undi itu tak ada cawangan PAS nak jaga,
”ahli PAS juga tidak ramai, kekuatan asas (power base) kita (PAS) tak kuat di Bagan Pinang,”katanya ketika berucap dalam majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, di pekan Manir, semalam.
Menurutnya kebanyakkan ulasan yang dikemukakan, menyatakan sebab-sebab mengapa PAS kalah di Bagan Pinang, adalah tidak tepat.
Katanya, sejak awal PAS masuk PRK Bagan Pinang sebagai ’underdog’ kerana PAS sedar akan kelemahannya selain terdapat undi pos yang terlalu banyak.
Oleh itu, katanya, berkali-kali PAS telah berjumpa dengan SPR supaya pengundian pos, sekurang-kuranga dapat dilaksanakan secara lebih telus dan adil.
Namun, sebaliknya, kata beliau, perjalanan pengundian pos yang berlaku di Bagan Pinang diwarnai dengan penuh kecurigaan dan sikap ’pengelat’ SPR serta pihak berkuasa angkatan Tentera.
”Ertinya, hok (pengundian pos) dalam dewan, walaupun ada sikit-sikit (tidak puas hati), ia (tetap) tidak sama dengan pengundian yang berlaku di luar (pengundi biasa),
”didapati oleh ’polling agent’ kita, senarai yang dibekalkan oleh SPR sewaktu penamaan calon tidak sama dengan senarai yang digunakan pada hari pengundian,”katanya yang memanggil perbuatan tersebut sebagai ’sengelat’ atau ’pengelat’ (penipuan).BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan