Ahad, 11 Oktober 2009

PRK Bagan Pinang: Waspada provokasi Umno-Salahudin





TELUK KEMANG - Demi merosakkan nama baik Pas di kalangan pengundi N31, akan ada dua aksi provokasi dijangka tersetus bermula malam ini sehingga esok.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub lewat petang tadi berrkata demikian, berdasarkan beberapa maklumat risikan dalam Umno sendiri. “Ianya (kumpulan itu) mungkin memakai baju Pas, menyertai konvoi liar menggunakan apa jua simbol Pas di kawasan kediaman; dengan laungan takbir dan sebagainya agar pengundi tempatan membenci Pas.”

Ketua Dewan Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi mendakwa, akan ada suatu surat Dewan Pemuda Pas yang palsu disebarkan, menggunakan tandatangannya.


“Surat palsu itu adalah fitnah, kononnya saya mengaku bersalah dan terpaksa membelakangkan Islam demi tunduk pada Dap yang anti Melayu.”


Beliau juga mengumumkan bahawa Pas telah pun membuat laporan Polis berhubung kedua-dua rancangan provokasi tersebut. Tambahnya lagi, bermula jam 12 malam ini, Pemuda tidak akan menganjurkan sebarang konvoi bermotor; sebagai bukti menghormati arahan pihak berkuasa.

Jika berlaku juga konvoi liar atas nama pemuda malam ini; sekaligus mengesahkan segala dakwaan itu.


Kedua-dua dakwaan tersebut tidak merujuk pada ‘komando Pemuda’ Umno; yang dipertikai sebagai kes samseng sejak beberapa hari lalu.


Mencelah dalam majlis kenyataan akhbar tergempar pagi tadi, Mahfuz menyifatkan penolakan 2 kepimpinan utama Mca – Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Datuk Seri Chua Soi Lek petang tadi adalah isyarat awal – bahawa rakyat menolak calon tidak berintegriti.


Ujar Naib Presiden Pas itu lagi, penolakan itu sekali gus menjadi isyarat awal bahawa rakyat di Bagan Pinang juga bakal menolak calon tidak bersih; iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap pengundi mempertahankan maruah Bagan Pinang dengan memberi undi kepada calon Pakatan, Zulkefly Mohamad Omar.


Saat-saat akhir tempoh berkempen ini menjadikan Pas begitu berhati-hati, agar jentera tidak lagi diserang samseng-samseng Umno seperti sebelu, ini. -END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan