SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dan DAP Selangor berjaya merapatkan hubungan dan persefahaman antara mereka dalam pertemuan mejabulat hari dan akan menganjurkan lagi majlis serupa dengan melibatkan PKR pula selepas ini.
Mereka juga mencapai lima kata sepakat selepas perbincangan hampir tiga jam ini dan berazam akan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sampai bila-bila.
Kelima-lima keputusan itu adalah:
1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.
2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.
3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.
4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.
5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.
PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.
Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.
Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.
Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor.
Turut serta Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.
Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.
Menurut mereka, sidang akhbar akan diadakan jam 4 petang ini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir dalam blognya mengaku memang ada sengketa sebelum ini di antara kedua-dua parti ini.
"Kita akui hakikat ini," tulis Roslan.
Bagi beliau, kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan.
"Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata," tulisnya.
Perjumpaan hari Rabu ini (hari ini) cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti, tulisnya.
"Saya yakin usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu," tulisnya lagi.harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan