KUALA LUMPUR: Para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu.
Dalam EGM tersebut, perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 14 undi.
Perwakilan turut menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bagaimanapun, EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti. Pegawai yang terlibat dalam EGM tersebut berkata keputusan dramatik yang dibuat perwakilan di Mesyarat Agung Khas MCA hari ini menyebabkan parti terpaksa merujuk semula kepada perlembagaan parti.
Seperti termaktub dalam perlembagaan MCA, seorang presiden parti hanya boleh dilucutkan daripada jawatannya dengan majoriti dua per tiga undian perwakilan.
Oleh yang demikian secara teknikalnya bermakna Ong Tee Kiat masih lagi presiden MCA yang sah kerana undi tidak percaya ke atasnya hanyalah dengan kelebihan 14 undi.
Seramai 1,155 ahli perwakilan berkata mereka tidak percaya dalam kepimpinanan Ong manakala 1,141 menyatakan yang sebaliknya pada EGM kali ini.
Seramai 2,304 ahli perwakilan telah mengundi dalam EGM hari ini.
Keputusan EGM itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap EGM, Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang.
Pengundian tersebut dijalankan berdasarkan tiga resolusi iaitu:
1) Ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong
Berikut ialah keputusan bagi resolusi pertama:
Setuju: 1,155
Bantah: 1,141
Undi Rosak: 8
2)Keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos dalam menerima cadangan Lembaga Disiplin dan keputusan susulan Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Soi Lek dibatalkan.
Keputusan bagi resolusi kedua:
Setuju: 1,204
Bantah: 1,095 Undi Rosak: 5
3) Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA.
Keputusan resolusi ketiga pula adalah seperti berikut:
Setuju: 1,110
Bantah: 1,184
Undi rosak: 10
Terdahulu, 2,307 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi pada EGM MCA hari ini.
Bagaimanapun, tiga orang daripada perwakilan berkenaan tidak mengundi.
Jumlah perwakilan yang hadir pada EGM tersebut ialah 96.93 peratus.
Proses pengundian berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan San Choon di sini pada Sabtu.
Para pemimpin MCA yang hadir pada mesyuarat ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah digantung telah tiba disitu pada pukul 8.10 pagi tadi.
Dr Chua berkata kepada para pemberita bahawa beliau akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan.
Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho turut hadir pada mesyuarat khas tersebut hari ini.
Liow berharap para perwakilan pusat akan bersikap matang dan membuat yang bijak untuk kebaikan parti.
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selamat tiba pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk mesyuarat itu.
Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya akan dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1% undi sahaja.
Jika jumlah undi yang diperolehi adalah sama, Speaker mempunyai kuasa untuk mengudi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, dalam Arikel 169. mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan