Selasa, 6 Oktober 2009

Beris Pak Abu semakin pulih.Bantuan Kerajaan? Tiada

Tukang Rumah paling smart seantero Beris Pak Abu,nasib baik baju tok boh dale he..he..he..
tok Aji kita ini sedang membaiki sendiri rumahnya,save budget
Antara rumah yang paling teruk terjejas kini dalam proses pembaikan hasil sumbangan Tokoh Koperat Pas Dun Kuala Besut
Siap,yang nampak dua keping je,tapi hampir 13 keping atap terpaksa di tukar,juga hasil sumbangan Tokoh Koperat Pas Dun Kuala Besut
Yng nipun banyak juga,di baiki menggunakan belanja sendiri

Alhamdulillah keadaan Kg Ambo akibat dari ribut beberapa hari yang lalu nampaknya semakin pulih.Penduduk bertungkus lumus membaiki atap masing masing samada mengupah orang lain atau membaiki sendiri kerosakan.Tapi apa Ambo kesalkan,tindakan dari Kerajaan sendiri amat lembab. Sehingga catatan ini di tulis kami penduduk Beris Pak Abu tidak menerima walau sesen pun bantuan Kerajaan, mungkin kerana yang terlibat 85% darinya adalah ahli Pas.Mereka sengaja melengah lengahkan bantuan untuk menghukum kami. Ini kerana Kg lain yang terlibat yang mana kebanyakan penduduknya ahli Umno,sudah lama menerima bantuan.Inilah Slogan 1 Malaysia rakyat di belakangkan.Apakah kami ahli Pas tidak membayar cukai kepada Kerajaan hingga kami di pinggirkan? Jika puok2 Umno membeli gula dengan harga RM 1.50 kami juga membayar harga yang sama,yang mana di dalamnya terdapat cukai yang di bayar kepada Kerajaan.Kami bukannya bodoh.Mung ingat pitih tu harto mok bapok mung ko,tok apo kito jupo di akhirak mung jawablah depe Tuhe.Untuk kami mengisi borang UMNO demi sekeping dua atap,jauh panggang dari api.Tidak, kami tidak akan melakukanya.Kami lebih rela beralaskan bumi berbumbungkan langit daripada menggadai maruah kami.
Kami tidak akan beganjak walau setapak cuma dalam mendaulatkan Islam melalui Parti Islam SeMalaysia.Ya kita hanya penumpang sementara di dunia yang fana ini,lambat laun kita akan kembali kepadaNya,entah esok entah lusa. Kita hanya hamba yang Wajib mendaulatkan Islam sementara hayat di kandung badan.Tetapi itulah rezeki di tangan Allah bukan di tangan Umno.Untuk pengetahuan sebahagian dari kami menerima bantuan berbentuk peralatan dari Tokoh Koperat Dun Kuala Besut yang namanya tak perlu Ambo tulis di sini .Sbahagian yang lain membaiki dengan belanja sendiri segala kerosakan . Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada beliau . Begitu juga terim kasih kami ucapkan kepada Ketua Penerangan Pas Terengganu,Ustaz Nik Zawawi Salleh yang sudi mengunjungi kami dan menghulur sedikit bantuan. Sesungguhnya Allah maha berkuasa, hanya kepadaNya kami memohon pertolongan. Baru sebentar tadi seorang lagi Tokoh Koperat Pas Dun Kuala Besut menghubungi Ambo dan menawarkan bantuan. Kami menyarankan bantuan di salurkan kepada Saudara Abd Aziz yang mana namanya tercicir sebelum ini. Saudara Abd Aziz ini antara mereka yang agak susah kehidupannya di kalangan kami.Walaupun nama beliau tercicir sebelum ini(kesilapan teknikal) beliau tetap sabar dan tidak merungut walau sepatah pun. Ketika PRU yang lalu beliau pernah ditawarkan bantuan rumah oleh JKKK dengan syarat mengisi borang Umno.Tapi beliau menolak mentah mentah tawaran tersebut.Tingginya komitmen beliau terhadap perjuangan Pas.Semoga beliau sekeluarga di rahmati oleh Allah.Kepada yang lain2 yang belum menerima bantuan kami di Cawangan ini akan berusaha sekadar termampu untuk membantu mereka.Ambo sendiri pun ada Melancarkan Derma melalui Blog ini,tapi sambutannya kurang memberangsangkan.Tak apalah mungkin bukan rezeki kami.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan