Rabu, 30 September 2009

PRK Bagan Pinang:Pas bertanding untuk bela rakyat-Zulkifli


Video oleh:Greenboc


Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar akan memastikan nasib rakyat Bagan Pinang akan dibela seiring dengan tema yang dibawa Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil N31.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berjuang atas landasan bersama kehendak rakyat.

“Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan, kita masuk atas tema bersama kehendak rakyat. Soal Barisan Nasional hendak letak calon siapa tepulang kepada Barisan Nasional kerana kita bertanding khusus untuk membela rakyat dalam suasana politik hari ini,” katanya pada sidang media.

Mengulas mengenai pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno-Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil pada kali ini, Zulkefly menyerahkannya kepada rakyat untuk menilai.

“Terpulang kepada rakyat untuk menilai kemampuan calon Barisan Nasional dan kita masuk atas dasar untuk rakyat dan berbuat sesuatu atas kehendak rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk menyandang kerusi DUN berkenaan beliau sekali lagi menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi Bagan Pinang.

Zulkefly diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober depan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

“Saya berharap kepada seluruh jentera parti dan penyokong dan pengundi di DUN Bagan Pinang memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil kali ini,” katanya selepas diumukan sebagai calon Pakatan Rakyat.

Hadi berkata Zulkefly dipilih kerana beliau merupakan calon terbaik Pas dan beliau masih muda serta berpendidikan tinggi.

Mengulas mengenai peluang Zulkefly untuk memenangi pilihan raya pada kali ini Hadi yakin calon Pakatan Rakyat itu mempunyai peluanmg untuk mencapai keputusan baik.

“Kita melihat perubahan, kita sudah menang tujuh daripada lapan pilihan raya kecil ini satu perubahan menunjukkan adanya anjakan paradigma di kalangan rakyat khususnya di Semenanjung,” katanya.TVA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan