Selasa, 18 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Umno pecat Mufti kerana arak

Umno merupakan parti yang tidak peka dengan persoalan arak sehingga memcatat sejarah apabila pemerintah Selangor yang diterajui parti itu bertindak memecat Muftinya kerana bertegas dalam isu arak.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan mengapa sekarang Umno cuba membincangkan isu arak dan mahu memecahbelahkan keharmonian dalam Pakatan Rakyat disebabkan isu arak.

Bahkan tegasnya, Umno mengambil tindakan memecat Mufti, Almarhum Dato’ Ishak Baharum yang bertegas menentang pertandingan ratu cantik dan jualan arak bagi menjaga keharmonian anak-anak muda Islam.

“Sekarang Umno bersikap ‘lidah bercabang’ cakap tak serupa bikin, rakyat masih ingat lagi macam mana seorang ulama dihina ketika mengangkat kemulian Islam, ” jelasnya.

Tegas beliau, rakyat akan tahu siapa yang benar-benar melindungi keharmonian Islam adalah PAS dan semangat Pakatan Rakyat dengan tindakan rasional tanpa mengongkong hak orang lain.

Dalam isu arak katanya, itu adalah cabaran besar untuk Pakatan Rakyat serta PAS khasnya menampilkan keseriusan dan komitmen bagi menerangkan kepada rakyat bahawa Islam itu adil dan boleh menaungi semua.

Beliau berkata, PAS berpeluang mendidik rakyat sama ada Islam dan bukan Islam tentang arak yang boleh membawa kemudaratan terhadap kesihatan dan akal.

“Di Shah Alam, ada peruntukan kecil di bawah MBSA maka kepimpinan Pakatan Rakyat perlu bijak menangani isu ini dengan memastikan peraturan tersebut diikuti dan dilaksanakan,” jelasnya.

Menurutnya PAS sebahagian dalam kerajaan Pakatan Rakyat perlu merujuk kepada enakmen syariat tentang penjualan arak yang sudah diperuntukan.

” Tidak perlu kita membawa perubahan besar kerana yang penting kita melaksanakan supaya orang Islam tidak menjual arak.” tegasnya.

Dipetik dari Harakah edisi 14-16 Ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan