Setelah melalui 6 pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum ke 12 selesai kini persiapan perlu dilakukan untuk melengkapkan jadual kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. PRK Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau, Penanti dan Manek Urai, rakyat menjatuhkan hukuman mandatori kepada BN. Jika ukuran kekuatan BN di Batang Ai, Sarawak dijadikan cagaran bukti kekuatan mereka, pasti ianya satu bacaan pada skala rekta yang mengarut.
Apa yang pasti; kini giliran DUN Permatang Pasir pula menerima tetamu. Almarhum YB Datuk Hamdan yang mewakili mereka selama 3 penggal telah dipanggil pulang oleh Allah Azzawajalla. Dengan khidmat bakti dan pengorbanannya seluruh rakyat mendoakan agar tempat kembalinya adalah di syurga.
Sekonyong-konyong muncul pula berita tangkapan seorang ADUN dari Terengganu. Bersebelahan dengan kawasan DUN Menteri Besar yang ada. Buktinya agak ketara. Sejumlah wang dirampas. Kini dia dalam siasatan SPRM. Biar apa pun kemungkinannya SPRM diharap menjaga 'tetamunya' itu dengan baik. Jangan sampai tregedi Beng Hock berulang. Jagalah dia dengan baik. Yang pasti Kemasik harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan...
DUN Lenggeng, Negeri Sembilan juga sama. YBnya yang baru dipilih rakyat telah membuat onar dalam tempuh yang amat singkat. Hanya beberapa bulan setelah menang dia diserbu dan ditangkap oleh BPR. Walaupun cuba untuk lari, namun pecutanya tidak begitu baik. Dia kini menunggu dan membilang hari...
Dalam ketidakpastian itu, rakyat digemparkan pula dengan berita perlantikan Datuk Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Seorang yang dikatakan terpahat jalur-jalur hitam dalam sejarah hidupnya itu sepatutnya segera meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Rompin bagi memberikan fokus kepada tugasan barunya di sana. Harapan rakyat Malaysia amnya dan pengundi-pengundi Rompin khususnya; beliau akan dapat membentuk dan menjaga adab serta pekerti yang baik di negara orang bagi menjaga maruah dan nama baik negara Malaysia.
Belum tahu apa gula-gula yang akan ditabur di Permatang Pasir. Atau mungkin merebak ke Lenggeng, Kemasek dan Rompin. Strategi pembangunan sudah ditolak rakyat. Polis, FRU, Water Canon, SB semuanya sudah digunakan. Janji-janji manis, sumpah pontianak dan bai'ah undian telah menjadi amalan mereka turun temurun. Dari pentas-pentas ceramah ke lorong-lorong dan teratap usang, janji itu ditabur serancaknya tanpa limit namun BN tetap kalah. Taburan wang dan pengedaran 'envelup' tidak lagi meyakinkan mereka. Kini talian hayat dan kabel oksigen semakin mengucup. Mereka semakin lesu...menghampiri jalan mati. Atau persimpangan yang tertera di kiri dan kanan jalan : "Pergi Jahanam Dengan UMNO...."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan