BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Kalau Pemuda Umno menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' sebagai modal bertemu pengundi, Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Negara' pula sebagai serangan balas untuk 5 hari berbaki kempen di N11 Permatang Pasir. |
Ekoran itu, Pemuda Pakatan mencabar Pemuda BN berdebat secara terbuka mengenai kedua-duanya.
Merujuk surat yang ditandatangani Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Loke Siew Fook, debat itu dijadualkan pada Ahad 23 Ogos jam 9.30 malam di Permatang Tengah iaitu di sebuah kedai makan.
Wakil Pemuda Umno Rosli Hamid yang menerima surat jemputan itu berjanji akan menyerahkannya kepada Khairy.
�Bukan jaminan untuk saya kata Pemuda setuju, tapi saya akan berikan kepada Ketua Pemuda kami (Khairy),� katanya.
Debat Terbuka 'Siapa Pengkhianat Negara' anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu merupakan strategi terbaru pembangkang selepas Pemuda PAS sendiri gagal berwacana ilmiah dengan Khairy dalam isu 'Benarkah Umno Memperjuangkan Islam' sebelum ini.
Tekad Pemuda Pakatan mengadakan debat terbuka itu dikatakan untuk memastikan 39 peratus pengundi muda kekal memberi undi kepada calon PAS Mohd Salleh Man 25 Ogos depan.
Bagi Pemuda Pakatan, rekod menang kesembilan-sembilan peti undi saluran muda � saluran 5 (21-25), saluran 4 (26-40) dan saluran 3 (41-50) dalam pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh disandarkan sepenuhnya bahawa PAS akan kekal di Permatang Pasir.
Pengundi muda merupakan masyarakat berfikir, membaca, aktif, akses internet serta tidak mudah terpengaruh oleh cakap-cakap kosong orang politik semata-mata.
Dalam kepercayaan Pemuda Pakatan, bukan sahaja isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' patut dibincangkan, malah isu 'Siapa Pengkhianat Negara' juga perlu diperdebatkan, asalkan atas fakta dan rasional oleh semua pihak.
"Saya lihat isu itu (pengkhianat bangsa) diucapkan Umno dengan penuh emosi dan langsung tidak meningkatkan minda dan ilmu orang Melayu. Maka, setiap isu terutamanya berkaitan kepentingan negara perlu diperdebatkan secara ilmiah dan berfakta," jelas Badrul Hisham Shaharin.
Bercakap di depan Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh, Badrul berkata, jika Umno berani, mereka akan menyertai debat terbuka dan mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Pengkhianat Bangsa, secara fakta dan ilmiah.
Jelasnya lagi, Ketua Pemuda Umno Mohd Khairy Jamaluddin sendiri pun tidak berupaya mempertahankan peribadi Muhyiddin yang dikatakan 'Pengkhianat Negara' ekoran menjual 51,170 hektar tanah Johor/negara kepada Singapura dengan harga RM350 juta sewaktu menjadi Menteri Besar Johor (1980).
Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar berharap Pemuda Umno dapat menyertai debat itu untuk menjernihkan kesangsian rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
"Isunya (siapa pengkhianat) sekarang bukan lagi ke atas bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tetapi, melibatkan kepentingan negara."
Kelmarin, semua media melaporkan Muhyiddin menafikan pendedahan tersebut, dan mengganggapkan dakwaan itu sebagai fitnah.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata." _harakahdaily
Salam Hurmat
BalasPadamTiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang - Khairy Jamaluddin
1.Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil
2.Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan KJ mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"?
3.Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini,langsung tak mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat.
Sebelum kami menjawab soalan kamu itu, tolong kamu jawab dulu 3 soalan kami ini kerana begitu banyak persoalan yang tidak terungkai yang perlu kamu jawab.
BalasPadamPertama, kamu adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, satu jawatan yang cukup berprestij kononnya dan kamu sanggup lakukan apa saja untuk memenangi jawatan tersebut. Kamu didapati bersalah menggunakan politik wang atau lebih tepat lagi rasuah untuk memenangi jawatan tersebut, tetapi kamu tidak dikenakan tindakan padahal umum mengetahui rasuah merupakan satu kesalahan yang amat besar di Malaysia. Kenapa kamu tidak dikenakan tindakan?
Keduanya, kamu adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, tetapi kamu tidak diberi tanggungjawabpun dalam Kabinet Kerajaan Laki Bini, walaupun sebagai Timbalan Menteri. Anak-anak buah kamu mendapat jawatan dalam kabinet, Timbalan kamu dapat, malah calon yang kalah kepada kamu pun dapat jawatan Timbalan Menteri. Kenapa kamu tidak dapat jawatan dalam kabinet?
Ketiganya, kamu mendakwa Umno adalah parti yang membela Islam, bangsa dan negara tetapi mengapakah Menteri Pertahanan dari Umno berjumpa dengan Menteri Kabinet hatta Perdana Menteri Rejim Haram Israel Laknatullah? Tidakkah tindakan itu semua adalah satu PENGKHIANATAN TERHADAP ISLAM DAN UMMATNYA? Dan tidakkah PPSMI itu juga merupakan satu lambang PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP BANGSA DAN BAHASA MELAYU?Apakah membuka aurat di bolehkan dalam islam.Tanya bini kamu dan bini Najib,kalau tak puas hati rujuk Harussani.