Sabtu, 22 Ogos 2009

Suasana bertarawih di desa tercinta Beris Pak Abu

Selamat berpuasa,berbuka dan bertarawih pada semua rakan rakan pengunjung yang dimuliakan. Saksikan suasana berterawih di desa permai Ambo yang serba sederhana ini:

Madrasah Hj Hussain tempat kami bertarawih saban tahun yang juga Markas Parti Islam Semalaysia Cawangan Beris Pak Abu
Suasana yang mendamaikan
Barisan kita yang ikhlas berjuang mendukung matlamat kearah memartabatkan Islam
Kebanyakannya adalah ahli Pas Cawangan Beris Pak Abu
Kusyuk menadah tangan memohon pada yang Esa
Tazkirah ringkas oleh Ust Fakrurazi M.Noor
Ibu2,kakak2,adik2 dan anak anak,semua ada
Tangan yang menghayun buaian

Adalah satu penghormatan dan kebanggaan bagi Ambo memaparkan apa jua kegiatan di desa permai Ambo ini.Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung,tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dimana kita belajar segalanya mengenali rencah kehidupan.Belajar mengenali erti kehidupan dimaya yang pada ini.Adalah menjadi tanggungjawab Ambo memaparkan dan memperkenalkan desa Ambo yang tersorok di satu sudut negara bernama Malaysia.Dan Ambo berbangga melakukannya.Kepada anak anak Beris Pak Abu diperantauan(sek sek Malaysiaberih)
saksikan wajah wajah sayu dan redup kedua ibu bapa anda,luangkanlah sekelumit masa berharga anda dan pulanglah walau sehari cuma menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga. Tentunya satu perasaan yang tak tarbayang oleh ibubapa dapat berbuka bersama anak anak yang dikasihi.Satu perasaan yang hanya mereka mengertinya.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan