Selasa, 28 Julai 2009
Zamri lawan Nizar: Rakyat Kelantan juga perlu berarak???
SHAH ALAM – Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, rakyat Kelantan perlu bersedia untuk berarak dan mengadakan demonstrasi secara aman ekoran keengggapan kerajaan Barisan Nasional (BN) membayar royalti minyak yang dikatakan menjadi hak rakyat negeri berkenaan.
Beliau berkata, sudah sampai masanya rakyat Kelantan bersuara dalam hal tuntutan yang membabitkan wang RM1 bilion tersebut.
Katanya, tidak memadai hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Peran�cangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang bersuara.
“Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat, ia mem-bolehkan kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri tersebut.
“Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad juga sepatutnya menyokong pembayaran wang royalti berkenaan dan lebih mementingkan soal kebajikan negeri berbanding politikya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, dari segi undang-undang, hak Kelantan jelas dalam perjanjian yang ditandatangani oleh wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir pada 1975.
“Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak berkenaan.
“Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.
“Agaknya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah jambatan RM7 juta dijanjikan atau RM1 ribu diberi kepada pengundi-pengundi terpilih,” katanya.
sumber, Sinar Harian online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan