KUALA KRAI: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai – di masjid Sg Peria pagi ini.
Nasharudin yang sebelum ini menjadi topik utama kempen di Manek Urai mengakhiri tanda tanya tersebut dengan muncul dan menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika ditemui pemberita di luar masjid berkenaan, Nasharudin yang juga ahli Parlimen Bachok berkata beliau berada di Manek Urai selama sehari sahaja.
“Saya mungkin tidak dapat memberi ceramah sebab belum sihat sepenuhnya. Saya baru sahaja lepas jalani pembedahan,” katanya.
Nasharudin berada di masjid berkenaan kira-kira sejam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan