Selasa, 14 Julai 2009
Selamat tinggal Beris Pak Abu,selamat datang Manek Urai.
Pagi ini ambo bersama beberapa orang rakan akan berkonvoi ke Manek Urai dengan motosikal.Motosikal? ya motosikal he..he..Macam zaman mude rasanya.Perjalanan dari Besut ke Manek Urai mengambil masa lebih kurang sejam lebih.Tujuan ambo kesana adalah untuk meninjau perjalanan pengundian secara dekat disamping memberi sokongan moral kepada Pas.
Kami bermotosikal ke sana bagi memudahkan perjalanan kami kerana mungkin berlaku kesesakan lalulintas di sana.Masa muda2 dulu ambo sering juga berkonvoi beramai2 keserata pelusuk negara ini.Tapi rasanya sudah lama ambo tidak bermotosikal sejauh ini.Kemungkinan untuk sakit pinggang tu mesti ada he..he..dan tentunya tukang urut di rumah ambo akan bersedia dengan minyak urutnya di muka pintu apabila ambo pulang nanti.Tak apa kita yang berjuang dalam Pas ini sudah biasa dengan berbagai cabaran dan kesukaran.
Tunggu kepulangan ambo bersama ole ole yang ambo bawa pulang dari sana nanti.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan