Jumaat, 1 Mac 2013

[ KEMASKINI ] : Dua Komando Malaysia Dan Sepuluh Penceroboh Terbunuh Di Lahad Datu

 LAPORAN DARI BERBAGAI SUMBER :


KUALA LUMPUR 1 MAC: Beberapa orang terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu, menurut laporan media Filipina.(Gambar PhilStar.com)

Bagaimanapun tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.Akhbar The Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata, terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Sementara itu laporan Bernama menyebut dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu.
  
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
  
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.– Malaysiakini.

KEMASKINI 1

 Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut - Bernama 

KEMASKINI 2

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila."Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan - Malaysiakini

15 ulasan:

  1. Semoga Allah memberkati perjuangan rakyat dan kesultanan sulu. Sesungguhnya mereka menuntut hak mereka yang sah yang telah di rampas adan ti tipu oleh proksi kerajaan yahg ada sekarang iaitu oenjajah British.

    Selama ini rakyat Malaysia telah dibuat mimpi2 helah oleh keturunan penjajah yang ada sekarang ini iaitu KErajaan Malaysia. Mereka lah yang mewarisi penipuan dan perampasan. Kelakuan kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini tak ubah seperti penjajah beritish yang membenarkan kerajaan haram Israel menduduki tanah palastin.

    Apakah rakyat malaysia masih lagi berkhayal dgan penipuan fakta2 sejarah yang direkacipta oleh penjajah? Kenapakah setelah kita tahu akan empnya hak tanah sebenar, tetapi, masih kita mahu menguasainya. Meredhainya tak ubah seperti kita mengiyakan perampasan hak empunya sebenar?

    Semoga perajurit2 malaysia terutamanya yang beragama islam agar memikirkan sedalam2nya tentanga perjuangan mereka yang sia-sia saja di sisi Allah. Memprjuangkan yang bukan hak, apakah ertinya di sisi Alah? Terkorban dalam perjuangan menuntut yang bukan haknya apakah ertinya???
    Memberi sokongan kepada yang bukan haknya , apakah ertinya???

    Semoga rakyat Malaysia sekelian terutamanya yang beragama islam, sedar akan perkara ini. Janganlah kita bersimpati kepada yang bukan haknya.

    SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN HAK RAKYAT DAN KESULTANAN SULU.

    ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR.

    BalasPadam
  2. HanyA Allah Yang tau.....

    BalasPadam
  3. Wahai THDKB...dan ..rakyat Malaysia.............insaflah kerana pengaruh politik anda menyokong orang asing.............sedarkah anda...kalau bukan hak kita sekalipun......Kesultanan Sulu masih ada banyak cara utk mengambil kembali sabah............bukan cara gerila...
    Kerana politik .....anda menjadi pengkhianat negara.Allahuakbar...syabas THDKB

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum warga malaysia......sebut ttg perjuangan,malaysia sendiri mempertahankan hak nya........bkn setakat tanah air,malah ttg agama........lahad datu telah d istiharkan sbagai tanah malaysia,jdi sebarang tuntutan bkn lah dgn cara menceroboh mcmtu........malaysia ada undang2 sendiri,jdi kena hormat undang2 malaysia......kalau dah masuk dgn cara kurang ajar,menceroboh,membelakangi undang2 malaysia,maka tidak salah kerajaan malaysia bertindak sedemekian..mudah2an pertempuran akan berakhir dan pihak sultan sulu cpt d usir dari SABAH......kerajaan filipina sendiri tidak menyokong tindakan sultan sulu,apatah lgi kita yg d ceroboh.....harap org2 d sabah sedar akan keadaan ini......ANTI SYIAH,ANTI YAHUDI........hanya org yg sesat menyokong sultan sulu....PRAY FOR LAHAD DATO....sekian,assalamualaikum..

    BalasPadam
  5. Sebenarnya Kerajaan Malaysia lah yang telah mewarisi siri rampasan kuasa dpd Kerajaan Sulu.

    Malaysia mendapat hak Sabah dpd British yang telah mengingkari perjanjian bersama Kesultanan Sulu.

    Bacalah sejarah. Pergilah mentelaah perjanjian yang masih dimiliki oleh pewaris kesultanan sulu. Di situ kamu akan tahu siapa di pihak yang benar.

    Sebab itu di nyatakan, jangan mengikut membuta tuli.

    Begitu lama pewaris Kesultanan Sulu berjumpa kerajaan malaysia utk menuntut hak Sabah dikembalikan, tetapi, kerajaan malaysia menidakknaya.

    Apakah kalian mahu berkompromi dgn orang yg mahu mempertahankan hak yang bukan menjadi haknya? Tidak malukah kalaian?


    BalasPadam
  6. Cara sultan sulu mempertahankan hak sangat kurang ajar,adakah sultan sulu perlu d ajar lgi.dgn menceroboh negara malaysia.tiada agama mengajar umat nya mcm tu,kalau d ikutkan undang2,nagara,mereka boleh d serang bila2 masa kerana menceroboh.lahad dato masih d perintah oleh kerajaan malaysia.apatah lagi undang2 dunia.kalau nak menceroboh pun,jangan nak suka2 tembak,terkena org awam tak nak ngaku pula nnt.....kalau nak sgt lahad dato tu,p bincang dgn PM,bkn sesuka ati je nak ceroboh....hormat sikit lah undang2 negara org....mcmana malaysia nak hormat korang kalau korang pun tak hormat malaysia.....kalau tak mampu,baik berundur jerrrr,senang ceta......

    BalasPadam
  7. Kalau d ikut kan sejarah pun,malaysia dah mewarisi lahad dato sepenuh nya.......kerana borneo d jajah oleh british.......kemerdekaan borneo d iktiraf oleh british,dan bukan oleh sultan sulu.....setahu sya,sultan sulu tak pernah berjuang semasa perang.....skg bila sabah dah maju,bru lah nak beria2 sgt nak kan sabah......percatura.sultan sulu sgt ketara......cuma nak kan kekayaan hasil sabah..kalau nak sgt rampas lahad dato tu,mesti ikut suara penduduk d lahad dato adakah mereka nak kan sultan sulu memerintah mereka atau nak kan kerajaan malaysia.....sbb penduduk yg akan menanggung kesan nya nnt.....apa2 pun,yg terbaik bagi ke22 pihak adalah berdamai,tak pyah susah2 nak rebut tanah....bkn boleh d bawa mati pun,cuma akan merumit kan keadaan......

    BalasPadam
  8. Sultan sulu lanun terbesar asia........ingin meluaskan empire d sabah kerana ekonomi sabah yg kaya dgn hasil bumi,d tempat diaorg sendiri pun sultan sulu tidak d terima....kerena kekejaman nya terhadap rakyat nya sendiri,penindasan berleluasa...sbb itu lah ramai pti masuk kat sabah,tidak tahan dgn penindasan yg berlaku d tmpt sendiri.kalau btl sultan sulu tu berakal,kenapa nak takluk sabah dgn cara mcmtu....dia tu islam kah???nak perang dgn negara islam,dia tak malu ke????mudah2an lah kesemua tentera sulu habis d serang,Aminnnn..kepada sultan sulu '.jangan kacau tmpt kami,kami tidak menerima kerajaan kamu memerintah sabah.penuh dgn penindasan dan pembunuhan,rakyat sabah tak kan berdiam diri kalau kamu berkeras'.....

    BalasPadam
  9. HIDUP SABAH.........

    BalasPadam
  10. percaya dgn perjuangan walau mati..apa2pun boleh dipercayai kalau main syok sendiri. Banyak kos melepas diguna pakai diterjemah sebagai maha utama perjuangan biar bunuh atau dibunuh sekalipun. Aku senang je..pertahan/melindungi negara(dlm kontek msia) pengorbanan mereka jekas berbaloi.moga roh mereka yg terkorban dirahmati .amin

    BalasPadam
  11. 1 MALAYSIA,1 PERJUANGAN,1 MATLAMAT,1HATI..........Usir SULTAN SULU dgn segera,jangan kacau negara KAMI.

    BalasPadam
  12. Perjanjian penjajah British dgn Kerajaan Sulu ialah tanah Sabah hanay di pajak dan setiap tahun penjajah perlu membayar "ufti" kepada Kesultanan Sulu.

    Perkara ini tercatit didalam perjanjian bertulis yang masih disimpan oleh waris Kesultanan Sulu.

    Aku ingin bertanya kepada kau orang semua, sekirangya kau orang ada tanah dan tanah itu dipajak kepada si "A" dan si "A" pula telah dengan niat jahat dan tersembunyi menyerahkan pada si "B", apakah saudara tidak mempunyai hak atas tanah saudara. Ingat perjanjian bertulis kau orang dgn si "A", Apakah si"B" dgn bongkak boleh mengatakan ini tanah dia kerana dianugerahkan oleh si "A".

    Perkara yang sama telah berlaku. Malaysia dengan bongkaknya mengatakan ini tanah Malaysia, Tetapi pada hakikatnya ia adalah anugerah/kemerdekaan yg diberi oleh penjajah British tanpa persetujuan oleh yang empunya tanah iaitu Kesultanan Sulu.

    Jadi, dimanakah hak kepunyaan tanah yang Malaysia heboh2kan itu. Sedangkan perjanjian bertulis meyatakan British hanya memajak tanah di Sabah. Dan tanah itu masih kepunyaan Kesultanan Sulu.

    Apakah Malaysia tidak malu mengakuai in adalah tanah Malaysia sedangkan ia kepunyaan orang. Saudara mesti ingat , apa bentuk perjanjian antara si"A" dgn si"B" tanpa persetujuan dan pengetahuan Kesultanan Sulu bukan menjanjikan itu adalah tanah miloik Malaysia.

    Malaysia tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu disebabkan Filipina tidak mengiktiraf mereka, itu bukan soalnya. Soalnya, itu adalah tanah Kepunyaan Kesultanan Sulu.

    Saudara mesti ingat, YANG HAK, TETAP YANG HAK.

    Sekirannya Malaysia masih berkeras tidak mengembalikan pada empunyanya, maka, Malaysia ini tidak ubah sperti YAHUDI yang mengaku tanah Palastin itu adalah hak mereka setelah mendapat pengiktirafan dpd British.

    Sekali aku aku seru, kepada kalian dan pemimpin2 Malaysia yang ada, pulangkan Sabah kepada empunyanya. Tidak takutkah kamu pada azab Allah di akhirat nanti iaitu mengambil harta orang dan kemudian mengaku sebagai harta sendiri.

    Bacalah sejarah dan halusilah kertas perjanjian antara penjajah British and Kesultanan Sulu. Terang=terang saudara akan dapat melihat petapa jahatnya penjajah dalam memungkiri perjanjian. Apakah kita masih mahu bersubahat????

    BalasPadam
  13. Apakah mengambil, memakan dan kemudian menipu rakyat dgn mengatakan itu adalah hak kita sedaNGKAN itu sebenernya hak orang lain "bukan boleh dibawa mati....????"

    Jangan lah kita jani manusia yang lupa pada hukman dan balasan Allah di akhirat nanti. Apakah kita sanggup melihat roh kita terawang2 diakhirat nanti kerana disebabkan kita mengambil, memakan dan memiliki harta orang lain?

    Tanyalah pada iman dan bukan tanya pada hati dan akal perasaan.

    Didunia kita boleh menipu. Di dunia kita boleh memutarbelitkan fakta, tetapi, di akhirat........!!!!

    BalasPadam
  14. hak yg tidak mutlak.....halau sultan sulu dari tempat kami,tak kan berhenti berdoa sehingga kamu lesap d tmpt kami.dah lah menceroboh....mengaku islam pula.....adakah islam mengajar umat nya bgtu.....???buruk d pandang agama lain perangai sultan sulu....kecuali lah kalau sultan sulu tu 'islam syiah'...suka hati dia je nak bunuh org,kerat2 leher org.....sedar lah kamu wahai rakyat kiram,jangan gunakan agama kalau tidak tahu nak bezakan ajaran agama...dah terbukti kamu tiada hak ke atas tanah sabah,setakat ilmu kebal yg kamu bawa ke sabah tu kami (orang2 penduduk tetap sabah) tak gentar dgn kamu...apa pun cara yg kamu lakukan,ttp ada kelemahan..tak kan ke mana kebal kamu tu jika d bandingkan dgn ayat2 suci ALLAH...bila dah terjadi keadaan sebegini ke atas tanah air kami,sesiapa pun boleh bertindak ke atas rakyat kamu.....KAMI TIDAK RELA D PERINTAH OLEH KESULTANAN SULU....dan jangan harap kami menyokonong kamu....Nyah kamu dari SABAH.

    BalasPadam
  15. wah,nampak nya kat blog ni lgi hebat2 debat nya ya.ok,sesiapa yg tak tahu psl sejarah SABAH tu tak payah lah nak lebih2.hanya org2 lama dan penduduk tetap sabah sahaja tahu tentang asal usul tanah mereka,dan sya sudah banyak menyelidik pasal kes ini.sebenar nya Sultan sulu tak ada hak pun ke atas SABAH,jadi penduduk sabah tak perlu risau lah pasal benda ni semua.tanah SABAH memang hak mutlak MALAYSIA,jika negara berhenti membayar dengan sulu pun tak jadi masalah.tpi d sebabkan pada perjanjian lama,negara terpaksa membayar kepada mereka.tpi bkn d sebabkan sabah akan d kembalikan jika malaysia berhenti membayar kepada sulu.tiada sejarah yang mengatakan tanah sabah akan d wariskan kepada generasi sulu.buka lah mana2 buku sejarah,baca dengan teliti maksud nya.ini sebenarnya propaganda sulu sahaja,bila mereka nampak sabah sudah membangun dgn pesat mula lah mereka berfikir nak dapatkan sabah dengan memutar belit sejarah.di sana mereka akan dapat menjana ekonomi mereka,tetapi hasrat mereka dapat d gagal kan oleh kerajaan kita.kebanyakan pendatang asing sulu yg datang ke sabah d gunakan sebagai mata2 (SPY) kerajaan sulu,pabila balik ke tempat asal mereka akan bgtau d mana2 kwasan utk menyelinap masuk yg selamat,tiada rondaan pegawai keselamatan dan kawasan selamat utk d diami pabila berjaya memasuki sabah.penduduk tempatan sabah bnyak memberi kerjasama,kerana memberi informasi2 lokasi kegiatan mereka ni.(1)SANDAKAN-kalau tak percaya,kamu sendiri lah datang ke sana.tengok berapa ramai orang dari negara filipin menetap d sana.(2)SEMPORNA,(3)LAHAD DATU,(4)KUDAT,(5)KOTA KINABALU,sepanggar,pulau gaya.orang sabah sendiri mengadu tentang kehadiran mereka ni semua.kalau dah menyelinap masuk tu maknanya menceroboh secara haram,jadi rakyat sabah tak perlu takut lah dgn mereka2 ni semua.sbb utama mereka ke sini adalah utk mencari keamanan,tiada kekecohan lagi seperti d tempat mereka.apa2 pun,nnt kita sambung lagi.Assalamualaikum.

    BalasPadam