Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 30 Julai 2011
Bersih 2.0 : Lagi Mangsa Tampil Dedah Keganasan Polis
Video : Ceramah Mat Sabu Di Dun Jabi Setiu
dah terlalu jauh ke belakang. Malah kita ketinggalan di belakang Fiji. Yang hampir setaraf dengan kita mungkin Myanmar. Di Indonesia selepas era Suharto kalau ada unjuk rasa (demonstrasi), polis sendiri akan bagi garis panduan, peserta unjuk rasa, sila berjalan ikut jalan sekian-sekian, polis akan berkawal untuk memastikan kelicinan perjalanan, berhimpun ditempat yang ditentukan kemudian apabila usai unjuk rasa, pulang melalui jalan sekian-sekian dan anggota polis akan membantu perjalanan.Perhimpunan BERSIH di Kota London baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 1,000 orang cuma dipantau oleh 2 orang anggota polis dan kalau masih ada peserta yang akan hadir, pihak polis Metropolitan London sedia untuk memperluaskan lokasi kawasan himpunan. Mereka berarak dengan siap diiringi kenderaan polis.
(Gambar - Ketua Penaja PAS Cawangan Gong Nangka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden)
Di Negara kita, siapa yang berhimpun akan ditangkap! ISA akan digunakan kalau perlu! Anggota keselamatan akan dikerahkan! Ini perhimpunan Haram! Tak cukup anggota polis, kita akan kerahkan anggota tentera! Peserta himpunan BERSIH adalah penderhaka yang boleh dihukum pancung! Peniaga akan kerugian besar! Negara akan huru-hara! Apa semua ini??
“Inilah negaraku Malaysia”, keluh Timbalan Presiden Pas yang mesra disapa Abang Mat ketika menyampaikan Ceramah Pasca Bersih 2.0 di Kampung Gong Nangka, DUN Jabi malam tadi.
Beliau yang datang dalam keadaan bertongkat dan dipapah selepas menjalani pembedahan ligament lutut pada 15 Julai baru-baru ini, walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat turut menyuarakan kekesalan atas tuduhan sembrono pihak polis dan Umno kononnya beliau seorang pelakon yang hebat untuk menarik simpati khalayak. “Kalau nak berpolitik, berpolitiklah dalam perkara lain, bukan dalam persoalan yang menyentuh soal kesihatan dan hidup, mati orang lain! Kalau saya ini seorang pelakon utama yang hebat, maka tuan-tuan semua yang hadir adalah pelakon tambahan.” Tempelek Abang Mat disambut gelak ketawa hadirin.
Ceramah yang diadakan di Kampung Gong Nangka, yang juga merupakan cawangan bongsu di DUN Jabi dengan penubuhannya kira-kira seminggu yang lalu. Sempena dengan program ini, sebanyak 68 borang permohonan keahlian PAS telah diserahkan oleh Ketua Penaja PAS Cawangan kepada Timbalan Presiden sebagai simbolik satu lagu kubu kekuatan Umno Dun telah Jabi berjaya dipecahkan.
Turut menyampaikan, ceramah adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Pengarah DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim.BO
Jumaat, 29 Julai 2011
[ Video ] Keganasan polis di KL Sentral, PKR kemuka bukti video
PETALING J
AYA: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.
Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.
Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.
Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.
Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.
Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.
“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.
“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.
“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.
“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa.Keadilandaily
Polis diberi tempoh 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu
Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu(gambar kiri) kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.
"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar."Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.
Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.
Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.
Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.
Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.
Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.
Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.
Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.
Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.Hrkh
MCA marah DAP utamakan Melayu
AYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim. Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.
“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.
Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.
Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.
Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.
“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.FMT
Bakal Pengantin dikenakan tunjuk alat kelamin masing-masing?
Perlu
ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para
wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk
menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman
pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?
Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.
Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.
Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.
"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.
