Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 14 November 2010

Timbalan pengurus besar Yayasan Selangor diarah cuti sebulan

SHAH ALAM, 14 Nov — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu.

Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

“Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

“Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur esok selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang sepatutnya dijadualkan esok telah dibatalkan. — Bernama

Video : Mesti Lihat !!! Wajah Sebenar Demokrasi Di Malaysia




Banjir : Sultan Kedah Dukacita Pihak Tertentu Tidak Hargai Sumbangan Kerajaan Negeri

Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.Hrkh

Pas Mesti Jadi Yang Terbaik

SHAH ALAM,14 Nov: PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jika serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS harus bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik dalam semua bidang seperti ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial agar rakyat yakin dengan keupayaan PAS untuk memerintah.
"Perlumbaan kita dengan Umno ini perlumbaan untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat.
"Saya tidak menafikan Umno berada dalam keadaan yang boleh dikatakan baik jadi kalau PAS nak ganti Umno,kita mesti jadi lebih baik.
"Kita mesti jadi baik dalam semua bidang,ekonomi,keadilan dan apa sahaja.Itu jaminan PAS dan Pakatan Rakyat kepada rakyat, kata Nasruddin dalam ucapan penutup seminar "PAS Ganti Umno" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang semalam.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok turut berkata, PAS berbeza dengan Umno dalam memperjuangkan Islam iaitu Islam yang ditonjolkan PAS memberi kebaikan kepada semua bangsa.
Perkara ini katanya selaras dengan ajaran Al-Quran dan sunnah yang merupakan pegangan parti itu.
"Al-Quran ada menyebut janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kita tidak berlaku adil. Jadi apa yang saya lontarkan ialah tawaran dan pasaran kita harus masuk ke setiap hati rakyat Malaysia. Kita tak boleh ketepikan individu tertentu hanya kerana dia tidak bersama kita.
Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak berasa selesa di kalangan ahli sahaja tetapi harus berusaha meluaskan pengaruh.
"Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk menawan hati setiap kaum. Kita tidak boleh syok sendiri di kalangan ahli kita sahaja.

Sabtu, 13 November 2010

Tok Guru Nik Aziz Dan Anwar Tersenarai Antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2010

SHAH ALAM 13 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi tersenarai antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre turut menyenarai Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada edisi kali ketiga buku itu.

Dalam laporan itu, Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada dibawah penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Buku itu turut mengiktiraf Nik Aziz pula yang disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

Buku 'The Most Influential Muslim 2010' turut dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian tersebut membuktikan kepimpinan politik dan peranan besar ketiga-tiga pemimpin dalam gagasan Pakatan Rakyat yang mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.SK

Video : 100 Orang Berdemo Depan Ibu Pejabat PKR



Kira-kira seratus orang bersama kanak-kanak berhimpun di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini untuk 'protes' singkat 30 minit mendesak parti itu menghentikan pemilihannya yang sedang berlangsung.
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu. Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.
Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit. Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.
Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti". "Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya.Malaysiakini

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pelik,bukan ahli PKR tapi berdemo mahu pemilihan dihentikan.Yang pasti tentu ada seseorang dibelakang kumpulan ini.....siapa ye !!!! korang tekalah sendiri,klunya dah ada kat video diatas.
Satu lagi,buat Jenapala siapa yang nak sebotaj siapa sebenarnya...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....