Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 4 September 2010

Kontroversi Surau Ada Hikmahnya-Teo Nie Ching

Kunjungan Teo ke Surau Al Huda di Kajang yang mencetuskan kontroversi
Berjumpa sendiri dengan Tok Guru Nik Aziz bagi meminta pandangan



Kontroversi surau yang tercetus dua minggu lalu ada hikmah tersendiri kepada semua pihak selain membuka kepada debat baru mengenai aspek bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau, kata Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching.
Sebalik isu itu, kata wakil rakyat penggal pertama ini, beliau masih kekal sebagai “Teo yang beragama Kristian” meskipun ada yang bimbang manakala sesetengah peminatnya pula mengajak beliau memeluk Islam.
Pun begitu tegas beliau, apa yang penting ialah seseorang itu perlu memegang pada kepercayaan masing-masing, yang tidak akan menggugat agama yang mereka percayai.

MB Selangor Tolak Pemberian Insentif RM 100 000


SHAH ALAM 4 SEPT: Kesudian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pemberian insentif RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), harus dicontohi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Mendapat pujian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, beliau berpendapat pemberian insentif di kalangan pengerusi mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus dihentikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khalid sebelum ini menolak insentif 100 ribu ringgit yang diberi PKNS atas kapasiti sebagai Pengerusi, kerana mahu memulangkan wang rakyat itu kepada kepada rakyat..

Beliau juga melakukan siasatan dan mengarah supaya garis panduan pemberian insentif dirangka bagi mengawal amalan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Perbincangan garis panduan akan dibentang pada mesyuarat Exco minggu depan, seterusnya dibawa ke sesi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya takut rakyat marah tapi MB (menteri besar) menolak. Ini dengan tajuk dalam akhbar, khalid tolak 100 ribu, ini saya rasa very powerful pada saya.

756 ahli PAS masuk Umno, bohong!


KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno."Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.Hrkh

Jumaat, 3 September 2010

Guan Eng - Muka macam saya, gaya macam saya, cara macam saya tapi....




Semasa di kawasan Air Putih, Ketua Menteri Pulau Pinang telah diminta komen tentang gambar 'Lim Sembelih Lembu' di mana pihak-pihak tertentu telah menggunakan gambar muka beliau dan 'superimposed' ke satu gambar YB Nizar menyembelih kerbau.

Lim berkata ini memang perbuatan yang jahat sekali. Apabila ditanya jika beliau ada nasihat untuk pihak-pihak yang memfitnah beliau, dia berkata itu terpulang kepada tuhan dan pihak berkuasa,

Lim selaku Adun kawasan Air Putih melawat sebuah keluarga miskin di sana. Sebanyak RM6,500 telah diperuntukkan dari Adun Air Putih untuk menolong keluarga ini membaiki rumah usang mereka. - cmlimguaneng

Manipulasi isu agama dedah kejahilan Umno

Mohd Nasir Awang

BESUT, 3 Sept: Meski pun Barisan Nasional (BN), khususnya Umno begitu beriya-iya menjatuhkan imej dan kredibiliti PAS menerusi manipulasi isu-isu berkaitan agama dan sentimen Melayu kebelakangan ini, kegelojohannya berbuat demikian sebaliknya lebih mendedahkan kejahilan parti itu terhadap ilmu Islam sebenarnya.
Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN.
“Rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan agar PAS menerajui dan mendidik mereka dengan ilmu Islam, yang sentiasa membawa sinar kebenaran yang tak boleh dipertikaikan,” tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau menyatakan demikian di dalam ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini malam tadi.
Turut berucap di majlis ceramah itu ialah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Menurutnya, para pemimpin PAS telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan yang amat mengagumkan masyarakat, terutama kalangan bukan Islam, dalam menangani beberapa isu berkaitan Islam dan Melayu kebelakangan ini.
“Kita tidak mudah melatah, bukan macam para pemimpin Umno yang bagaikan hilang akal, dibantu surat-suratkhabar yang dikuasai mereka memainkan isu-isu agama secara ekstrem dan mengapikan isu perkauman yang sempit secara tidak bertanggungjawab,” katanya.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian merujuk manipulasi yang terlampau oleh para pemimpin Umno dan media kroninya dalam isu-isu terkini berkaitan agama.
Paling baru ialah isu seorang khatib mendoakan kesejahteraan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu dua wakil rakyat bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor.
Beliau mempersoalkan apa rasionalnya Umno terlalu memainkan isu berkenaan, sedangkan ia bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Beliau membawakan contoh dan bukti bahawa perkara sama telah dilakukan oleh para pemimpin bukan Islam dari komponen BN sendiri.
“Sebaik saja berita ini tersiar, pagi-pagi esoknya seorang bekas wakil rakyat BN di Johor telefon saya. Dia kata, ‘YB, this is too much (ini sudah melampau). Saya dulu pun masuk masjid, buat ucapan dalam masjid di kawasan saya. Umno tak kisah pun,” Salahuddin menceritakan luahan kecewa bekas wakil rakyat BN itu.

Anwar Syukur Pendedahan Kes Saham Realmild Bersihkan Nama

SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam komentar beliau yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata pengakuan Abdul Rahman dalam kes saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh Datuk Khalid Ahmad, bekas pengarah Realmild terhadapnya akhirnya menyerlahkan kebenaran bahawa beliau tidak kepentingan dalam syarikat tersebut.

Realmild memiliki saham majoriti dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang mana Abdul Rahman pernah menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

"Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Anwar menyatakan kesyukuruan kerana fitnah yang dilemparkan terhadap beliau oleh Umno sehingga mempengaruhu sebahagianpenyokong parti itu terhadap dirinya kini telah dibongkarkan.

Semasa prosiding di bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Abdul Rahman mendedahkan beliau terkejut apabila diberitahu saham Realimild yang dipegangnya adalah kepunyaan Umno.

Akibatnya beliau kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham Realmild yang dibeli daripada Khalid adalah kepunyaan Umno.

“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Abdul Rahman menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.SK

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....