Selasa, 8 April 2014

Isteri Husam Antara Lebih 80 Guru Diarah Bertukar

 Gambar fail - Husam dan isteri bersama Tok Guru Nik Aziz

Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman.

Rohana adalah antara lebih  80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.

“Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti penyokong kuat PAS.

“Dokumen sulit ini juga mendedahkan terdapat cadangan dari ketua cawangan Umno bagi menukar guru yang dilihat parah apabila campur tangan politik terlibat dalam pendidikan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menerusi memorandum yang diberikan SAMM itu, antara alasan yang diberikan menyebabkan sekumpulan guru di Bachok itu bertukar kerana mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan sebagainya.TMI

Kenali Doktor Termuda Di Dunia

  Eqbal Asa’d

Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa’d. Siapa Asa’d? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.

Haniyah menegaskan Asa’d berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat. Guinness World Records menetapkan Asa’d sebagai doktor termuda di dunia, dipetik blog Kembara Hadi.

Asa’d adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun.

Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.Sejak kecil, Asa’d adalah seorang anak genius.

"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun," tulis Mi’raj News Agency.

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas barunya," tulis Mi’raj.

Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa’d adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar.

Asa’d bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.Hrkh