Sabtu, 15 Mac 2014

Video : Panas !!! Kenyataan Balas Khairy Terhadap Ugutan Tampar Raja Bomoh


Pertelingkahan Khairy Jamaluddin dan Raja Bomoh nampaknya semakin panas.Dalam kenyataan balasnya Khairy terus menyindir Raja Bomoh dengan mendakwa satu Malaysia ingin menampar Raja Bomoh tersebut.

Khairy sebelum ini meminta Raja Bomoh ditangkap oleh pihak berkuasa selepas membuat dua ritual perbomohan di Lapangan terbang KLIA untuk mencari kapal terbang MH370 yang hilang

Berikutan itu Raja Bomoh mengugut untuk menampar dan menyaman Khairy sebanyak RM100 juta.Saksikan video dibawah.Video Raja Bomoh mengaku penyokong Umno/BN DISINI ~ Tinta Hijau DKB

TOk Guru Nik Aziz Bersyukur Hujan Basahi Bumi Kelantan

KOTA BHARU: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur berikutan hujan yang telah membasahi bumi Kelantan bermula awal jam 5.00 pagi tadi.

Menurutnya, selepas itu hujan turun lagi kira-kira jam 11.00 pagi tadi sebagai petanda Allah menerima pergantungan hamba-Nya  yang telah bermunajat, menunaikan solat hajat dan istisqa’.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebagai mengulas hujan mula turun di bumi Kelantan bermula awal pagi tadi.Hampir dua bulan lalu, sesetengah kawasan di Kelantan tidak menerima hujan.

“Syukur kehadrat Allah bumi kita telah hujan hasil usaha semua memohon pada Allah sama ada melalui doa, solat hajat atau solat sunat istisqa’ memohon hujan.

“Sewajarnya solat sunat sebegini hendaklah sering dilakukan bukan hanya ketika menerima bala atau inginkan sesuatu sahaja,” ujarnya.

Beliau juga turut mengingatkan umat Islam supaya tidak putus mendoakan kehilangan pesawat MH370 yang telah hilang masuk hari ke-8 hari ini.

Pada masa yang sama, umat Islam diingatkan  supaya sering menunaikan solat sunat tahajud.Katanya, ujian atau bala  yang Allah berikan itu sebenarnya untuk mengingatkan  manusia sentiasa ingatkan Dia sentiasa.

Tuan Guru seterusnya menambah, bukan hanya kesusahan yang ditanggung oleh umat manusia sahaja sebagai bala, sebaliknya kesenangannya juga bala.Tambahnya, iaitu apabila mana manusia tidak mahu mensyukuri nikmat Allah.Hrkh

Nasib Jururawat HKL Tiru Aksi ' Bomoh ' Kini Tidak Menentu

 Tiga jururawat meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang"

Ketawa adalah ubat terbaik namun nasib tiga jururawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh Ibrahim Mat Zin masih tidak diketahui.

Dalam laporan sebelum ini, ketiga-tiganya mungkin digantung perkhidmatan, namun pengguna sosial media memberikan sokongan penuh kepada mereka.

Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang" dalam usahanya mencari pesawat MH370 yang hilang dan gambar mereka menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke media cetak.

Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam Facebooknya berkata:"Jika mereka perlu digantung, bomoh itu perlu dipenjarakan," mendapat ratusan "like", lapor akhbar The Star.

Bagaimana, kata The Star, disahkan kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit.

Susan Abraham berkata, lawak mereka menjadi ubat yang baik, manakala Sip Lee menyokong petugas perubatan yang gembira ketika bertugas dengan berkata:”Petugas yang cantik dengan senyuman di wajahnya akan membantu pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka mengembirakan yang tertekan," lapor akhbar itu lagi.

Jon Navaratnam juga membela mereka dengan berkata:"Mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan selalu tertekan kerana kerja mereka antara 16 ke 24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu bergurau senda. Biarkanlah mereka."

Video : Panas Berapi !!! Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN

  Ibrahim Mat Zin dalam satu majlis anjuran Umno BN

Kenyataan yang mengesahkan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin adalah penyokong kuat Barisan Nasional.Kenyataan ini keluar berikutan pertelingkahan beliau dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi laman Twitter-nya menggesa Ibrahim ditangkap selepas melakukan acara perbomohan di KLIA bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Berikutan itu Ibrahim Mat Zin mengugut mahu menampar dan menyaman Khairy sebanyak RM 100 juta.Saksikan Video dibawah ~ Tinta Hijau DKB