Isnin, 10 Mac 2014

Video : Wajah2 Anak Kapal Penerbangan MH370

UNTUK BESARKAN KLIK IMEJ



Wajah-wajah krew Malaysia Airlines yang terlibat dalam penerbangan MH370...PRAY FOR MH370

Tumpahan Minyak Bukan Dari Pesawat MH370

 Kesan tumpahan minyak dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali,Kelantan

PASIR PUTEH: Ujian ke atas sampel tompokan minyak yang ditemui di luar pantai Kelantan mendapati ia bukan dari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengumumkan keputusan ujian itu mendapati minyak itu untuk kegunaan tongkang atau kapal laut.

"Maklumat ini saya perolehi dari Kuala Lumpur. Tompokan minyak itu dari tongkang atau kapal laut dan bukan dari pesawat," kata Nasir di pangkalan APMM di Tok Bali di sini, Isnin.
Bebeberapa pegawai di pusat operasi koordinasi bagi mengesan pesawat MH370 di Sepang berkata, keputusan itu disahkan oleh Jabatan Kimia.

Pada Ahad, APMM menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning sepanjang  10 kilometer, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan terputus hubungan.

Nasir yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga itu berkata, mereka masih gagal menemui sebarang petunjuk yang boleh membawa penemuan kepada pesawat tersebut.

"Kawasan pencarian kita pada hari ini adalah dekat dengan pantai Besut dan kami tidak menjumpai sebarang petunjuk baharu," kata Nasir.

Beliau turut mengesahkan APMM telah menerima laporan daripada seorang saksi dari Keterah yang mendakwa terlihat sesuatu yang menyerupai sebuah pesawat terbang rendah pada waktu pesawat MH370 dilaporkan hilang.

"Kami telah mengambil keterangannya. Tempat yang didakwanya terlihat pesawat itu sebenarnya dalam lingkungan kawasan yang meliputi operasi kami dan tiada sebarang petunjuk dijumpai setakat ini," katanya.Mstar

Hukuman ke atas Karpal dijatuhkan pagi esok

Peguam Karpal Singh (gambar) akan dijatuhkan hukuman di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi esok.

Salah seorang peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, mahkamah menolak permohonan beliau agar keputusan itu diberikan pada sebelah petang."Kami mahu kes ini didengar di waktu petang tetapi tanpa sebab yang jelas ia ditolak," katanya.

Katanya, ahli Parlimen pembangkang itu bercadang menyertai perbicaraan itu selepas mengiringi calon Pakatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada sebelah pagi.

Anwar dalam kenyataannya berkata, mahkamah sepatutnya lebih simpati kepada permohonan Karpal "Semua ini kerana kehakiman hanya bersedia mengikuti skrip yang dibuat oleh Umno," kata Anwar selepas menandatangani jaminan beliau di mahkamah hari ini.

Karpal adalah peguam utama Anwar dalam kes ini.Katanya, anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan berpecah kepada dua, satu kumpulan akan ke Kajang manakala satu lagi ke mahkamah.

Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak ketika krisis perlembagaan 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa.

Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan pada 11 Mac agar pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal yang juga pengerusi DAP berhadapan dengan hukuman sehingga maksimun RM5,000 denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.TMI

Di Manakah Pesawat MH370 Dan Persoalan Yang Timbul


Pencarian di udara dan laut terus dibuat untuk hari ketiga pagi ini ke atas kapal terbang MH370 di samping pelbagai persoalan terus menyelubungi kedudukan dan identiti sebahagian penumpang di atas pesawat Boeng 777-200ER yang hilang pagi Sabtu lalu.

Pihak berkuasa Vietnam menemui suatu objek yang dipercayai pintu bahagian dalam jet yang berumur 11 tahun itu sekitar 50 batu selatan barat daya pulau Tho Chu, Vietnam.

Pihak berkuasa Malaysia juga menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika dari kedudukan terakhir MH370  sebelum ia hilang daripada skrin radar  tanpa sebarang panggilan kecemasan atau isyarat

Siasatan rasmi ke atas kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal di atas kapal itu kini difokuskan ke atas kemungkinan ia pecah di pertengahan penerbangan.

Jet syarikat penerbangan Malaysia itu hilang selepas mendaki pada ketinggian 35,000 kaki antara Kuala Lumpur dan Beijing pada awal pagi Sabtu, tetapi pasukan pencari tidak menemui apa-apa puing yang disahkan sebagai rangka selepas 48 jam ia berlepas.

"Hakikat bahawa kami tidak dapat menemui apa-apa serpihan setakat ini nampaknya menunjukkan bahawa pesawat itu mungkin hancur pada ketinggian kira-kira 35,000 kaki," kata seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan itu.

Jika jet penumpang itu menjunam dalam keadaan utuh dari ketinggian dimaksudkan dan hanya pecah apabila melanggar air, pasukan pencari dijangka akan menemui puing-puingnya dalam keadaan yang agak terkumpul, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Walaupun 40 kapal dan 22 pesawat meneroka Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi mencari kapal terbang itu, pelbagai persoalan lain tertumpu kepada beberapa penumpang penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu.

MH370 [ Video ] : Pemilik Pasport Yang Dicuri Tampil Buat Kenyataan

Luigi Maraldi



Luigi Maraldi, rakyat Itali yang disangkakan berada dalam pesawat MH370 tampil membuat kenyataan.
 
Dia membuat laporan polis Itali pada Ahad bagi menyekat akses pasport yang dicuri individu lain yang berada dalam pesawat terbabit. 
 
Maraldi hairan kerana walaupun sudah memperoleh pasport baru, pasport yang sudah disekat masih boleh digunakan individu lain.Astro Awani