Jumaat, 7 Mac 2014

Liwat II : Mahkamah Rayuan Putus Anwar Bersalah,Dipenjara 5 Tahun


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.

Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.

Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.

Ekoran keputusan itu, polis mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.

Cucu paderi kini jadi imam ternama

 Suhaib Webb

DAHULU, dunianya agak ‘hitam’.Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama."Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan."Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

Rafizi Bakal Ganti Anwar Di PRK Kajang???

 Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga arkitek Langkah Kajang

PKR mempunyai senarai calon yang bakal mengambil tempat sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang membolehkan ketua pembangkang itu dikenakan hukuman penjara, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa barisan kepimpinan PKR mengenal pasti seorang calon – pengarah strateginya, Rafizi Ramli yang juga arkitek ‘Langkah Kajang’ – sebagai kemungkinan besar pilihan untuk menggantikan Anwar.

Rafizi enggan mengulas berhubung kemungkinan menjadi calon gantian, dengan berkata ia terpulang kepada Anwar untuk mengumumkannya jika keadaan itu berlaku.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut menafikan ada rancangan luar jangkaan jika Anwar didapati bersalah.Seorang lagi sumber dalaman parti mengakui mereka mempunyai calon siap sedia tetapi enggan mengulas lanjut.

“Kita juga melihat ahli parti lain yang berpotensi dan boleh dicalonkan untuk mempertahankan kerusi itu,” seorang lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan dan mengundi pada 23 Mac.

Rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Anwar kini sedang didengar di Mahkamah Rayuan.Keputusan dijangka diketahui seawal hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin, sehari sebelum hari penamaan calon.

Apa yang boleh Anwar harapkan ialah mahkamah menunda penghakiman itu pada tarikh akan datang bagi membolehkan panel hakim meneliti hujahan kedua-dua pihak daripada pendakwaan dan pembelaan.