Rabu, 25 September 2013

Keadaan Kesihatan Ust Azizan Semakin Merosot

KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang sebelum ini agak stabil, mula merosot sejak jam 3.30 pagi tadi.

Keadaan itu dilihat melalui bacaan tekanan darahnya yang mula menurun, selain kadar jantungnya yang juga perlahan.

Ketika bercakap kepada Harakahdaily, setiausahanya, Muzaini Azizan berkata ruang wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang menempatkan Azizan juga dipenuhi ahli keluarga dan pimpinan PAS Kedah.

"Ketika ini ruang wad dipenuhi dengan keluarga dan pimpina Kedah yang bersama-sama membacakan surah Yasin. Biarpun demikian, doktor masih terus berusaha," kata beliau lagi.

Hujung bulan lalu, Azizan menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan.

Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.Hrkh

Panas !!! Video Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki Isteri Mat Yo Tersebar




SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.