Isnin, 13 Mei 2013

Pertemuan Tuan Guru Presiden Pas Dengan Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Sehubungan itu katanya, Tuan Guru Nik Aziz yang kini sudah melepaskan jawatan mneteri besar, dinasihatkan menggunakan ruang masa yang ada untuk menjaga kesihatan."Kena banyak rehat. InsyaAllah kerana perjuangan Islam ini memerlukan orang sepertinya.

Dua hari lalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat bersedia untuk melepaskan jawatan pesuruhjaya PAS negeri kerana berpendapat lebih wajar jawatan tersebut dipimpin menteri besar.Hrkh

Top 20 Majoriti Tertinggi Pada PRU 13

Untuk besarkan KLIK imej

Jom lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU 13 yang lalu.Yang sebelah sana hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan.

Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana,'orang tu' hanya mampu berada di kedudukan ke 9 je ~ Tinta Hijau DKB