Kejadian berlaku semalam, 15
Februari 2013 ketika mahasiswa GM13 sedang menjalankan kempen
menyebarkan risalah kesedaran berkaitan PRU13.Video ihsan webtvpaspekan.blogspot.com.
Sabtu, 16 Februari 2013
Bob Lokman Ditawar Bertanding Pada PRU 13 ?
Bob Lokman
KOTA BHARU - Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman
yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.
“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.
“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya semalam.
Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.
Beliau berkata, ceramah disertainya bagi memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.
“Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat.