Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 21 April 2013

Pas Terengganu Akan Selesaikan Pertindihan Kerusi Dengan PKR

KUALA TERENGGANU, 21 April — Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut berkata soal pertindihan calon PAS dan PKR di tiga DUN dalam pilihan raya kali ini di negeri ini akan dibincangkan dalam Pakatan Pembangkang.  

Kepada pertanyaan pemberita, Abdul Wahid berkata beliau yakin perkara itu akan dapat diselesaikan kerana PAS-PKR akan berkempen bersama.  

Menyentuh isu lain, beliau berkata PAS Terengganu berjanji tidak akan menyentuh soal peribadi lawan tetapi akan membahas dan memperjelas isu-isu tertentu dalam kempen pilihan raya kali ini.

Abdul Wahid berkata semua penceramah PAS telah diingat supaya mengelak daripada menyerang peribadi lawan.  “Kita bercakap soal dasar sambil memperjelaskan dasar parti,” katanya.  

Menyentuh isu lain, Wahid berkata setiap kali pilihan raya, kelebihan Barisan Nasional adalah menggunakan jentera kerajaan. – Bernama

7 ulasan:

Unknown berkata...

Baguslah. Selesaikan secara musyawarah. PKR pun kenalah ukur baju di badan sendiri. Apapun kena win-win situation. Ahli BN ramai dah yang memberontak jadi calon Bebas menntg BN. Tunggu apa lagi, pas dan pkr perlu rapatkan saf, eratkan tekad untuk hancurkan BN di negara kita. Tempoh hingga selasa ini, adalah tempoh utk buat keputusan bijak. Salah satu parti kena berundur.

pss : Admin, tolong deletekan link blog ini, http://tunhisyamuddin.blogspot.com/. Ini cai UMNO telah hacked blog sy. Penuh dgn artikel fitnah dan lucah. Ini link blog sy yg bru ---> http://tunhisyamudin.blogspot.com. Syukaran admin

Tanpa Nama berkata...

Sg acheh bg pas tanding. Pas lebih menonjol d situ. Chegubard tngu 5 tahun lagi..jgn kecewa krna ada byk hikmah, lgpun beliau masih muda. Berjuang demi krna allah taala.

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah selesaikan segera, jgn berebut sesama PR, BN perlu tumbang!

Copy & Posted By mahi berkata...

kertas pencalonan dah hantar....SPR dah terima... Undang2 SPR kini walaupun tarik diri nama tetap ada pada kertas undi.... PENGUNDI AKAN KELIRU....TANGGUNG SENDIRI LAHHH.

Tanpa Nama berkata...

Ayah saya ahli pas sejak dari muda lagi. Lebih awal jadi anggota pas dari haji hadi. Dari muda sampai tua tak tukar tukar parti walaupun tawaran umno sentiasa ada. Saya juga jd ahli pas dari pengaruh ayah saya, ayah saya kuat pas dan pengaruhnya juga besar dalam pas sebab otai lama.. Yang nak diperkatakan pertindihan calon pakatan di dun terengganu dan tempat lain amat mengecewakan. Apa punya kerja pesuruhjaya pas terengganu dan keadilan. Bodoh punya kerja, dari semangat berkobar kobar, hilang terus selera nak mengundi. Mungkin kali ini aku buat silent protes, baik selesaikan awal masalah ini. Kalau tidak jgn harap aku bagi undi pada pakatan, mahu aku lobi keluarga aku sokong bn..

Tanpa Nama berkata...

dulu kita kalut suruh bubar, sekarang jadimcam ni.mana pemimpin atasan .nak tunggu apa lagi.takkan 4hb baru nak settle..


pengundi kecewa

Tanpa Nama berkata...

Peringkat negeri pun tak boleh nak uruskan, mcm mana nak urus negara?..you all make me fell sick!!!.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....