Rabu, 5 Disember 2012

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Insiden Keganasan Di Gombak

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kekesalan terhadap insiden keganasan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini beliau berkata, ia tentunya angkara pihak-pihak tertentu yang semakin terdesak.

"Pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini pasti akan ditolak oleh rakyat yang pastinya tidak dapat menerima budaya samseng seperti ini," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas serangan terhadap ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya dua orang penyokong Pakatan Rakyat dilaporkan cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.Hrkh

Keputusan mahkamah tidak adil, kata keluarga Aminulrasyid

KUALA LUMPUR, 5 Dis ― Keluarga kepada Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis dua tahun lalu tidak berpuas jati dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun pada ketika itu.

“Keputusan mahkamah tidak adil. Saya pun tengah duduk baca berita tentang ini.“Memang saya tengok keputusan yang diberikan ini, memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan pagi ini, Azura dan keluarganya tidak pergi sendiri untuk mendengar akan tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut  selepas menerima rayuan Jenain (gambar), 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Apbila ditanya apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak keluarga Aminulrasyid, sambil menangis dengan teresak-esak, Azura menjawab, “Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya”.

Kes kematian Aminulrasyid, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan beliau memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandunya.TMI

Bukti SMS Umno Arah Ganggu Ceramah Anwar Di Gombak

 Bukti SMS Umno kerah pemudanya untuk mengganggu ceramah di Gombak

KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak.

SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin( gambar kiri ) kepada Keadilan Daily malam tadi.Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut:

1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

Mampukan Pakatan terus bertahan di Kedah?

BAHANG PRU 13 semakin terasa.  Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak menyatakan PRU 13 tidak  mungkin diadakan pada bulan disember ini.

Jawapan ini diberikan berikutan terdapat ramai pemerhati politik meramalkannya. Namun begitu  PRU13 memang sudah dekat dan  akan diadakan kerana tempuh kerajaan yang ada sekarang hanya sehingga April 2013 sahaja.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan banyak membicarakan soal pilihanraya. Dirasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  akan mengadakan pilihanraya pada bulan Februari ini  ketika cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.

Diyakini  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengharapkan pengeluaran BRIM kepada rakyat yang berkelayakan akan memberikan impak terhadap keputusan PRU 13 ini.

Adakah pemberian BRIM akan dapat membantu BN/UMNO terus menerajui pentadbiran negara ini? Sama-sama kita lihat.

Namun kalau kita tinjau pendapat orang yang berada disekeliling kita dan orang yang membicarakan soal ini di kedai-kedai kopi impaknya tidak sebesar mana. Ini kerana rata-rata mereka mengatakan orang bagi kita ambil undi adalah hak kita, berdasarkan kenyataan ini kita dah dapat menangkap arah mana sokongan orang ini.

Biarpun bila PRU 13 akan diadakan parti-parti politik yang terlibat harus bersedia dari sekarang kerana paling lewat pada bulan April jadi masanya sudah tidak lama.

Jadi bagaimanakah nasib Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS di Kedah? Mampukah Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah terus berkuasa? Adakah PAS Kedah dapat mengikuti Kerajaan PAS Kelantan yang mampu menguasai Kelantan begitu lama, lebih 20 tahun?

Gambar : Ceramah Merdeka Rakyat Diganggu Seorang Cedera Ditikam

 Pemuda Umno cuba menganggu ceramah Merdeka Rakyat di Gombak

Provokasi Pemuda Umno dengan memasang bendera BN
  
Gangguan samseng Umno terhadap aktiviti Pakatan tidak pernah ada kesudahan