Jumaat, 16 November 2012

Abby Abadi Mahu Saman Utusan Malaysia RM5 Juta

Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.Grenboc

Perbahasan Ucapan Dasar Wakil PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim

Kita bermuktamar pada kali ini, dalam suasana Pas Terengganu sedang bersiap sedia untuk kembali semula ke Wisma Darul Iman, insyaAllah. Fenomena kehadiran puluhan ribu  rakyat pada setiap Program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PGU yang telah kita adakan secara bersiri bermula dari Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Marang dan yang terakhir di Jabi, Setiu. Kejayaan siri himpunan besar ini adalah gambaran gelombang kebangkitan mood rakyat yang sedang diuruskan dengan sebaiknya.

Tuan Pengerusi Tetap,

Selepas kejatuhan kerajaan Pas Terengganu dalam pilihanraya 2004, ramai yang sinis dengan pandangan menyindir apabila Pas Terengganu membentangkan fakta-fakta berkaitan pertambahan bilangan pengundi yang sangat luar biasa, diistilahkan sebagai pengundi hantu di Terengganu, ini antara sebab utama, BN kembali  berkuasa. Kononnya Terengganu kalah sebab dok pandai memerintah. Sekarang, apabila taktik yang sama sedang  berleluasa dipraktikkan di Selangor, barulah ramai yang sedar dan buka mata, betapa jahatnya umno!

Tuan Pengerusi Tetap,

Terengganu, negeri cantik, budaya menarik dan… rakyat pun dah serik! Negeriku…  tempat tanah rakyat kena rampas, rumah rakyat kena roboh, masjid kena sodok, wakil-wakil rakyat umno pakat baham tanah. Bajet 2012, 1.95 billion, paling tinggi di semenanjung, tapi rakyat ke 2 termiskin. Ketika diwar-warkan Pahang akan diberikan royalti, PM jangan pulak buat-buat lupa bahawa royalti Terengganu belum lagi dikembalikan. Apa pun, tahniah orang Pahang sebab akan dapat rasa duit minyak. Saman untuk mendapatkan balik royalti yang difailkan oleh Kerajaan Pas Terengganu dulu, Umno telah tarik balik dengan penuh kebaculan. Tarik balik saman bermakna serah bodo hak Terengganu kepada Pusat. Mana pergi slogan Terengganu hanelang, kalau kerajaan negeri tak berani nak angkat muka dengan kerajaan pusat demi untuk pertahankan hak dan maruah? Nnelang dengan rakyat sendiri, penakut pahit dengan orang luar!

Video : Harakah Dihentam Di Muktamar




Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah diluluskan sebulat suara dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.

Gaji Guru Pasti Jadi Isu Di Muktamar

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana dilihat mengambil pendekatan defensif berhubung gaji atau elaun yang diberikan kepada guru-guru Pasti.

Perwakilan Johor Rosnani Jusoh (gambar) berkata, 99.9 peratus tenaga pendidik Pasti adalah muslimat.

Namun, beliau mempersoalkan apakah kebajikan yang diperjuangkan oleh Pemuda PAS terhadap guru-guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat.

"Kita selalu ke Pasti, sebahagian besar kita adalah Pasti, kita mendidik tanpa prejudis.

"Adakah imbuhan minima yang diterima guru-guru Pasti selaras dengan gaji minima yang diperjuangkan Pakatan Rakyat!," tegasnya yang diikuti sokongan para perwakilan.

Difahamkan hampir keseluruhan perwakilan Muslimat yang hadir dalam dewan KTC ini adalah warga pendidik.

Rosnani juga melahirkan keluhan walaupun sudah 25 tahun berada di dalam Pasti namun tidak wujud usaha hatta membuat caruman kepada guru-guru Pasti.

"Adakah perancangan serius ke arah itu? Apakah benefit yang diberi? Bertahun-tahun di Pasti dan apakah dan berapakah caruman yang dirancang mereka dengan serius?" soalnya.

Justeru, beliau meminta Pemuda PAS khususnya bersedia bersaing dengan sihat memandangkan tadika Islam yang kini tumbuh bangaikan cendawan.

"Kini banyak tadika Islam tumbuh, jika kita tidak bersedia kita akan dikeluarkan atau tidak disenaraikan dalam senarai kegemaran masyarakat, kita perlu terbuka dan berlapang dada," katanya.

Sementara itu, dalam sesi penggulungan Exco Lajnah Pendidikan DMPP Dr Halimah Ali turut menggesa agar Dewan Pemuda berbuat sesuatu ekoran keluahan dan rintihan yang diutarakan oleh Muslimat ini.

"Muslimat PAS Pusat akan duduk bersama pemuda dan Ajk PAS Pusat untuk membincangkan luahan rasa Muslimat kita yang rata-rata menjadi guru Pasti," katanya diikuti tepukan para perwakilan.

Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan DMPP Dr Najihatussalehah Ahmad menggesa Dewan Pemuda PAS membuat solusi dengan segara dan meneliti semula permasalagan guru Pasti yang diluahkan pada hari ini.

"Berapa kali guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat dijemput sebagai pemerhati dalam Muktamar Pemuda? Di mana perjuangan untuk guru Pasti?," soalnya yang diikuti laungan tidak oleh perwakilan.Hrkh