Isnin, 29 Oktober 2012

Tok Guru Nik Aziz Jawab Tohmahan Soi Lek

KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

“Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

“Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,” ujarnya.Hrkh

Semua Negeri Pakatan Tangguh Pemasangan Kamera AES

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut, kata Lim.“Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan.”

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.“Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul,” kata beliau lagi.TMI

Islam tergugat bukan kerana DAP

KUALA LUMPUR: Episod penghinaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap.

"Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan.

Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah.

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.

Pertama hendak melihat supaya DAP melatah dan keluar PR.

Kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan orang Cina kepada MCA dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

"Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam.

"Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat DAP melatah tidak berlaku," katanya.

Manakala itu, tambah beliau, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Cina masih tidak berhasil.

"Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR," katanya.

Bagi Idris, semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.
Umno dan MCA hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi.

Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika MCA memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas, tegas beliau.Hrkh