PM Australia Julia Gillard jatuh tersembam ke tanah ketika lawatan ke India .Berita penuh DISINI.
Jumaat, 19 Oktober 2012
KDN digesa umum siasatan kes anak Nazri
KUALA LUMPUR 19 Oktober: Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran
menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
mengumumkan hasil siasatan jenayah melibatkan anak Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Surendran mengulas kenyataan Hishamuddin di Parlimen bahawa kejadian
memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 dilakukan bekas pengawal
peribadi Mohd Nedim Nazri, dan kes itu ‘diselesai secara baik’.
“Kenyataan itu terang-terangan menunjukkan Hishamuddin mengabaikan
proses undang-undang dan integriti sistem perundangan jenayah,” tegas
Surendran.
“Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh ‘diselesai
secara baik’, ia boleh membawa kepada kesalahan di bawah Seksyen 214
Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Menurutnya, rakyat berhak tahu bentuk ‘penyelesaian’ dalam kes itu.
“Adakah ia melibatkan polis, Nazri atau Hishamuddin? Adakah keadilan wujud dalam penyelesaian tersebut?” soalnya.
“Paling penting, apakah hasil siasatan ke atas Nedim di bawah Seksyen
160 Kanun Keseksaan? Hishamuddin sendiri tidak menjelaskan sama ada
Nedim bersih dari tuduhan tersebut,” katanya lagi.
23 Mac lalu, seorang penyelia keselamatan kondominium mewah di Mont
Kiara membuat laporan polis dan mendakwa dirinya diserang oleh Mohamad
Nedim Mohd Nazri Aziz bersama pengawal peribadinya.
Ia bermula dengan pergaduhan kecil apabila Mohamad Nedim enggan
memberi butiran dirinya sebelum memasuki kawasan kondominium itu,
selepas diminta pengawal terbabit.KD
Husam Musa Bidas Kenyataan Bangang Menteri Umno
KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak
dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan
Kebajikan, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.
Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.
“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin Shaziman ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal.
Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya.
Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan.
“Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri.
Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini.SH

Soi Lek : Kenapa Umno Dan Perkasa Diam
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkenal dengan dua benda
iaitu aksi lucahnya bermukah dengan perempuan yang bukan isterinya dan
mempersendakan Islam terutama hukum hudud.
Terbarunya, konon menerima SMS tentang negara bakal kehilangan 1.2 kerja akibat hukum hudud kerana penutupan rumah urut, pusat judi, kilang arak dan tempat maksiat.
Kita melihat kesemua benda yang Soi Lek membela dan mempertahankannya
adalah yang bersangkutan dengan aktiviti samseng, gangster, kongsi
gelap, pembunuhan dan dadah.
Juga kesemuanya adalah punca berlaku keretakan rumah tangga, anak isteri kehilangan kasih sayang, bapa pemabuk, ibu bapa tahi judi, isteri mangsa sepak terajang suami, anak mangsa penampar suami. Mengapa Soi Lek begitu bersemangat mempertahankan aktiviti begitu?

Kita lihat tiada paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang sokong langkah Soi Lek ini. Apakah agama Soi Lek?
Jika Soi Lek bertindak demikian demi untuk tunjuk bahawa dirinya dan
MCA membela non muslim, itu langkah yang silap. Soi Lek tidak mewakili
non muslim. Beliau hanyalah mewakili golongan kapitalis dan gangster
mafia yang siang malam mengaut keuntungan hasil penipuan terhadap rakyat
marhaen.
Percayalah, penyokong Soi Lek hanyalah mafia, gangster, kapitalis, tahi judi, tahi arak dan golongan yang menyebabkan anak isteri dan keluarga merana kerana judi, arak dan pelacuran.
Peliknya, sampai kini Umno dan Perkasa serta NGO Melayu pro Umno diam dan sunyi dengan aksi Chua Soi Lek.Diam dan senyap bermakna setujulah tu!Hrkh

Video : Panas !!! MB Pahang Bertengkar Dengan Orang Asli
Sekumpulan orang asal yang terdiri daripada 500 orang penduduk Pahang
dari Rompin, Bera, Temerloh, Cameron Highland, Maran dan tempat-tempat
lain hadir di Wisma Persekutuan pada untuk menghantar
memorandum bagi pihak orang asal berkenaan dengan isu tanah.
Sebelum
memorandum dihantar kepada pihak MB, MB bertengkar dengan salah seorang
lelaki yang hadir.
Solat dahulu sebelum tonton bola – TG Nik Aziz
KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat
mengingatkan pemain dan penonton menjaga solat dan berdisiplin sempena
perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 20 Oktober ini.
Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.
“Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun.
Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan
sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.
Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang
akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada
2010.Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.
Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati
tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu
kewajiban. “Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.
Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola”
ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu
kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.
“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan
bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti
bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya.Hrkh