Jumaat, 12 Oktober 2012

Foto Berbicara : Mahathir Yang Nyanyuk Dan Hipokrit


Beberapa hari lalu Mahathir ada mengeluarkan kenyataan kononya undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula DISINI.Perhatikan foto foto di bawah :


Video : RM40j wang seludup untuk Umno Sabah



Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Cerita penuh: http://www.malaysiakini.com/news/211390 http://www.malaysiakini.com/news/211387

Imam Hoslan Ceritakan Pengalaman Ketika Di Penjara

KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan  berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.

Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.
(Gambar: Hoslan mencium seorang anaknya sebaik dibebaskan, semalam. Foto: SK)

Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.

Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.

"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.

Hoslan cukup teruja untuk menceritakan pengalaman yang baru sepanjang beliau berada di Penjara Kajang.

Menurut Hoslan yang juga  bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, sepanjang berada di sana beliau mengambil tugas-tugas sebagai pendakwah di dalam Unit Halaqah.

"Saya cukup sedih, ramai banduan orang Melayu Islam di dalam sana tidak tahu apa itu syahadah apatah lagi mahu mengucap (syahadah).

"Saya juga pernah melakukan sembahyang ghaib untuk salah seorang pegawai penjara yang meninggal dunia. Walaupun ada sedikit pertikaian tetapi saya berjaya menjelaskan sebaiknya," katanya.

Poster Hina Tamrin Ghaffar Tersebar


Poster penghinaan melampau yang tersebar di Melaka. Poster ini telah di kesan di kawasan sekitar Bukit Katil, Melaka. Poster yang tertera perkataan yang tidak senonoh ini memburukkan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghaffar Baba.

Provokasi dipercayai dibuat kerana tidak berpuashati dengan tindakan Tamrin yang telah keluar Umno dan menyertai Pas. Tamrin juga menyeru masyarakat di Melaka meninggalkan Umno kerana sudah tidak relevan kepada orang Melayu. Umno hanya memperjuangkan temolok kroni-kroni mereka sahaja ~
Sumber

Video : Himpunan Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) Di Parlimen




Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.

Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.MK