Kes NFC: Shahrizat gagal jawab soalan peguambela

KUALA LUMPUR 10 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

“Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.

“Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?,” soal Ranjit lagi.Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.

“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.

Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.KD

Video : Lagu Kempen PKR Untuk PRU 13




Lagu Kempen Parti Keadilan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke 13.Lagu & Lirik oleh Hasmi Hashim @ Buddhi Hekayat

Kes Mat Indera: Utusan import saksi dari England

TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.

Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.

Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack( gambar ) itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.

"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.

"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.

Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.Hrkh

DS Anwar Ibrahim Dan Huruf Z

Oleh Rahman Shaari

Sejumlah nama yang memuatkan huruf Z amat dominan dalam kehidupan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum Anwar terkeluar dari Umno, Datuk Zahid Hamidi ialah tokoh berhuruf Z yang kuat menyokongnya. Anwar pernah merestui Zahid berpidato tentang nepotisme dan kronisme. Itu berlaku dalam Persidangan Umno 1998

Anwar memerlukan Zahid dalam hal di atas, kerana beliau sendiri tidak mahu berlawan secara langsung dengan Tun Mahathir Mohammad. Hal ini demikian kerana dalam  persidangan sebelumnya, iaitu pada 1996, Anwar telah berjanji melalui pantun:

Angkut-angkut terbang ke langit Sampai di langit dimakan merbah; Biar bertangkup bumi dan langit, Setia hamba tidak berubah.Meneliti pantun itu, jika mengikut prinsip ‘janji ditepati’, Anwar kekal setia kepada Mahathir.

Tidak disedari ramai lama dahulu Anwar ada teman-teman lain berhuruf Z. Mereka ialah Azmin Ali dan Ezam Mohd Noor. Dalam kalangan orang akhbar, ada Datuk Nazri Abdullah.  Apabila Anwar dipecat, Azmin dan Ezam mengikutnya. Nazri pula hilang dari meja akhbar arus perdana.

Kawan-kawan Anwar yang lain, yang ada huruf Z ialah Shazril Eskay Abdullah dan Dr Azizan Bahari. Shazril Eskay ahli perniagaan, manakala Azizan bertugas di Institut Kajian dasar (IKD). Apabila Parti Keadilan Nasional ditubuhkan, pemimpinnya berhuruf Z, iaitu Wan Azizah Wan Ismail. Timbalannya juga berhuruf Z, iaitu Dr Chandra Muzaffar.

Kini, dalam parti itu (yang bertukar nama menjadi Parti Keadilan Rakyat), muncul pemimpin lain yang berhuruf Z juga, iaitu Nurul Izzah Anwar.

Shazril Eskay mungkin tidak rapat lagi dengan Anwar pada masa ini. Demikian juga halnya dengan nama-nama lain, iaitu Zahrain Mohammad Hashim, Wakil Parlimen Bayan Baru dan Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Mereka pernah menjadi penyokong kuat Anwar.

Tokoh berhuruf Z, Zaid Ibrahim, yang sedang selesa sebagai menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Badawi, tiba-tiba terilham untuk menyertai Anwar dalam PKR. Demikianlah kuatnya kuasa huruf Z dalam kehidupan Anwar.