Jumaat, 28 September 2012

Ni Dia Tongkat Yang Akan Dilelong Oleh Tok Guru Nik Aziz

 Tongkat Tok Guru Nik Aziz yang akan dilelong bagi mengutip dana PRU 13

KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan akan melelong tongkat yang sering digunakan walau ke mana sahaja bagi membantu dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Tongkat yang berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama itu diharap dapat membantu menjana tabung PRU13.

Pengumuman mengejut itu dibuat pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan sesi kedua di Dataran Ilmu di sini.
Selepas pengumuman itu, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan tongkat yang menjadi penemannya itu kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu kepada PAS Pusat.

Tuan Guru seterusnya berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan,” katanya.

Tindakan Tuan Guru yang mengumumkan perkara itu, membuatkan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah bangun untuk melihat secara dekat peristiwa bersejarah itu.Hrkh

Artikel berkaitan DISINI

Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13

 Bob Lokman di Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh

PASIR PUTEH - “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.

"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Foto Berbicara : Antara Najib Dan Tok Guru Nik Aziz Ketika Bermusafir



Antara keduanya yang memimpin parti Umno dan Pas yang pastinya berlainan ideologi. Satu memperjuangkan bangsa dan satu memperjuangan Islam.

Cara mereka melepaskan lelah ketika bermusafir amat berbeza sekali :

Foto 1 : Melelapkan mata dalam serba kemewahan,sebagaimana pemimpin atasan yang terpisah dari warna kehidupan rakyat marhaen.

 Foto 2 : Melelapkan mata seadanya sebagaimana  yang berlaku dalam kehidupan sehari hari rakyat marhaen.

 Antara keduanya mana yang lebih menyentuh hati korang,fikir fikirkanlah.Nukilan ~ Tinta Hijau DKB

Audit selepas belanjawan ada agenda tersembunyi

KUALA LUMPUR 27 Sept: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali( gambar ) menyifatkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat.

“Kita tidak tahu sama ada belanja kerajaan berhemah atau tidak. LKAN adalah asas untuk perbahasan dan memeriksa belanja kerajaan pada tahun lalu.

“Perkara ini tidak pernah berlaku, seperti ada agenda tersembunyi. Kerajaan mesti ingat yang akhirnya menanggung (belanja) ialah (wang) rakyat,” tegas Azmin yang menyifatkannya ia di luar tradisi Dewan Rakyat selama ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin berkata laporan audit negara akan dibentang seminggu selepas Belanjawan 2013.

Lazimnya, laporan audit dibentang bersama belanjawan, namun amalan itu ditangguh sejak tahun lalu, hingga dikritik Pakatan Rakyat.

Azmin turut menjangkakan Belanjawan 2013 akan lebih menumpukan kepada agihan ‘one-off” tunai atau skim tertentu, bukannya melalui dasar ekonomi yang memberi manfaat jangka panjang.

“Apakah akan meningkatkan pelaburan, atau memberi lebih banyak peluang kerjaya? Dasar fiskal ‘one-off’ tidak menjamin ekonomi negara secara keseluruhan, melainkan bersifat sogokan.

“Kalau begitu, nampaknya Najib hanya bentang belanjawan untuk pilihan raya. Hanya imbuhan untuk dapat sokongan politik.

“Belanjawan yang dibentang mestilah bertanggungjawab kerana setiap ringgit dan sen yang dbelanja adalah duit rakyat,” tegasnya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.