Rabu, 5 September 2012

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia jam 5.05 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Seksyen 14, Petaling Jaya dan dijangka dikebumikan esok pagi, lapor Umno Online.

Allahyarham merupakan seorang pendidik yang kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Allahyarham yang dilahirkan di Kedah pada 16 Mei 1945 pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.

Mahadzir mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah St. Micheal, Alor Star sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan University of West Michigan dan University of Chicago di Amerika Syarikat. Khidmat beliau kepada masyarakat bermula sebagai guru di salah sebuah sekolah di Baling.

Allahyarham kemudian menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum pada 1999 iaitu di kerusi Parlimen Sungai Petani dan mengekalkannya pada pilihan raya umum berikut.

Pada 10 Disember 1999, Mahadzir telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani.SH

Antara Abby Abadi Dan Ulama' Muda Umno

Ulama' muda Umno Fathul Bari dan artis yang menyertai Pas Abby Abadi

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Khalid Ibrahim Sedia Menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi menjelaskan berhubung isu baginda tidak dijemput menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri, Khamis lalu, sekiranya perlu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan memberi ruang kepada jawatankuasa sambutan itu untuk memberikan penjelasan terlebih dahulu berhubung jemputan berkenaan pada mesyuarat mingguan Exco, hari ini.

“Kalau kita perlu (menghadap Tuanku untuk beri penjelasan), kita akan beri penjelasan. Saya percaya jawatankuasa sambutan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mohammed Khusrin Munawi) mempunyai jawapan dan pandangan mereka.

“Jadi, saya kena memberi mereka peluang untuk terangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan.

"Tapi saya percaya, daripada rekod-rekod (program) yang telah diadakan dalam negeri, kita akan mengkaji sebab kenapa jawatankuasa yang sudah dibuat (lebih) empat tahun lalu, (tiba-tiba) ada perkara berbangkit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2012 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Abdul Khalid bersedia untuk menghadap Tuanku bagi menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada baginda.

Mengulas program melibatkan Tuanku, Abdul Khalid berkata, majlis yang bakal dihadiri baginda akan dirangka dua bulan lebih awal seperti program di masjid yang dibuat sebulan sebelum Ramadan.

“Semua aktiviti Tuanku, Istana dan aktiviti negeri dirangka sekurang-kurangnya satu bulan sebelum majlis berlangsung, bukan secara tiba-tiba, tetapi dijalankan secara teratur.

“Ia termasuk wakil protokol. Dalam pentadbiran negeri, kita mempunyai pegawai-pegawai protokol yang akan mengingatkan kita bagaimana program ini dilakukan,” katanya.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada majlis sambutan tersebut.

Katanya, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri.SH

Foto Yang Diedit Untuk Fitnah Pas

Para pencacai Umno baik blogger mahu pun facebooker mereka sering saja mengedit gambar untuk mengfitnah Pas atau PR.Di sini aku bawakan satu contoh :

Yang ni aku cilok dari facebook pro Umno yang antara lain menyebut " Pas pun kaki judi juga....Janji masuk pas semuanya halal.

Yang jelasnya foto ni nampak sangat diedit.Macam bangang je aku tengok,tak profesional langsung.Nak membohong pun agak agak la bro kih...kih...kih...

Foto ni pula aku cilok dari rakan blogger PR.Aku taklah pandai sangat bab edit mengedit gambar ni.

Tapi bab foto ni aku pun keliru samada betul atau dah diedit.Aku lihat macam betul je foto ni,korang lak macam mana.Adakah keduanya diedit atau keduanya betul ?Mungkin juga salah satunya betul dan yang satu lagi diedit.Korang fikirlah sendiri.

Rumah Terbuka Sempena Eidul Fitri PAS Terengganu


KUALA TERENGGANU – Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang akan diadakan di perkarangan pejabat BPPNT di Taman Sri Intan, dekat sini, pada hari Khamis 19 syawal 1433 bersamaan 6 September.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Majlis tersebut akan di adakan bermula jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang pada hari tersebut.

“kita jemput semua, muslimin muslimat tanpa mengira latar belakang politik dan rakan-rakan dai kalangan bukan Islam untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidul Fitri,

“InsyaAllah, majlis akan bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga ke pukul 3 petang di pejabat PAS (Terengganu),”ujarnya.BO

Video : Kenyataan Saksi Yang Melihat Lelaki Bersenjata Kerambit Cuba Dekati Anwar



Kenyataan saksi kejadian yang juga Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof.

Beliau mendakwa melihat Seorang lelaki membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Artikel berkaitan DISINI.