Jumaat, 24 Ogos 2012

Perbandingan Harga Kereta Di Malaysia Dan US


Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun.

Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.


Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan di Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi?

Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)

Kalau masih tak percaya, cuba convert harga jualan Chevrolet Camaro di US. Lepas convert duit Malaysia, hanya RM80k lebih sahaja. Even kereta Korea serta Jepun yang masuk ke pasaran US juga sangat rendah harga mereka.

Video : Hanya Presiden PAS Dan Ketua Penerangan Berhak Cakap Isu Kontroversi




KUALA TERENGGANU
- PAS telah mengariskan satu peraturan bahawa, hanya Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat layak serta berhak bercakap dalam perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS Pusat telah mengambil keputusan hanya Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat layak memberi ‘respon’ dalam isu-isu kontroversi.

Katanya, keputusan tersebut dibuat agar tidak timbul lagi sebarang percanggahan pendapat antara pemimpin-pemimpin parti melalui media massa.

“Dalam perkara-perkara yang tidak kontroversi dan polisinya sudah difahami, orang hendak buat kenyataan yang selain dari polisi tidak ada masalah tetapi dalam perkara yang kontroversi, tidak boleh semua orang bercakap yang akhirnya bercanggah antara satu sama lain.

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Di Wad HUSM Kubang Kerian


Bismillah, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di HUSM hujung minggu ini. Pagi ini, saya dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan akhbar-akhbar termasuk Utusan Malaysia yang membawa tajuk utama "Anwar Tolak Hudud PAS.."

Di Malaysia ini, ada akhbar yang langsung tidak boleh dipercayai. Daripada sembilan berita yang ditulis, sepuluh daripadanya perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum dipercayai. Salam hormat dari saya - Tok Guru Nik Aziz

Video : Panas !!! Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor



RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia dan diserahkan kepada Umno Selangor.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.TVS