Selasa, 28 Februari 2012

Video : Umno menipu sebagaimana Hasan Ali Berbohong




KUALA TERENGGANU – Umno Terengganu menipu seluruh rakyat Terengganu dengan menganjurkan dua program, Himpunan Sejuta Umat dan Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah, sekaligus memberi ruang kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato’ Dr Hassan Ali berbohong.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada Sabtu 25 Februari sebenarnya bukanlah anjuran badan-badan NGO tetapi ia dianjurkan oleh beberapa Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Bahkan kata Haji Wahid, ia begitu jelas dengan kehadiran ramai pemimpin kanan Umno Terengganu termasuk Pengerusi Perhubungan Umno, Dato’ Seri Ahmad Said.

Hassan Ali pula dalam Himpunan itu telah berbohong dengan mendakwa PAS menyekat ahli dan penyokongnya menyertai program Himpun di Terengganu yang menjadi punca penyertaan orang ramai kurang memuaskan.

Insiden keganasan : Pasukan forensik siasat kereta Anwar

PETALING JAYA 28 Feb: Pihak polis dari pasukan forensik Cheras, memulakan penyiasatan mereka terhadap kerosakan kereta milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Siasatan tersebut bagi mengenal pasti kerosakan akibat keganasan yang berlaku ketika ceramah KEADILAN di Sembrong, Johor 19 Febuari lalu.

Seramai sembilan anggota polis yang disertai ASP Zamri dari Ibu Pejabat Polis Kluang, Johor melakukan pemeriksaan termasuk mengambil gambar, pada kenderaan tersebut.

Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki Anwar dibaling mercun, batu dan kayu, malah turut ditendang oleh sekumpulan yang dipercayai ahli Umno.

Insiden itu menyebabkan cermin kereta Anwar pecah dan bahagian tepi kanan kenderaanya itu remuk.

Ekoran itu, KEADILAN membuat laporan polis selepas kejadian itu di Balai Polis Kluang.

Dalam kejadian keganasan terbaru, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut diserang pada satu program ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Malah salah seorang dari kumpulan itu didakwa hampir mencederakan Nurul Izzah dengan menghalakan tangannya, beberapa inci dari muka ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selain kejadian itu, kumpulan Umno dan Perkasa turut membuat kacau di Himpunan Hijau yang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua menteri, Lim Guan Eng.Keadilandaily

Panas !!! Pengakuan Wanita Yang Didakwa Ditangkap Khalwat Dengan Dr Badrulamin

ROMPIN 28 Feb: Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin KEADILAN berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu oleh Malaysiakini.Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin KEADILAN kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.

8 Exco Kedah selamat angkat sumpah

ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).Hrkh