Rabu, 25 Januari 2012

Serang Ceramah Abu : 7 Yang Ditahan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob kepada Malaysiakini

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Menurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disunting dalam Youtube Malaysiakini.Baca Seterusnya...

Video : Tiada Masalah MB Selangor Pegang Porfolio Agama - Bekas Mufti


SHAH ALAM, 25 JAN : Sesiapa sahaja layak menyandang portfolio Hal Ehwal Agama Islam asalkan mereka mempunyai keupayaan dan kesungguhan dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat.

Demikian reaksi bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya ketika dihubungi TV Selangor di sini hari ini.

Kenyataan itu disuarakan Hashim ketika mengulas mengenai tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang dulu disandang Dr Hasan Ali.

Beliau berpendapat, parti mana yang dapat portfolio tersebut bukan persoalan yang penting.

Sebaliknya, yang menjadi keutamaan adalah individu yang menggalas tugas tersebut mestilah mempunyai keupayaan dan kesungguhan dalam menjalankan program Islam.

"Kita tidak mengambil kira sama ada seseorang itu adalah ahli PAS atau PKR, tetapi yang penting adalah program agama di Selangor ini berjalan dengan lebih lancar.

"Kita tidak mahu apabila portfolio itu berpindah ke parti lain, maka ajaran Islam itu bertambah tidak bermaya atau lembab.

"Program Islam itu mestilah disebarkan secara berterusan dan ditingkatkan. Tidak kira siapa yang pegang. Kalau parti A yang pegang, tetapi tiada perubahan, apa faedahnya?

Begitu juga parti B. Bagi saya, tidak timbul parti mana yang layak, tetapi usaha seseorang itu untuk memberbanyakkan program Islam dan memberi fahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat. Itu yang penting," tegasnya.Baca Seterusnya...

Debat Anwar / Najib : Antara Kenyataan Berani PKR Dan Alasan Pengecut Umno

PKR menyambut baik cadangan debat Anwar dan Najib,baca DISINI
Umno menolak cadangan debat Najib dan Anwar,baca DISINI

Serang Ceramah ABU : Samseng Jalan Kebun Ditahan Polis

SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.SH

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Bukan sorang je yang buat kacau.Ramai lagi sebenarnya,harap Polis ambil tindakan kepada semua yang terlibat.Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.Video dibawah antara yang boleh digunakan pihak Polis sebagai bahan bukti bagi mengambil tindakan kepada semua yang terlibat :

Rayuan Fitnah II: Peguam Anwar tunggu alasan penghakiman

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi,  ekoran rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut.“Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.

“Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan  masa perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan notis rayuan terhadap kes fitnah II, selepas mahkamah tinggi mendapati Anwar tidak bersalah dan membebaskan beliau dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini pelbagai pihak mengecam langkah peguam negara memfailkan rayuan tersebut termasuk Majlis peguam dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee misalnya berkata, tindakan itu menyemarakkan lagi kepercayaan rakyat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha menamatkan karier politik Anwar.

Manakala Peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ALIRAN sepakat menyatakan bahawa tindakan itu adalah taktik berterusan perdana menteri, Najib Razak untuk memenjarakan Anwar.Keadilandaily

Istihar Harta : Alasan Dan Dolak - Dalik Pemimpin BN

Bermula dengan pengistiharan harta oleh Ahli Dewan Pulau Pinang, usul tersebut kini tersebar. Tok Guru Nik Aziz telah bersetuju dengan sepenuh hati, malah katanya, patutnya dah lama dibuat. Dah selalu di usul, tapi ada saja yang bantah, sampai benda ni tak pernah jadi.Sekarang apa pula alasan pemimpin BN..

Mesti Baca !! Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus

Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu.

Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya Ustaz Azhar Idrus sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu.

Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor).

Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus.

Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama Ustaz Azhar Idrus dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

SUMBER