Khamis, 27 Oktober 2011

Antara Tok Guru Nik Aziz Dan Nasi Bungkus RM 2.50

Oleh Mohd Rashidi Hassan

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.
Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.
Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.
Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.
Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.
Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.
Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.
Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.
Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.
Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.
Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.
Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.
Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.
Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.
Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.
Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.
Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.
Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.
"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.
"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.

Laporan Audit : Skim bantuan sekolah Terengganu diseleweng

PETALING JAYA: Lapuran Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak membuat perjanjiandengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010.

Menurut lapuran itu, RM28.47 juta telah dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu.

Selain itu, proses rundingan harga kontrak tidak memenuhi garis panduan; kajian pasaran tidak dijalankan; bon pelaksanaan tidak dikeluarkan; pemeriksaan barangan yang diterima tidak dibuat; kelewatan agihan; bantuan tidak diagih ke semua daerah dan keluarga tidak layak turut menerima bantuan.

Kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada dua buah syarikat pembekal secara runding terus atas alasan keperluan mendesak.

Hasil tinjauan audit pada 3 November tahun lalu di beberapa buah kedai pakaian dan alatan sekolah di Kuala Terengganu mendapati harga lebih rendah dari yang ditawarkan.

Harga di pasaran ialah RM26.70 dan RM76.50 berbanding harga pembekal antara RM73.50 dan RM123.30 dan ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM1.42 juta.

Tidak diperiksa

“Semakan audit mendapati tidak ada bukti pemeriksaan dan pengesahan terhadap barangan dibuat dan kami mendapati 284 beg sekolah bernilai RM10,762 mengalami kerosakan zip.

“Akibatnya ia tidak dapat diagihkan dan ia disimpan di setor dan makmal sekolah serta setor Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),” kata lapuran audit itu.

Cadangan asal kerajaan negeri ialah bantuan itu cuma kepada 53,000 pelajar tetapi bertambah kerapa 10,616 berikutan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu pada bulan Januari 2009.

Lapuran ketua audit juga mendapati 89,162 item pakaian dan alatan sekolah bernilai RM1.45 juta membabitkan sekolah di Kuala Terengganu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman masih belum diagihkan.

Ia berlaku kerana senarai nama penerima berbeza antara pihak sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).FMT

Video : Muslimat PAS Selangor Beli Bangunan Pemimpin Umno





Setelah Dewan Pemuda Negeri Kelantan berjaya membeli Bangunan Umno Kota Bharu tidak lama dahulu, kini satu lagi bangunan milik pemimpin Umno berjaya dibeli oleh PAS.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor berjaya membeli sebuah bangunan milik Ketua Pemuda Umno Bahagian Kelang yang mana ianya pernah menjadi Bilik Gerakan Umno pada Pilihanraya Umum 2004. Bangunan yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam tersebut berjaya di beli setelah ianya dilelong baru-baru ini.

Nampaknya satu demi satu bangunan Umno kena lelong. Trend ini semakin menjadi-jadi dan saya yakin tidak lama lagi lebih banyak bangunan Umni akan lelong seperti juga partinya akan dilelong tidak lama lagi.

Satu lagi bangunan yang dilihat berpotensi untuk dibeli ialah Bangunan Umno Temerloh yang sudah lama kosong dan rosak - Sumber Artikel

[ Video ] Pru 13 : Ikrar Jentera Pilihanraya Pas Dun Kuala Besut








Ikrar yang diketuai Ketua Penerangan MTD Kuala Besut Ust Kaspi Ismail dilafazkan selepas Pelancaran Jentera Pilihanraya Pas Dun N01 Kuala Besut oleh Presiden Pas,YB Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Selain Pengarah MTD Kuala Besut Ust Hj W. Ahmad Shukri W. Isa selaku tuan rumah,turut hadir Pengarah Pilihanraya Pas Terengganu Ust Ariffin Deraman,YDP Kawasan Besut Ust W. Azhar W. Ahmad,Tim. YDP Kawasan Besut Cikgu Solahuddin Jaafar,Setiausaha Pas Kawasan Besut Aminuddin Mohd Ali dan Pen. Setiausaha Pas Kawasan Besut Nik Hassan Azmi.

Turut kelihatan mantan Setiausaha Pas Kawasan Besut yang juga penulis politik tersohor saudara Nasir Awang.

Majlis pelancaran diadakan di Markas Tarbiyah Darul Riduan Kg Baru yang merupakan Markas Besar MTD Kuala Besut pada 25 / 10 / 2011 bersamaan 27 / Zulkaedah / 1432.