Jumaat, 7 Oktober 2011
Video : Program Ceramah Mat Sabu Di Rembau Lancar,Pencacai Perkasa Lari Lintang Pukang
Ini adalah rakaman video dari puak UMNO yang dibuat di sekitar Majlis ceramah Mat Sabu di Negeri Sembilan, negeri yang menurut PERKASA jika Mat Sabu berani mengadakan ceramah mereka akan protes dengan Demo.
Oleh kerana video ini dari Puak UMNO maka Penyokong PAS dan PR dilabel sebagai pengganas yang mahu mencetuskan keganasan..
Hakikatnya PERKASA dan sudah tentu pencacai UMNO turut serta dalam kumpulan itu yang mahu mencetuskan kekacauan..
Kerana merekalah yang datang dengan provokasi.Saksikan Pencacai UMNO yang cuba memulakan provokasi lari lintang pukang…
Dua pertemuan Najib-Saiful, PM harus beri keterangan di mahkamah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum ada penafian konkrit berhubung jawapan berbeza berkaitan pertemuan Perdana Menteri itu dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.
“Beliau mengaku Saiful ada berjumpa dengannya untuk memohon biasiswa tapi dalam respon kali kedua menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat.
“Dari segi fakta (kertas pertuduhan), fitnah yang dibuat Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan itu. Tiga tahun berlalu, hal ini masih belum dinafi,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melalui kenyataan media, hari ini.
Najib sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan itu pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 yang turut disiar media arus perdana secara besar-besaran tetapi kini mengelak dari memberi keterangan dalam kes berkenaan.
Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kegagalan Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah untuk disepina memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik sekali gus mengulangi kes Fitnah I.
“Keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan mereka untuk tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan dilihat “prejudge” pembelaan Anwar dan peguam bela bahawa wujud konspirasi,” katanya.
Beliau hairan kerana Najib ditawar sebagai saksi pada peringkat awal tetapi kemudian, kehadirannya tiba-tiba dianggap tidak relevan.
“Bagaimana dengan keterangan Rosmah yang direkodkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan mereka tidak relevan jika keterangan ada direkod.”
Ini, kata Shamsul, secara tidak langsung membuka ruang dan asas baru kepada peguam bela untuk memfail semula permohonan membatal hakim berikutan keputusan tidak konsisten dengan fakta kes.Keadilandaily
Video & Gambar : Pemimpin UMNO Dalam Perarakan Tokong Sayuq
Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS
Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim
Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.
Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"
Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!
Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!
XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!
Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!
XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!
XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!
Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!