Selasa, 16 Ogos 2011
Gambar-gambar Solat Yang Jarang Kita Lihat......
Adun Pakatan Buat Laporan Polis Terhadap Timbalan Ketua Polis Perak
PRU 13 : Cina Mahu Mat Sabu Tanding Di Bukit Bintang ?
Bersih 2.0 : Fitnah,Pemuda Amal Tuntut RM10 Juta Dari Berita Minggu
Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.
[Gambar kiri : Ajak (berdiri, kiri) bersama pekerja di kedainya.]
Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat.
“Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan,” katanya kepada Harakahdaily.
Akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Julai iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur di halaman muka depannya telah menyiarkan gambar seorang pemuda bertubuh sasa dan bertopeng sambil memegang pisau.
Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana kapsyen di bawah gambar akhbar berkenaan tetapi gambar tersebut telah diubah suai.
Bercerita lanjut, Abdul Razak berkata beliau turun ke Kuala Lumpur pada perhimpunan tersebut sebagai anggota Unit Amal PAS yang diajar dengan disiplin tinggi. Beliau diarahkan mengawal keselamatan puluhan ribu rakyat di hadapan menara Maybank.
Katanya, pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, beliau sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.
Tambahnya lagi, gambar yang disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas ke tepi.
Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat.
“Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan.
“Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil.Hrkh
Felda Tewas Kes Saman Fitnah Bekas Tim. Menteri RM200 Juta
Dr Tan (gambar) berhadapan dengan kes saman fitnah RM200 juta.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf dipetik Star Online hari ini berkata kedua-dua plaintif telah gagal untuk membuktikan Dr Tan menggunakan perkataan-perkataan bersifat fitnah dalam satu penerbitan di Suara Keadilan.
Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM100,000 kepada Dr Tan.
Bagaimanapun Felda hanya perlu membayar RM70,000 kepada defendan kerana Dr Tan juga perlu menjelaskan RM30,000 dalam bentuk kos kepada plaintif berhubung poin-poin awalan yang dibangkitkan sebelum ini.
Pada 12 Julai lalu, Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas timbalan menteri itu tidak akan memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh Felda.
Ranjit memberitahu defendan tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings.
Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.
Pada 25 Januari lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ yang didakwa memfitnah mereka.
Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu.”
Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni.
Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif.
Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa makna seperti yang didakwa oleh pliantif.TMI