Selasa, 2 Ogos 2011

Kontraktor Melayu P.Pinang Puji Guan Eng,Kecam MCA

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.
Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.
“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?
“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.
Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.
“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.
“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.
“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.
“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Gimik Murahan Umno Terbongkar

PASIR PUTEH, 2 Ogos: “Saya tidak hadir pada majlis Selamat Tinggal PAS dianjurkan Umno, bagaimana pula akhbar menyiarkan saya yang bercakap di majlis itu.

“Macam mana akhbar boleh melaporkan saya yang mengeluarkan kenyataan di majlis berkenaan sedangkan saya tidak ada di situ,” kata Zakaria Mat Husin, 53.

Zakaria diminta menjelaskan laporan sebuah akhbar harian yang mendakwa beliau bersama 20 pengikut menyertai Umno pada majlis dihadiri Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman di Kampung Alor Pasir baru-baru ini.

Lebih aneh lagi Zakaria dilaporkan bercakap kepada pemberita di majlis berkenaan sedangkan beliau tidak berada di situ.

Akhbar terbabit dalam laporannya menyebut Zakaria kononnya mendakwa PAS sekarang seolah-olah tidak yakin dengan perjuangan dan dasarnya sentiasa berubah-ubah.

Sebaliknya Zakaria ketika dihubungi menjelaskan beliau pernah didatangi Zawawi di rumahnya bagi menariknya menyertai Umno sebelum ini.

“Saya mengakui dikunjungi Zawawi untuk mengajak menyertai Umno dan pada masa yang sama ada orang mengambil gambar saya.

”Dia juga ada tanya perhimpunan anjuran Bersih dan peguam Ambiga. Saya pun tak sangka pemimpin Umno itu mendedahkan pula kepada media kehadirannya ke rumah saya kononnya saya mahu masuk Umno.

“Saya tidak jadi penghulu, PAS sokong Ambiga demontrasi Bersih, masalah PAS sendiri antara beberapa soalan yang ditanya Zawawi,” ujarnya.

Oleh itu Zakaria berkata, beliau tidak pasti sama ada program ‘Selamat Tinggal PAS Kami Kecewa PAS Sokong Ambiga’ benar-benar wujud atau rekaan ketua Umno itu semata-mata.

Malah katanya pada pertemuan di rumahnya beliau menegaskan kepada Ketua Umno terbabit sekiranya beliau sertai Umno sudah tentu hanya akan menjadi seperti kain buruk kerana sudah banyak berlaku kepada orang lain.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap Zakaria.

Menurutnya, tindakan Zawawi dianggap sebagai terdesak untuk meraih sokongan sehingga perkara yang tidak pernah berlaku direka demi politik murahannya.

Dalam laporan akhbar terbabit juga ketua Umno Pasir Puteh itu mendakwa lebih 3,000 penyokong PAS menyertai Umno kebelakangan ini.

Zawawi yang juga bekas guru sebelum ini dikatakan memperalatkan Pejabat Pelajar Daerah bagi memaksa guru-guru hadir pada perlancaran gelombang merah di Pasir Puteh.

Malah dalam banyak laporan media proUmno sebelum ini, di mana sahaja beliau pergi tentunya ada program penyokong PAS menyertai Umno.

Ramai melihat Zawawi terpaksa mempopular dirinya memandangkan kedudukannya sebagai ketua bahagian tergugat dijangka dicabar pemimpin lain yang lebih berwibawa dan berpendidikan tinggi.

Seorang penyokong Umno yang rapat dengan Timbalan Ketua Baagian Pasrr Puteh, Rujhan Salleh mengakui Zawawi hanya lulusan Maktab Perguruan tidak sesuai berada di kedudukan sekarang.Hrkh

Lagi Penipuan Pilihanraya Didedah !!!



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dikesan sekali lagi melakukan penipuan berdasarkan sistem pengesahan dalam Laman Daftar Pemilih suruhanjaya itu dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kewujudan warga asing sebagai pengundi.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan penemuan seorang pemegang status penduduk tetap (PR) yang diterima sebagai pengundi baru di Ijok, Selangor dikenali sebagai Mismah.
Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas.
Nama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan SPR meskipun memegang status penduduk Tetap (PR). Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan perkara itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) berstatus PR yang tidak layak mengundi.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak dalam sistem SPR pula mendapati Mismah pengundi baru.
Menurut undang-undang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih dan draf daftar pemilih tambahan setiap tiga bulan.
Nama semua pengundi baru yang berdaftar, pengundi yang bertukar alamat dan pengundi yang dipindahkan dari daftar pemilih akan dikumpulkan pada draf daftar pemilih tambahan.

Bekas Menteri Hentam Umno !!!

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.
Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka,” kata beliau.
“Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian,” kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.
Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.
“Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno,” kata Kadir.
“Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu,” katanya lagi.
Kadir juga membandingkan kepimpinan Umno semasa dengan masa lalu dan menggunakan kes bekas Ketua Pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris untuk mengetengahkan poin beliau.
“Kebanyakan daripada kami dalam Pemuda Umno tidak bersetuju apabila Datuk Harun dikenakan tuduhan rasuah.

Najib Berbohong !!! Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam Pada Bersih 2.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah( gambar ) berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka.TVS

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Sebenarnya kalau Bersih nak buat himpunan kat stadium Shah Alam,tak perlu kebenaran Najib atau kerajaan pusat pun.

Memadai dengan memohon kepada kerajaan negeri Selangor,kerana Stadium Shah Alam terletak dibawah kuasa kerajaan negeri.Bangang !!!! punya PM,asyik nak spin je ptuihhhhh !!!!

Kenyataan ' Bangang ' Pegawai Tinggi SPRM

KOTA BHARU, 2 Ogos: Kenyataan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Kelantan belum bebas rasuah kerana tiada laporan dibuat dianggap seperti kebudak-budakan.

Kenyataan itu dibidas pelbagai pihak sambil menganggap cuba memperbodohkan masyarakat. Ia juga memperlihatkan pegawai kerajaan seperti mengikut rentak Umno.

Kenyataan pegawai terbabit kemudian cuba dimanipulasi media proUmno sehingga ada rancangan khas di TV1 pagi tadi mengulas isu berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, mungkin pada peringkat permulaan ada pihak cuba membuat gimik terhadap dakwaan berlaku rasuah membabitkan pemimpin PAS di Kelantan.

”Usaha tersebut tidak lebih bagi menarik perhatian orang ramai semata-mata. Mereka juga sengaja mahu mencari publisiti murahan.

”Apabila Pengarah SPRM Kelantan membuat penjelasan tiada rasuah dikaitkan dengan kerajaan negeri tiba-tiba ada pula orang lain yang cuba mempertikainya,” katanya di sini.

Semalam media melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sultan berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak boleh mendakwa kerajaannnya bersih dari rasuah kerana tiada laporan dibuat.

Sedangkan Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd Noor mengesahkan tiada unsur rasuah termasuk membabitkan isu Bazar Tok Guru.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dan peniaga Pasar Lama MPKB mendakwa wujud unsur penyelewengan dalam isu Bazar Tok Guru.

Kenyataan yang dikeluarkan Pengarah SPRM Kelantan itu kemudian dipertikaikan Pemuda Umno sehingga mendakwa ada pegawai SPRM berpihak kepada PAS.

Ahmad berkata, penjelasan dibuat pegawai SPRM terbabit menjelaskan dakwaan Umno kononnya pemimpin PAS terbabit dengan rasuah tidak berasas.

”Kita sentiasa memberi peringatan kepada pegawai dan pemimpin khususnya di bulan Ramadan ini terhadap perkara-perkara yang menyalahi tuntutan agama.

”Malah Menteri Besar berharap Kelantan berlainan berbanding negeri-negeri lain. Kalau dahulu orang datang ke sini sebagai laluan untuk pergi ke tempat maksiat, namun sekarang tidak berlaku lagi,” katanya.

Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad berkata, tiada laporan dibuat terhadap dakwaan penyelewengan di Kelantan kerana tidak ada bukti.

Katanya, pemimpin Umno hanya sekadar menuduh bagi memburukkan Kelantan di media massa, sedangkan mereka tiada bukti menyokong segala tuduhan dibuat.

Oleh itu kata beliau kenyataan pegawai kanan SPRM di Putrajaya Kelantan belum bebas rasuah kerana tiada laporan dibuat menggambar pegawai kerajaan terpaksa mengikut rentak Umno.Hrkh