Sabtu, 30 Julai 2011

[ Video ] Bersih 2.0: Dua naib presiden PAS saman polis dan KDN




KUALA LUMPUR, 30 Julai — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif, lapor HarakahDaily hari ini.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin (gambar) dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

“Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu,” kata wakil rakyat ini.

“Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN,” katanya.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.TMI

Bersih 2.0 : Lagi Mangsa Tampil Dedah Keganasan Polis

KUALA LUMPUR: Seorang saksi yang mengalami kecederaan semasa perhimpunan Bersih 2.0 lalu, tampil mendedahkan bagaimana beliau tercedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh polis ketika di KL Sentral 9 Julai lalu.
Mangsa, Yew Boon Lye, 40, berkata, semasa kejadian, kumpulan yang dianggotai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bergerak melalui laluan bawah KL Sentral dan tidak menyedari tembakan gas berkenaan.
“Sebenarnya, kami semua tidak sempat keluar daripada tempat tersebut, sudah dengar tembakan gas pemedih mata, tidak sempat tengok apa yang terjadi, saya dah kena tembakan,” katanya menceritakan detik-detik cemas kejadian ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Boon Lye yang juga Ketua Cabang KEADILAN Klang berkata,  beliau kesal dengan tindakan ganas polis yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini tindakan pihak berkuasa kita yang kurang berperikemanusiaan yang boleh dikatakan zalim terhadap rakyat-rakyat yang tidak berniat dan berupaya menyerang, tapi mereka (polis) pula yang menyerang kita,” katanya.
Menurutnya, akibat terkena serpihan gas kanister tersebut, beliau mengalami kecederaan di bahagian tepi mata sebelah kiri.

Video : Ceramah Mat Sabu Di Dun Jabi Setiu




Demokrasi kita dah terlalu jauh ke belakang. Malah kita ketinggalan di belakang Fiji. Yang hampir setaraf dengan kita mungkin Myanmar. Di Indonesia selepas era Suharto kalau ada unjuk rasa (demonstrasi), polis sendiri akan bagi garis panduan, peserta unjuk rasa, sila berjalan ikut jalan sekian-sekian, polis akan berkawal untuk memastikan kelicinan perjalanan, berhimpun ditempat yang ditentukan kemudian apabila usai unjuk rasa, pulang melalui jalan sekian-sekian dan anggota polis akan membantu perjalanan.

Perhimpunan BERSIH di Kota London baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 1,000 orang cuma dipantau oleh 2 orang anggota polis dan kalau masih ada peserta yang akan hadir, pihak polis Metropolitan London sedia untuk memperluaskan lokasi kawasan himpunan. Mereka berarak dengan siap diiringi kenderaan polis.

(Gambar - Ketua Penaja PAS Cawangan Gong Nangka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden)

Di Negara kita, siapa yang berhimpun akan ditangkap! ISA akan digunakan kalau perlu! Anggota keselamatan akan dikerahkan! Ini perhimpunan Haram! Tak cukup anggota polis, kita akan kerahkan anggota tentera! Peserta himpunan BERSIH adalah penderhaka yang boleh dihukum pancung! Peniaga akan kerugian besar! Negara akan huru-hara! Apa semua ini??

“Inilah negaraku Malaysia”, keluh Timbalan Presiden Pas yang mesra disapa Abang Mat ketika menyampaikan Ceramah Pasca Bersih 2.0 di Kampung Gong Nangka, DUN Jabi malam tadi.

Beliau yang datang dalam keadaan bertongkat dan dipapah selepas menjalani pembedahan ligament lutut pada 15 Julai baru-baru ini, walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat turut menyuarakan kekesalan atas tuduhan sembrono pihak polis dan Umno kononnya beliau seorang pelakon yang hebat untuk menarik simpati khalayak. “Kalau nak berpolitik, berpolitiklah dalam perkara lain, bukan dalam persoalan yang menyentuh soal kesihatan dan hidup, mati orang lain! Kalau saya ini seorang pelakon utama yang hebat, maka tuan-tuan semua yang hadir adalah pelakon tambahan.” Tempelek Abang Mat disambut gelak ketawa hadirin.

Ceramah yang diadakan di Kampung Gong Nangka, yang juga merupakan cawangan bongsu di DUN Jabi dengan penubuhannya kira-kira seminggu yang lalu. Sempena dengan program ini, sebanyak 68 borang permohonan keahlian PAS telah diserahkan oleh Ketua Penaja PAS Cawangan kepada Timbalan Presiden sebagai simbolik satu lagu kubu kekuatan Umno Dun telah Jabi berjaya dipecahkan.

Turut menyampaikan, ceramah adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Pengarah DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim.BO